BSA Rojak Singapore

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Pada kali ini saya paparkan sebuah basikal yang bercampur aduk aksesori yang di gunakan untuk membangunkan basikal ini. Mungkin sebuah basikal yang tidak begitu menarik. Tetapi inilah hasilnya. Boleh dikatakan bahagian basikal ini hanya 50 peratus menggunakan aksesori buatan England. Sesuai dengan namanya BSA rojak singapore.

IMGP0491

BSA dari tepi

IMGP0501

BSa dari hadapan

IMGP0499Merk dan Decal BSA

IMGP0504Tempat Duduk (Sadel)

IMGP0493Lampu Miller

IMGP0496Hub Brake depan dan belakang Sturmey Archer

Begitulah seadanya basikal BSA rojak singapore.

“Lestarikan Nostalgia Warisan Silam”

Koleksi Loncheng England & Katalog Eksport Globus (German) 1930an

Koleksi loncheng dan katalog 1930an

Koleksi loncheng dan katalog 1930an

Dihantar kepada Soon Leong & Company, Penang pada 24.2.1932

Dihantar kepada Soon Leong & Company, Penang pada 24.2.1932

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat rakan-rakan pencinta hobi basikal tua dan klasik  semua,

Penulisan kali ini menceritakan kesinambungan  koleksi loceng buatan England yang nama syarikat pengeluarnya jarang-jarang sekali kita dengar atau mungkin tidak pernah sama sekali diketahui umum bahawa pernah wujud syarikat-syarikat ini. Namun begitu ia tetap wujud yang menjadikan ia sebahagian koleksi yang amat menarik dan unik sekali untuk diburu. Begitu juga dengan aksesori basikal yang dikeluarkan dari negara German. Terdapat banyak aksesori basikal keluaran negara German yang kita tidak sedari pernah berada di Tanah Melayu suatu masa dahulu.

Walaupun dahulu kebanyakkan aksesori yang masuk tidak begitu mendapat sambutan kerana harga yang mahal, akan tetapi masih terdapat juga syarikat di Tanah Melayu sendiri yang berani menjadi pengedar barang-barang tersebut. Dengan adanya sedikit sumber dan bahan rujukan seperti ini diharap ia dapat dijadikan panduan bagi kita semua untuk menjejaki sejarah basikal tua dan perkembangannya di Tanah Melayu.

Export-Catalogue 31E for Globus-Bells and Cycle-accessories milik seorang sahabat NBT ini telah dihantar dari Hamburg, German pada 24 Februari 1932 kepada Soon Leong & Company di Penang dan syarikat tersebut telah menerimanya pada 17.3.1932 seperti mana yang tercatat di muka hadapan katalog. Katalog berillustrasi dengan cetakan berwarna ini mempunyai 28 muka surat dipenuh dengan illustrasi loceng dan aksesori basikal dari German untuk di pasarkan di Asia.

Menurut pemilik koleksi ini, katalog Globus dan  4 buah loceng buatan England  ini diperolehi daripada seorang cucu pengusaha kedai basikal yang mengusahakan perniagaan kedai basikal  pada penghujung tahun 20an yang sudah tidak menjalankan perniagaannya lagi. Koleksi ini diperolehi disebabkan pemilik asalnya ingin bertukar-tukar barangan antik yang lain dengan pencinta basikal tua ini. Bayangkan usia katalog dan loceng-loceng ini yang telah berusia 77 tahun masih lagi berada di dalam keadaan baik kerana disimpan rapi sehingga ke hari ini, menjadikannya dokumentasi dan antara barang berharga yang paling lama pernah ditemui di Tanah Melayu oleh pemiliknya.

“Lestarikan Nostalgia Warisan Silam”

Iklan Raleigh edaran Robinson & Co. (M) Ltd.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semakin hari semakin mendapat tempat hobi koleksi basikal klasik di Malaysia. Tidak kira tua atau muda, berbagai bangsa dan agama meminati hobi ini. Sebenarnya hobi ini telah di minati sejak dari dulu lagi, cuma publisiti dan peluang untuk berkongsi minat tentang hobi ini tidak dapat disampaikan secara meluas. Namun dengan kecanggihan teknologi terutamanya teknologi maklumat dan kominikasi (ICT), maklumat dapat disampaikan kepada pecinta hobi ini dengan lebih dekat lagi. Pada era terdahulu untuk mempromosi atau memperkenalkan sesebuah basikal produk keluaran syarikat cara yang paling mudah dengan memaparkan iklan secara bercetak. Namun promosi melalui cara ini adakalanya tidak sampai kepada semua pihak. Misalnya seperti iklan basikal jenama Raleigh yang diedarkan oleh Robinson & Co. (M) Ltd. yang di cetak  pada tahun 1960 dan papan iklan 3 bahasa (Inggeris, Jawi/melayu dan cina) ini.  Kewujudan blog serta laman web tentang basikal tua telah mendekatkan diri kita untuk mengetahui dan memahami seterusnya berkongsi ilmu pengetahuan mengenai hobi yang penuh nostalgia ini diseluruh pelusuk benua.

Iklan yang dikeluarkan oleh Robinson & Co. (M) Ltd.
Iklan yang dikeluarkan oleh Robinson & Co. (M) Ltd.

Ramai peminat terutama dari negara Indonesia yang menyangkakan bahawa basikal Raleigh yang tertera logo syarikat ini adalah keluaran Singapura. Namun begitu untuk makluman semua syarikat inilah yang bertanggungjawab mengedarkan kebanyakkan basikal yang dibawa dari England terutama di bawah Syarikat Raleigh Industries di Malaysia suatu ketika dahulu.

Papan iklan Raleigh khas untuk pasaran Malaysia menggunakan 3 bahasa

Papan iklan Raleigh khas untuk pasaran Malaysia menggunakan 3 bahasa

Melalui perkongsian kali ini, dapatlah sama-sama kita berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang hobi ini. Sebarang maklumat yang salah atau sebarang perkongsian boleh lah ditulis pada komen agar kesalahan dapat diperbetulkan dan kekurangan dapat ditambah.

“Nostalgia Warisan Silam”