Assalamualaikum dan salam sejahtera….. Buat semua sahabat dan teman-teman sudah lama aku tidak menulis perkara yang baru. Kali ini aku lampirkan basikal brand “Dragon” saiz 22. Aku ketemu basikal ini sewaktu negeriku “Johor” dilanda banjir. Dan basikal ini aku ketemu di kedai membeli dan menjual besi-besi buruk. Aku beli dengan harga yang cukup murah RM 20. Tetapi keadaannya ketika itu amat menyedihkan. Tapi tidak mengapa kerana aku amat berminat dengan saiznya. Aku beli dan langsung membawanya dengan motosikal. Sewaktu mendapatnya semuanya masih dalam keadaan asli namun terdapat banyak aksesori yang perlu diganti(Sadle brooks, lampu national, tayar dan rim dunlop, dan lain-lainnya semua asli jenama dragon). Tayar dan rim tepaksa digantikan dengan dengan yang baru jenama union, sadle aku gantikan dengan himalaya, dan yang lain-lain masih aku kekalkan. Aku tidak pasti jenama “dragon” buatan mana. Tetapi yang pasti aku amat menyukainya kerana saiznya yang agak cantik.
Lihat gambar-gambarnya. ” Dragon”
Nostalgia Warisan Silam Dragon 1
Hub depan Union Germany
Hub belakang Union Germany
Saiz “Dragon” berbanding dengan “Raleigh”
Posted by mbetmen on October 24, 2007 at 1:11 am
wooww…. Indonesia blum ada yg punya tuh! (sepertinya)
Posted by nostalgiabasikaltua on October 24, 2007 at 2:01 am
mungkin ada cuma belum ketemu. mbetmen juga mungkin punya yang lebih langka dan unik berbanding saya
Posted by kang usil on October 24, 2007 at 7:19 am
nyang ane tahu dragon buatan china, liat aje pomp tangan dragon, nggak ape2 sepedanya antik kok asl jgn nyolong aje ye cing…
Posted by nostalgiabasikaltua on October 24, 2007 at 8:02 am
Kemungkinan buatan china, tetapi bila ditanya kepada ayahku dibilangnya buatan england dan ada yang mengatakan buatan jepun(jepang). Tetapi jika dilihat dari semua kelihatannya seperti buatan england.
Posted by van k van on October 24, 2007 at 9:25 am
ga masalah buatan mane cing…..nyang penting enak di cemplakin….hiks
Posted by mr.t on October 25, 2007 at 5:24 am
heheh..yg punya mitos naga negara mana coba.. 😀
Posted by nostalgiabasikaltua on October 25, 2007 at 5:59 am
jepun dan china
Posted by nostalgiabasikaltua on October 25, 2007 at 6:00 am
phoenix asalnya buatan mana
Posted by Chandra KOBA on October 25, 2007 at 8:52 am
Salam kenal. phoenix pertama dipruduksi tahun 1905 di Eropa negeri belanda.kerena harga mahal di eropa maka china berniat buat hal serupa di china. harga tidak terlalu mahal, merk phonix sudah dikenal di Indonesia Raya sekitar tahun 1975 An.warna yang saya tau hitam.salam
Posted by nostalgiabasikaltua on October 25, 2007 at 9:56 am
Di malaysia phoenix(china) sudah mulai masuk sekitar tahun 1950an. Dan terdapat juga rekabentuknya sama seperti buatan eropah. Tetapi pada awal pembuatannya, kualitinya setanding buatan eropah berbanding dengan sekarang.Aku punya juga phoneix buatan tahun 1960. Akan aku lampirkan dilain masa ya.
Posted by simplexforum on October 26, 2007 at 11:04 am
pak Cik, alangkah mudahnya mendapatkan spareparts Union Germany, kalau di Indonesia kami biasa menggunakan buatan China kerana tidak terjumpai buatan Germany
Posted by chegu on October 28, 2007 at 8:03 am
di Malaysia masih agak senang untuk mendapatkan spare barangan England tapi yang pokok nya wang nya mau tebal.kerana pengusaha2 sepeda semuanya org2 tua yang berbangsa cina.Mereka masih menyimpan barangan lama dan menjualnya dengan harga yang tinggi….sangat tinggi.
Salam Perkenalan.
Posted by unique on November 13, 2007 at 2:36 pm
Temans, maaf OOT neeh..
kalo nyari frame sepeda onthel dimana ya?.. and kisaran harganya berapa?.. kalo ada info, tolong kirim ke email saya.. Terimakasih..
Posted by El-Yas on January 12, 2008 at 9:12 am
orang cina pandai berniaga. Saya ada satu jenama Hopper saiz 24″ tetapi kondusi agak teruk….dah dua beskal jual kat India..masa tur tak minat beskal…Robin Hood perempuan & Sun Industry.
Posted by Sahid Nugroho on February 13, 2008 at 1:30 am
Salam kenal untuk saudara-saudara “gerekers” di Malaysia. Di Indonesia, juga demikian hampir semua toko sepeda adalah dimiliki pengusaha China, tetapi ironinya, jarang sekali orang china yang hobby sepeda tua. Di sini, spare part lama relatif sudah tidak ada di toko-toko sepeda, kebanyakan sudah jatuh ke tangan para kolektor. Salam.
Posted by Sanim on February 13, 2008 at 5:27 am
Salam gerek/sepeda dari kami…..
Di malaysia juga banyak spare parts telah jatuh ke tangan kolektor2 Siam yang datang memborong barangan nya.tetapi masih ada dijual barangan sepeda England di toko2 yang tertentu sahaja.harganya kekadang amat mahal dan mampu dimiliki oeleh sesetengah orang sahaja.