Basikal Raleigh

BASIKAL RALEIGH

Hai teman-teman,

Aku punya sebuah basikal jenama raleigh yang aku warisi daripada bapa ku, Basikal ini telah aku perbaiki dan memperelokannya supaya boleh di bawa bersiar-siar. Kata bapa ku sewaktu di membeli basikal ini dahulu dia terpaksa mengumpul duit hasil daripada kerja mengambil upah menebas dan membersihkan kebun getah orang. Sebab itu aku sangat sayang dengan basikal ini kerana ia telah berusia agak lama. Namun ia amat berjasa kepada bapa ku kerana dengan basikal ini lah bapa ku keluar mencari rezeki dan memudahkan ia bergerak dari satu tempat ke  tempat yang lain.

Anjang379

Nostalgia Warisan Silam

About these ads

24 responses to this post.

  1. Posted by Mas Susanto on October 23, 2007 at 7:54 am

    rekan anjang379 – mohon maaf lahir bhatin dulu selagi masih bulan syawal, sepedanya bagus sepertinya masih full original, kemarin saya melihat di jawa tengah ada kerangka releigh masih baru gress ( 100 % new ) jadi kalau anda main ke indo nanti bisa jalan2 sama2 untuk menikmati sepaeda tua disini – salam -

    Reply

  2. Posted by nostalgiabasikaltua on October 24, 2007 at 1:58 am

    Sama-sama mohon maaf lahir dan batin. sepedanya 90% masih original. buatan tahun 50.Namun saya masih mencari aksesori yang lain.Bagi memantapkan lagi sepedanya.

    Reply

  3. Posted by chegu on October 28, 2007 at 8:12 am

    Salam perkenalan dari Malaysia…

    anjang…jgn lupa beli brake hub depan kat aku…
    aku dah beli number tu kat hang

    Reply

  4. Posted by syid on November 12, 2007 at 5:17 am

    Salam perkenalan buat kawan.Minat yang sama.pecinta gerek tua.Perlu mencari banyak lagi barangan asal basikal Raleigh atau lain-lain basikal England bagi menampakan basikal itu Rare.Apa pun kena sabar.TQ

    Reply

  5. Posted by Sanim on January 19, 2008 at 4:32 am

    Salam perkenalan buat abang zul, terima kasih kerana melawat blog saya, mungkin kita boleh bertukar2 info. tentu hebat2 skali koleksi abng zul. ini email saya anjang379@yahoo.com. Boleh abng zul lampirkan foto-foto beskal abang zul dan saya boleh masukkan di blog dsini untuk kita kongsikan diantara peminat peminat yang mempunyai hobi yang sama.

    Reply

  6. Posted by chegu hopper on January 19, 2008 at 12:58 pm

    Terima kasih Brro Zul yang begitu prihatin dengan kehadiran webbolg ini,Kami dan para gerekers yang lain berharap dapat melestarikan lagi warisan mesin ringkas ini untuk masa hadapan..

    Reply

  7. Posted by goleng on February 21, 2008 at 9:33 am

    assalamualaikum saudara2, saya ada dua buah basikal lama yang disimpan dirumah,buat masa ini gambarnya masih belum dapat disiarkan diruang ini oleh sebab2 tertentu.sebetulnya niat saya adalah untuk bertukar2 pandangan mengenai khazanah berharga ini.mungkin dalam sedikit masa lagi akan saya tunjukan gambar basikal kepunyaan saya ini.harap ada yang akan sudi memberi pandangan mengenai basikal saya nanti,saya dahului dengan ucapan terima kasih dan salam perkenalan untuk semua peminat basikal2 antik diseluruh nusantara

    Reply

  8. Posted by gerekersungaipetani on February 22, 2008 at 10:15 am

    Waalaikumussalam sudara goleng,
    Anda dialu2kan joint kami untuk memeriahkan lagi scene basikal tua di Malaysia.
    Jika terdapat foto2 beskal lama yang ingin dikongsi kenangan dan memorinya, boleh emel kpada sy..chegu_korn@yahoo.com atau anjang379@yahoo.com.

