Archive for June, 2008

Design Tshirt Nostalgia Basikal Tua

Salam kepada seluruh gerekers dan ontelis,

Sudah lama terpendam di sanubari dan jiwa untuk merealisasikan tshirt untuk menyambut ulang tahun pertama blog ini.Jadi perbincangan dan usaha murni telah digarab untuk menghasilkan design yang difikirkan sesuai dengan laman blog ini.Oleh yang demikian,terhasil lah design yang sepertinya.Design ini telah dihasilkan oleh pensyarah universiti dan anak didiknya yang begitu taksub dengan projek menghasilkan design ala 3D.Diharap rakan-rakan dapat memberi komen yang membina bagi memantapkan lagi design ini sebelum ia direalisasikan.Sekian terima kasih.pandangan depan tshirt (jika berwarna putih)

pandangan belakang tshirt ( jika tshirt putih)

pandangan depan ( jika tshirt berwarna koko )

pandangan belakang (jika tshirt berwarna koko)

Setelah diberi saranan oleh teman-teman, aku dan designer nya akhirnya akan cuba menghasilkan design seperti dibawah ini.

Pandangan depan ( tulisan dibesarkan font nya )

Pandangan belakang

Semoga rakan-rakan dapat memberi respon yang positif agar design ini dapat dijelmakan daripada mimpi  selama ini..Terima kasih kepada pereka design ini kerana memberi kerjasama yang padu kepada kami.

Nothing Else Matters..

Sanim/Chegu/Ikhwan

Advertisements

Raleigh Ladies Siam Mari

Salam…

Buat kali ini ditampilkan sebuah gerek Raleigh Sports Ladies yang diberitahu oleh tuan punya kedainya, ia sudah dipasang lima tahun yang lalu ( 2002). Buatannya sekali pandang memang kita menyangka ia buatan England,tapi sekilas ikan di air, sudah tahu jantan atau betinanya.Ia buatan Siam yang mendapat lesen pemasangan dan membuat alat ganti dari Raleigh di UK.Semua barang yang dipasang di gerek ini mempunyai cop Raleigh dan Orang Tua.Dashat penangan Siam ni kan,semua benda boleh tiru.

Pandangan sisi

Pelapik Raleigh Siam

Lampu Raleigh

Bell Raleigh..

Saddle Raleigh

Rim …ish..dasyat sungguh engrave full sentences

Rakap Raleigh

Kunci Kepala Burung Raleigh

Tire mcm ni mana mau cari…

Wooo…Full sentences

Hub Brake Cap Orang Tua

Reflector Raleigh

Stand Raleigh

Cop Orang Tua

Carrier Engrave Raleigh Nottingham..

Oleh yang demikan,terbuktilah memang ada sesetengah kedai aksesori gerek tua yang cuba menjual barangan ganti Siam ni dengan harga yang setanding dengan barangan ganti England,jadi berhati-hatilah rakan-rakan jika berbelanja.Biar kalah membeli,menang memekai..TQ

Family Day GETUAS

Salam rakan-rakan semua…

Pada 14 Jun 2008 iaitu pada hari Sabtu telah diadakan perjumpaan dan Hari Keluarga GETUAS ( Gerek Tua Alor Star ) di perkarangan Stadium Darul Aman dan di Bukit Wang. Ibarat menyelam sambil minum air…diadakan jua kayuhan mengelilingi bandaraya Alor Star untuk melepaskan gian berkayuh pada hujung minggu..Hampir 30 buah gerek tua telah memeriahkan suasana di pagi hari dan liputan oleh akhbar Utusan Melayu diadakan pada pukul 10.30 pagi.Kelab GETUAS ini dianggotai oleh seramai 42 orang ahli yang terdiri daripada lapisan umur dan bangsa.Turut serta pada hari tersebut ialah beberapa orang ahli Kelab Pemilik Basikal Klasik Pulau Pinang.Sekian,terima kasih…

Daulat Tuanku…

Love Bike not luv bites..

Kayuhan orang lama dan orang baru

Berkumpul ramai-ramai di Pekan Rabu untuk sarapan

Rapatkan saf anda….

Mai secewen!

View dari atas langit..hahaha

Mr. Wong from Penang

Jualan spare parts dan pameran

Semuanya British’s Brand

I believe i can fly….

Rudge Sports keren…

Belalang tempur…

Hercules Kura-Kura ( Koora )

Gerek kanak-kanak Rambler

Geran gerek tua dahulu kala…

Wow! Binatang apa yang makcik tunggang….( Ali Baba Bujang Lapok )

Daaa….kami pulang mama…

Tahniah kepada semua “gerekers” dan semoga kita semua mencintai hobi ini dengan seikhlasnya..

Ikhlas tapi jauh…Chegu Hopper (GSP)

Sepagi Kayuh Bersama BSA Lipat…

Salam….

Pertemuan yang telah diatur begitu rapi telah membuahkan hasil yang sangat indah dan menyentuh perasaan kami bertiga…GSP ( Gerekers Sg. Petani) apabila dapat berkayuh dengan otai Bro. Rashid BSA Airborne pada pagi Ahad yang sungguh redup dan gerimis pada mulanya..Pertemuan diatur di tapak Tesco Sg. Petani dan kami berkayuh dan pergi sarapan pagi bersama…Puas sangat-sangat dapat juga merasa kayuh airborne walaupun seketika…TQ Bro. Rashid..

chegu, Abg.Rashid dan Fuad…Lee tak sampai lagi

Parkir di gerai roti canai Tmn. Ria

Raleigh Rajah, Teha dan BSA Airborne..

 

Pusing-pusing pekan

Best dapat berkayuh di pagi hari..

Alangkah seronoknya jika aku tuan nya…syukur…

Orang biasa….Basikal tua…..

Kayuhan emas…

Beca , gerek , basikal tiga roda dan motorsikal sahaja…

Terima kasih tak terhingga kami ucapkan kepada Bro. Rashid kerana sudi berkunjung ke tempat kami berkayuh dan bertukar-tukar pandapat/pengalaman.Semoga kita dapat berkayuh lagi jika panjang umur..Sanim,Taufik,Nizam dan Ikhwan mai lah..kita kayuh ramai-ramai…Kita buat kayuhan perdana…Salam..TQ

Chegu,Lee,Fuad dan Abg. Rashid..

 

BSA Gentleman & Rudge Sports

Salam…

Satu pertemuan telah diatur dan dirancang secara mengejut dengan seorang oldtimer gerek tua di utara ini.Orangnya sangat ramah, baik hati dan banyak memberikan kata-kata semangat dan tunjuk ajar semasa kami bersembang.Pada mulanya pemiliknya amat malu untuk menampilkan foto-foto gereknya, tetapi setelah dipujuk oleh aku dengan bertujuan untuk berkongsi ilmu dan panduan kepada pencinta-pencinta gerek tua yang ada, maka beliau setuju untuk menampilkan foto-foto ini.Amat berharga pertemuan ini,kerana banyak juga pengisian yang aku dapat..saksikanlah…Terima Kasih pada pemilik gerek-gerek tua ini…Salute u..

BSA Gentleman dengan mudguard leper yang rare dan fork asalnya…

Pedal BSA…..menangis lah bro…tiga senapang

Trigger B.S.A di galang gerek..

Loceng Raleigh

Yang ni saper ada memang dasat lah…dry cell case(sturmey archer)

Handle B.S.A

Lampu Borch…kukuq nyoq..

Kunci….A to Z..

Rudge Sports dengan aksesorinya…

Shift Knob Sturmey Archer…uwaaa..

Sudah pupus kunci gerek spokes style nie…sistem nombor..

Dasyat bukan…mana nak pi cari dah..indu botoi pon tarak dah..

Aku berdoa satu hari nanti aku pon jumpa benda ni…

Peti rantai bulat dan rata…di antara peti rantai yang rare..

Pedal Rudge

Saddle Terry 3 spring

last but not least…Phillips Lubricant Oil

Moga mendapat sedikit gambaran dan ilmu sebagai panduan kita bersama untuk menaik taraf gerek masing-masing…Terima Kasih Bro…

Salam…jalan-jalan cari gambar…

Chegu..

 

Abang dan Adik Raleigh

Salam…..

Buat kali ini ditampilkan restorasi gerek sport colour biru air laut milik seorang ahli GSP dan pemilik Raleigh Rajah.TQ.

Yang tua dan yang muda..

Raleigh Sports Kunci Fork

Merk Raleigh

Pandangan sisi

Berbeza saiz tetapi jenama yang sama….Raleigh

Hon karipap pusing..

Parkir di pot Husain Nasi Kandar..

Salam…

struggle within…