Royal Sunbeam (1938-1950)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Buat tatapan sahabat-sahabat pencinta gerek/basikal/ontel lama seringkali kita dapat bertukar idea dan pendapat di ruangan ini. Berikut saya lampirkan sebuah daripada koleksi basikal  yang saya miliki. Sebuah basikal berjenama Royal Sunbeam. Basikal ini adalah antara koleksi yang amat saya sayangi kerana mempunyai nilainya tersendiri. Walaupun tidak sebagus ori namun cukup membahagiakan diri saya. Berikut dilampirkan foto “Royal Sunbeam” milik saya. Kondisi basikal ini masih dalam keadaan asal dan hanya dibersihkan serta tidak dicat semula. Mempunyai surat/geran jual beli. Katanya pemilik asal basikal ini dibeli  pada tahun lewat tahun 40an secara ansuran bulanan dan pada awal tahun 50an baru ia mendapat gerannya. Mungkin kerana sudah berpindah tangan terdapat aksesori telah digantikan antaranya sistem brake yang telah digantikan dengan sistem gear dan brake sturmey archer serta rim tayar yang digantikan dengan rim buatan raleigh. Yang lain masih dalam keadaan asal. Semuanya masih asli milik basikal ini. Yang unik pada basikal ini adalah peti rantainya/katengkas yang menggunakan sistem “oil bath”. Menjadikan basikal ini mempunyai identitinya yang tersendiri.

royal-sunbeam.jpg

sunbeambadge2.gif Logo Sunbeam basikal-016.jpg Peti Rantai(oil bath)

basikal-004.jpg Handle bar/setang basikal-023.jpg Pandangan Sisi

basikal-022.jpg Pandangan Belakang

NOSTALGIA WARISAN SILAM

14 responses to this post.

  1. Kumplit bos sepedanya, top……

    Reply

  2. Posted by Bambang Prayogo on December 27, 2007 at 6:16 am

    Yth…Tuan Usman
    salam kenal dari tetangga yang konon masih serumpun,kami adalah salah satu dari sekian pecinta Basikal Tua ala Indonesia yang saat ini sedang ngetrend dinegeri kami,bagaimana dengan pecinta dinegeri Tuan? bolehlah kita bagi informasi perihal sepeda tua,agar warisan leluhur kita tetap terjaga kelestarianya.salam dari Indonesia. bambang

    Reply

  3. Posted by Sanim Othman on December 27, 2007 at 6:32 am

    Salam kenal juga buat tuan Bambang. Iya boleh saja kita berkongsi info dan pendapat bagi melestarikan hobi yang telah digemari sejak dahulu lagi. Kami di Malaysia juga mendapati semakin hari ramai dikalangan para peminat menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu namun tidak mendapat liputan yang meluas seperti di negara tetangga Indonesia dan thailan. Moga suatu hari nanti hobi ini akan mendapat tempat dikalangan semua pihak di Malaysia agar kita dapat mewujudkan satu kelompok masyarakat yang sihat dan bersatu padu seterusnya dapat menimba pengalaman dari negara jiran yang telah menjalankan aktiviti-aktiviti ini dengan jayanya.

    Reply

  4. Posted by chegu hopper on December 27, 2007 at 6:42 am

    Salam perkenalan Mr.Bambang,

    Saya juga salah seorang penggila dan peminat setia sepeda/basikal/gerek.Saya juga kenalan rapat Mr.Usman dan sama2 bangunkan gerek2 sendiri hanya untuk kepuasan sendiri sahaja.
    Mr.Usman mempunyai gerek sunbeam yang “rare” dan keaslian gereknya amat tip top keadaannya.Tahniah geng.Harap kita semua dapat merapatkan lagi silaturrahim di antara dua negara ini.Semoga sepeda/gerek dapat mengeratkan kita semua.tq.

    Reply

  5. Posted by chegu hopper on December 27, 2007 at 2:09 pm

    jika anda semua pencinta gerek tua/ basikal tua di Malaysia ingin berkongsi maklumat/kenangan/koleksi peribadi berkenaan dengan gerek tua amat dialu-alukan.Bolehlah emailkan kepada anjang379@yahoo.com atau chegu_korn@yahoo.com.
    Dengan adanya segala maklumat,pertukaran idea dan pendapat dapatlah kita melestarikan warisan gerek zaman berzaman.
    tq semua.

    Reply

  6. Posted by chegu hopper on December 27, 2007 at 2:19 pm

    Salam semua penchenta gerek tua,

    Para gerekers semua, pada 30.12.2007 bersamaan hari Ahad akan diadakan Pertandingan dan Pameran Basikal Klasik/Antik di perkarangan Stadium Bandaraya Pulau Pinang.Anjuran kelab basikal Klasik.Masa dari pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari.
    Semua dijemput hadir jika mempunyai masa luang dan lapang.terima kasih.

    Reply

  7. Posted by Sanim on December 28, 2007 at 1:34 am

    salam chegu, hang punya gerek pun power apa. yang penting kita jumpa di acara pameran dan pertandingan basikal antik tu k.

    Reply

  8. Posted by chegu hopper on January 5, 2008 at 2:20 am

    Sanim,

    Aku arap ko enjoy ngan pameran tu.Jauh ko dtg dr KL semata2 nk join org utara tgk pameran..Gerek Sarkis pon ada.Uwaaaaa….
    Sukhoi ada kat Mudguard woiiii…..tak lama lagi ko tgk ada MIG ada atas hoppper aku..hehehehehe……

    Reply

  9. I come from thailand. I like old bicycle British brand. I have been Royal Enfield bicycle 1940-1950 Original.

    Reply

  10. Posted by Sanim on January 19, 2008 at 4:21 am

    Tq, Mr KGB coz visit this blog. We can change all opinion about old bicycle here. I know ur states have many collector this old machine. So we try to know and change any opinion about this old bicycle. This is my email and u can write and send a photo about any bicycle carnival at ur states. anjang379@yahoo.com

    Reply

  11. Posted by Bambang Prayogo on January 23, 2008 at 10:56 am

    Thank alot about your attention,so I would like to inform you about National Congres”old bicyle comunity”in Bogor on 9-10 february 2008,if you interested please call me at 0818 80 1968.
    thank’s bambang

    Reply

  12. Posted by gerekersungaipetani on February 9, 2008 at 1:01 pm

    tq 4 ur information Mr. Bambang.We really appreciate it.

    Reply

  13. asss.wr.wb. pak Usman, saya salut ats’as Royale sunbeam yg cantik , saya jug lagi membangun royale sunbeam th 1930 rem karet/break karet, saya kesulitan mencari karet pedal kayuhan dan lampu stopan spakboard belakang, kalau bpak usman bisa bantu saya ucapkan teria kasih. emal saya.r_hernawa@yahoo.com.tks.wass

    Reply

  14. You stay which country? If stay Malasia country , I will tour in end of this year.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: