Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada semua sahabat-sahabat penggemar hobi basikal tua, lama betul saya tak update blog ni. Mana tidaknya bila bekerja jauh di negeri dibawah bayu agak sukar sedikit untuk mencari bahan bagi penulisan seterusnya. Kesempatan pulang ke kampung pada cuti persekolahan penggal pertama baru-baru ini saya tidak lepaskan peluang untuk berjumpa dengan beberapa sahabat dan penggemar hobi basikal tua ini. Dan kesempatan yang ada juga saya gunakan untuk mengambil beberapa gambar basikal tua yang di miliki oleh orang lama tetapi baru meminati hobi ini. Pemilik mempunyai beberapa buah koleksi basikal tua yang baru di perolehi dalam tempoh setahun. Dan apa yang menarik minat saya untuk di letakkan di ruangan ini adalah basikal Raleigh ukuran 24″ yang baru sahaja menjadi miliknya 2 bulan yang lalu. Berikut adalah basikal Raleigh yang dimaksudkan….
Sepit Udang/ Fork – Separa Chrome
Basikal Raleigh ini menggunakan hub asal British Made, Rim Dunlop Lipat, dan masih menggunakan logo/merk burung pada hampir setiap bahagian basikal tersebut seperti handle/stang dan Crank/gir depan. Basikal ini sebenarnya telah dilakukan sedikit proses restorasi bagi menaikkan lagi seri basikal ini agar dapat di naiki oleh pemiliknya dengan lebih selesa. Apa-apa pun tahniah kepada pemilik basikal Raleigh ini kerana dapat menjaga dan seterusnya melestarikan lagi Nostalgia Warisan Silam yang dahulunya punya sejarah tersendiri.
“Lestarikan Nostalgia Warisan Silam”





Posted by hileut peutey on March 27, 2010 at 12:51 am
TOURIST!
Posted by azhar on March 29, 2010 at 8:14 am
assalammualaikom,.. nak tanya berapa saudara abis RM untuk memperoleh basikal ini…leh bg tau saya di email radio_ending@yahoo.com
Posted by puteri 144 on April 15, 2010 at 6:10 am
mungkin RM 700 keatas
Posted by azis DeFOC on March 30, 2010 at 8:06 am
duh tampannya….., boleh kah aku meminangnya..??
Posted by Abu Bakar Mohd Khalid on March 30, 2010 at 8:49 am
Salam perkenalan dari sahabat yang sealiran dengan hobi kawan….
Posted by Admin NBT on March 30, 2010 at 9:58 am
salam perkenalan buat semua juga….
Posted by hero on April 1, 2010 at 3:05 pm
tu basikal buatan tahun berapa ya?
Posted by syahmi on April 28, 2010 at 5:06 pm
abg mane nak dapat set brooks tu