    Salam kenal…..Idup Gerek tu….

    Reply

  9. Posted by goleng on February 22, 2008 at 12:23 pm

    Insyaallah..saudara chegu dan saudara anjang..mungkin dalam sedikit masa lagi saya akan emelkan gambar2 beskal saya bagi memeriahkan lagi club
    yang kita semua sayang ini..salam perkenalan….

    Reply

  10. Tiba-tiba aku berminat dengan basikal lama. Kebetulan aku pergi tinjau vespa lama di sebuah kedai kumpul barang antik, terpandang basikal jenama Raleigh. Tanpa banyak cerita terus beli bawa balik rumah, gosok baik-baik dan make up. Ternampak sedikit cantik, setiap petang aku tunggang keliling taman perumahan, semua pandang dan jelik-jelik termasuk india tua.
    Untuk tambah pengetahuan aku browser internet, jumpa tapak web ini tambah semangat dan sayangku kepada basikal tua. Di sini aku cuma nak tanya macam mana dengan join kelab ini. Tolong bagi info lanjut?.
    Sila kliks: http://basikal.wordpress.com untuk tengok basikal yang aku maksudkan. Terima kasih.

    Reply

  11. Posted by Sanim on March 21, 2008 at 6:43 am

    salam, Tq ijas sebab sudi tulis dalam blog ni. Wah dasyat juga basikal tua yang ijas beli. Mahal rasanya waktu beli kan. sebab bukan senang org nak jual sekarang ni. Nasib baik boleh dapat murah. Kami tak punya kelab cuma saya dan cikgu hairi kawan baik yang punya hobi yang sama. Kalau ijas nak email tentang apa sahaja tentang basikal tua sila email kepada saya dan saya akan upload disini. anjang379@yahoo.com. Kalau berminat dengan baju yang cikgu hairi buat boleh hubungi saya. Mungkin kita dah lambat tentang hobi ini kerana ramai yang telah mendahului. Tapi itu bukan halangan untuk kita lestarikan warisan silam. Sampai jumpa lagi. Tentang vespa dulu saya dah cuba koleksi tersebut tetapi tidak seindah hobi ini. Hehhehe.

    Reply

  12. Posted by chegu hopper on March 21, 2008 at 8:48 am

    salam perkenalan saydara Ijas,

    kami mengalu-alukan gerekers2 joint web blog ni agar scene berbasikal menjadi semakin happening n retro.Kalo di Sungai Petani mmg ada geng2 yang kayuh tiap2 hujung minggu,kalo tak kayuh boleh jadi hangin satu badan,ahaks….
    Mari kita melestarikan warisan ni…mmg btul Sanim..susah kalo dah kena rasuk ngan hantu besi..hehehehehee

    Reply

  13. Posted by ikhwan on April 2, 2008 at 2:27 am

    Salam Saudara Anjang…Nama saya Ikhwan dari Kuala Lumpur…saya sangat berminat untuk memiliki sebuah basikal lama sebagai koleksi peribadi. Sekiranya ada sesiapa yang ingin menjual atau tahu dimana tempat untuk membeli basikal lama bolehlah sms saya di 019-6065575 atau email ikhwanizam@gmail.com Terima kasih.

    Reply

  14. 1. Salam & TQ. Sanim:-
    Kebetulan aku kenal suku sakat penjual tu. Aku beli dengan harga yang berbaloi juga setelah sekian lama mencari. Mula-mula tu liat juga nak jual dia kata nak simpan buat koleksi. Cerita pula cerita dia kasi juga setelah mengetahui kita banyak ilmu tentang basikal (buat-buat reti aje). Sebenarnya dia ada lagi lima (5) basikal Raleigh dan satu (1) basikal Hercules yang tersimpan elok dalam stor. Aku nak ayat basikal perempuan ( dia kata pernah digunakan oleh Saloma dalam cerita Bujang Lapok) untuk isteriku tersayang. Sekarang ni aku tak keseorangan berkayuh keliling taman, isteri aku ikut sama. Itu yang tak bestnye, habis peluang aku jeling mak janda muda kat lorong 2 tu. Hari tu dia tegur aku masa lalu depan rumahnye. W/bagaimanapun lagi baik aku berkayuh dengan isteriku, sebab ajak kekawan semua tak minat. Banyak alasan, lebih-lebih harga basikalnya mmg mahal.

