
Koleksi loncheng dan katalog 1930an

Dihantar kepada Soon Leong & Company, Penang pada 24.2.1932
Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat rakan-rakan pencinta hobi basikal tua dan klasik semua,
Penulisan kali ini menceritakan kesinambungan koleksi loceng buatan England yang nama syarikat pengeluarnya jarang-jarang sekali kita dengar atau mungkin tidak pernah sama sekali diketahui umum bahawa pernah wujud syarikat-syarikat ini. Namun begitu ia tetap wujud yang menjadikan ia sebahagian koleksi yang amat menarik dan unik sekali untuk diburu. Begitu juga dengan aksesori basikal yang dikeluarkan dari negara German. Terdapat banyak aksesori basikal keluaran negara German yang kita tidak sedari pernah berada di Tanah Melayu suatu masa dahulu.
Walaupun dahulu kebanyakkan aksesori yang masuk tidak begitu mendapat sambutan kerana harga yang mahal, akan tetapi masih terdapat juga syarikat di Tanah Melayu sendiri yang berani menjadi pengedar barang-barang tersebut. Dengan adanya sedikit sumber dan bahan rujukan seperti ini diharap ia dapat dijadikan panduan bagi kita semua untuk menjejaki sejarah basikal tua dan perkembangannya di Tanah Melayu.
Export-Catalogue 31E for Globus-Bells and Cycle-accessories milik seorang sahabat NBT ini telah dihantar dari Hamburg, German pada 24 Februari 1932 kepada Soon Leong & Company di Penang dan syarikat tersebut telah menerimanya pada 17.3.1932 seperti mana yang tercatat di muka hadapan katalog. Katalog berillustrasi dengan cetakan berwarna ini mempunyai 28 muka surat dipenuh dengan illustrasi loceng dan aksesori basikal dari German untuk di pasarkan di Asia.
Menurut pemilik koleksi ini, katalog Globus dan 4 buah loceng buatan England ini diperolehi daripada seorang cucu pengusaha kedai basikal yang mengusahakan perniagaan kedai basikal pada penghujung tahun 20an yang sudah tidak menjalankan perniagaannya lagi. Koleksi ini diperolehi disebabkan pemilik asalnya ingin bertukar-tukar barangan antik yang lain dengan pencinta basikal tua ini. Bayangkan usia katalog dan loceng-loceng ini yang telah berusia 77 tahun masih lagi berada di dalam keadaan baik kerana disimpan rapi sehingga ke hari ini, menjadikannya dokumentasi dan antara barang berharga yang paling lama pernah ditemui di Tanah Melayu oleh pemiliknya.
- Koleksi loncheng dan katalog 1930an
- 1 katalog + 4 buah loncheng antik
- Export -Catalogue 31E for Globus & Surat “Pricelist”
- Dihantar kepada Soon Leong & Company, Penang pada 24.2.1932
- Telah diterima pada 17.3.1932
- Challis Pattern Bells buatan England
- B & I (Components) Ltd London E2
- Loceng berbentuk “Divette” patern bell buatan England
- Mana lagi kalau tak Made in England
- Loncheng berbentuk Rotary-action Bell buatan England
- British Made
- Loncheng jenis W & B buatan England
- Walton & Brown Ltd, Made in England
- Rotary-action “Regina” bells
- Ding-Dong Bell with wire mechanism
- Quadruple-sound bell
- Senarai aksesori yang pernah dijual
- Kulit belakang cetakan warna Globus
“Lestarikan Nostalgia Warisan Silam”


















Posted by Trangquerah on May 19, 2009 at 6:26 am
saya tak pernah tengok barang-barang macam ni. semoga sdr admin dapat memaparkan katalog tu dengan lebih jelas lagi. tahniah kerana mempunyai koleksi yang lama ni.
Posted by Wayan on May 19, 2009 at 9:30 am
Kareeeen bangat koleksinya omm… bisa dijual nnngak?
Posted by ajid on May 20, 2009 at 3:31 am
salam sdr admin, cantik2 belaka koleksi loncheng tuan, ada lebih ke utk rakan2 dJB ni..
Posted by sanimNBT on May 20, 2009 at 10:40 am
InsyaAllah ada rezeki dapat lagi, tentu ada untuk kawan2.
Posted by Mat Tahir on May 21, 2009 at 2:15 pm
gua rasa lu memang byk lagi benda yang tersimpan….hehe
teruskan selagi dalam hati ada cinta sama “wanita inggeris”
yang indah & berwajah klasik zaman victorian keturunan
king edward & ratu isabelle.
aku hanya mampu untuk mengayuh beskal raleigh sportku @ mtb GTdi sekitar pekan Tronoh (Sultan Street & Bota Road) warisan kolonial Inggeris yang lebih 100 tahun umurnya…
el gringo
Posted by sanimNBT on May 21, 2009 at 3:24 pm
Releks bro, semua ni kan untuk berkongsi ilmu dengan rakan-rakan. Mana tahu boleh dijadikan panduan dalam memburu khazanah warisan silam yang semakin pudar dan hilang. Hati gua tetap pada wanita melayu walau jiwa gua rock selamanya. Hehehehe.
Posted by nizamkayuhje on May 22, 2009 at 12:56 am
saje nak tahu brng dapat di kl ?atau di kampung
Posted by kill bush on May 24, 2009 at 1:30 am
what a nice bell, no wonder you have very long history with England so you get something special from them, i still have 1 cycle chain, peugeot brand made in france including its original paper box.
wassalam.
Posted by diar PSH Garut Indonesia on May 24, 2009 at 11:24 am
Garut mengundang onthelis malaysia untuk hadir pada Ulang Tahun Club Onthel Garut (PSHG) yang ke,undangan dapat dilihat di http://www.garutonthel.wordpress.com..terima kasih
Posted by Anneacasia on June 2, 2009 at 10:33 am
So far I tak pernah lihat dan tengok dokumen katalog kertas yang begini lama di Malaya 1932 tuuu…tahniah Sanim…I’m sure kat Muzium Negara dan Arkib Negara pun takde simpan, apetah lagie kat kolektor…tahniah yer Sanim – Anneacasia
Posted by hairulfahmi on July 3, 2009 at 9:39 am
salam petang pada kelab tuan…
semoga basikal tua menjadi trend masa kini bagi mengembalikan nostalgia lalu
Posted by mykyocera on August 10, 2009 at 2:13 pm
Setakat nie…mmg betul kata Anneacasia. Kalau Muzium dan Arkib Negara tau kau ada koleksi nie…diorg akan berterima kasih kat kau bro ! 1932 tu…zaman belum perang dunia lagi tu. Ini namanya koleksi “king”.
Apa pun aku tetap peminat setia blog kau bro…biar pun kau jauh di Sabah. – Mykyocera