    2. Salam & TQ Chegu Hopper

    Kat Btg Berjuntai ni tak ada klub atau yang berminat dengan basikal tua. Jadinye aku berkayuh berdua dengan isteriku. Tapi dia kayuh basikal Jepun (recond), tu yang tak sejoli. Aku tengah cari basikal perempuan. Dah dapat nanti baru pasangan yang mantap.

    Hingga jumpa lagi.

    Reply

  15. Posted by chegu hopper on April 4, 2008 at 9:34 am

    Salam saudara ijass,

    dah gempak dah gerek saudara, bagi saya jika ditambah pelbagai aksesori yang rare lagi menaikkan seri gerek tu, tak pe slow2 cari brg n mod gerek tu.
    Mula2 kayuh, pastu dayung ler jawabnya….ahaks.jangan marah aaaaaaaaaa…..

    Reply

  16. [...] Dan tidak memenatkan juga. Kalau dikampong kampong, oarang akan mersa bertuah dan bangga bila ada sebuah basikal, itulah antara termaju masa itu. ramai ramai gi tengok canggih nya basikal tu, Lepas tu orang mula [...]

    Reply

  17. Posted by nizakamyuhje on September 9, 2008 at 7:30 am

    ooh sanim kau banyak beskal rupanya aku tak kira aku nak jgak keh keh keh

    Reply

  18. gembelllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll……………………………………………………

    Reply

  19. Posted by Jamil on October 30, 2008 at 4:08 am

    saudara berapa nak jual basikal kol saya 0127789109 , ku bermimpi!!!!!!!!!

    Reply

  20. Posted by Budak_baru_belajar on October 31, 2008 at 3:26 pm

    cuba tgk2 kat blog basikal malaya mana tahu ada rezeki

    Reply

  21. Posted by mykyocera on November 3, 2008 at 3:00 am

    Saudara Jamil,

    Blog Basikal Malaya juga bersedia untuk membantu saudara untuk mendapatkan basikal Raleigh yang “mint” (New Old Stock) harga boleh runding. Semua barang ori…semua buatan England start dari body sampai rim.

    http://basikalmalaya.wordpress.com atau email mykyocera@gmail.com Terima Kasih kepada Budak_baru_belajar sebab promote blog saya…ada hadiah untuk saudara nanti. TK.

    Reply

  22. Posted by jali on December 11, 2008 at 2:02 am

    slm ceria untuk semue , slm perkenalan pada semue , saya jali dari singapura , tabik respect pada semua yng menghargai basikal lama raleigh ini , di sini masih boleh dapat spork ori raleigh , decal ( yng harus di celup air sebelum boleh di tampal , seperti raliegh sport kat body emblem raleigh kat mudguard, emblem kecil kat fork, word raleigh kat chainguard ) dan juga cable untuk 3speed gear. kira nya ada sesiapa yng sedang mencari saya boleh cuba tolong sedaya upaya saya untuk membantu demi minat menrestorasikan basikal lama ini (stok juga terhad al maklum lah) . terima kasih segala pertanyaan boleh lah email kat saya di jx932@yahoo.com.sg

    Reply

  23. Posted by kamal on February 9, 2009 at 3:45 pm

    hai teman2. askum…..aku pun baru teringat basikal peninggalan arwah atuk aku, dari hari raye haji aritu aku nak ambik kat kampung tp baru la ni aku dpt ambik. sekarang aku tgh kumpul badget utk repair balik basikal releigh ni. kalau ade ape2 maklumat tentang spare part bgtau le ka aku. Ade gak aku servey kat web nak tahu tahun bape basikal ni di buat tapi tak jumpa lagi. Harap teman2 dapat berkongsi maklumat. Terima kasih. kamal, Rembau,N9

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: