Archive for July, 2008

Nostalgia Basikal Silam Kelab Basikal Taiping

Assalamualaikum.

Pagi tadi sewaktu sibuk mengajar ADAP disekolah saya terbaca di akhbar berita harian tentang aktiviti Kelab Basikal Taiping. Berikut adalah tulisan diakhbar tersebut.

Nostalgia basikal klasik

Oleh Hafizan Taib
bhnews@bharian.com.my

Peminat mempunyai kelab, rancang aktiviti untuk kepentingan bersama

MEMILIKI basikal klasik atau lama dianggap pemiliknya sebagai mengembalikan nostalgia zaman silam ketika jentera dua tayar itu menjadi kenderaan pengangkutan utama dan kegilaan orang ramai, khususnya muda mudi di negara ini satu ketika dulu.

Seperti juga kereta dan motosikal klasik atau lama, basikal klasik juga dianggap istimewa dengan gaya tersendiri kerana untuk mendapat serta memilikinya memerlukan kesabaran dan pengorbanan dari segi masa dan wang ringgit yang bukan sedikit.

Antara jenama basikal klasik terkenal dan popular yang dikeluarkan sekitar tahun 1930-an hingga 1960-an ialah Birmingham Small Arm (BSA), Raleigh, Royal Enfield, Hercules, Humber, Rudge dan Sunbeaem.

Pengerusi Kelab Basikal Klasik Kampung Banggol Pasir (KBKKBP), Changkat Jering, Taiping, Perak, Zaidan Abdul Wahab, berkata menyedari hakikat itu, pihaknya menubuhkan kelab terbabit dengan tujuan menghimpunkan pemilik dan penggemar basikal klasik supaya dapat mengeratkan silaturahim serta bertukar idea dan maklumat mengenainya.

Beliau berkata, penubuhan kelab itu juga membolehkan ahlinya merancang dan menjalankan pelbagai aktiviti untuk kepentingan bersama.

RIADAH: Ahli Kelab Basikal Klasik Kampung Banggol Pasir, Changkat Jering melakukan aktiviti bersama untuk merapatkan silaturahim.

“Sejak penubuhannya, kita berjaya menganjurkan pelbagai program dan aktiviti berbentuk kemasyarakatan dan kebajikan untuk disertai semua ahli. Kita juga pernah terbabit dalam perarakan Hari Kemerdekaan yang dijalankan di bandar ini tahun lalu.

“Selain aktiviti riadah dan rekreasi, kita juga sering mengadakan majlis perhimpunan supaya ahli dapat berjumpa sesama sendiri untuk berkenalan dan bertukar idea serta maklumat mengenai basikal klasik.

“Kita juga menitikberatkan kerjasama di kalangan ahli KBKKBP dengan menganjurkan majlis amal dan keraian, gotong-royong serta yang lain, malah kita turut membantu sekiranya ada ahli yang mengadakan majlis keraian sendiri,” katanya ketika ditemui di Taiping, baru-baru ini.

Zaidan berkata, setakat ini kelab yang dinaungi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Trong, Datuk Rosli Hussin itu disertai kira-kira 40 ahli dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang dengan majoriti ahli adalah pemilik basikal klasik keluaran tahun 1930-an hingga 1960-an.

UNIK: Basikal klasik BSA Airborne keluaran buatan 1941 dari England amat istimewa kerana boleh dilipat.

Beliau berkata, antara jenama popular basikal klasik adalah Birmingham Small Arm (BSA), Raleigh, Royal Enfield, Hercules, Humber, Rudge dan Sunbeaem.

“Setiap model basikal klasik yang dikeluarkan pada eranya memiliki keistimewaan tersendiri. Ini membuatkan penggemar atau peminatnya berasa bangga memilikinya,” katanya.

Beliau berkata, biarpun majoriti peminat basikal klasik adalah golongan berusia, tetapi dengan aktiviti konsisten dan hebahan berterusan, generasi muda dan belia juga akan turut serta menyertainya supaya mengenali kenderaan dua tayar klasik itu dengan lebih dekat.

Menurut Zaidan, pihaknya akan berusaha menarik golongan muda dan belia untuk meminati basikal klasik menerusi aktiviti dijalankan dan menerusi cara itu juga akan merapatkan hubungan antara golongan tua dan muda dari era berbeza.

“Yang pasti, majoriti anak muda yang menyertai aktiviti anjuran kelab ini walaupun di kalangan bukan ahli tetapi ia sudah cukup bagus bagi menarik penyertaan mereka di dalam kegiatan berfaedah seperti ini selain mendampingi golongan lebih tua,” katanya.

Sementara itu, seorang ahli KBKKBP, Abdul Rashid Ahmad, 47, dari Pulau Pinang berkata, dia mula meminati basikal klasik sejak zaman remajanya dan berasa bangga apabila berjaya memiliki basikal klasik idamannya, BSA Airborne buatan 1941 dari England.

Beliau berkata, BSA Airborne itu amat istimewa kerana ia dikeluarkan khusus untuk tujuan perang bagi digunakan tentera British dalam Perang Dunia Kedua pada awal 1940-an.

Katanya, satu lagi ciri istimewa basikal model itu ialah ia boleh dilipat dua serta ringan.

“Saya mempunyai dua basikal klasik model ini dan ia amat saya sayangi kerana bukan mudah untuk mendapatkannya.

“Model pertama iaitu rangkanya saja saya peroleh kira-kira lima tahun lalu dari seorang kenalan yang menjualnya dengan harga RM2,000 dan selepas itu saya menjelajah dari satu kedai ke kedai basikal lain di beberapa negeri untuk menghimpunkan semua alat, aksesori dan komponennya hingga lengkap menjadi sebuah basikal seperti keadaan asalnya.

“Biarpun terpaksa berkorban masa dan wang ringgit tetapi saya puas kerana impian saya terlaksana,” katanya yang turut mempunyai beberapa basikal klasik lain dari jenama Raleigh.

Abdul Rashid, seorang kakitangan Jabatan Penjara Pulau Pinang berkata, minatnya itu turut dikongsi bersama isterinya, Jamilah Omar, 42, yang banyak membantu dan memberi sokongan moral kepadanya.

Ketika ditanya mengenai koleksi basikal klasik BSA Airbornenya, Abdul Rashid berkata, dia tidak berhasrat menjualnya biarpun ditawarkan dengan harga yang tinggi.

“Saya tidak akan menjualnya malah akan terus menambah koleksi basikal model ini sekiranya terjumpa dan berupaya memilikinya. Mungkin koleksi basikal klasik saya akan diwarisi tiga anak saya yang sudah mula menunjukkan minat terhadapnya,” katanya.

 

* Semakin Hari orang semakin meminati hobi ini. Ayuh kita lestarikan warisan silam ini*

NOSTALGIA WARISAN SILAM

RALEIGH SPORT 1953

Assalamualaikum…

Buat kawan-kawan semua, kelmarin aku pergi ke rumah seorang sahabat yang telah lama aku tak kunjungi. Kerana mungkin sudah agak lama tak ketemu banyak perkara yang di bincangkan. Antaranya tentang pertemuannya dengan sebuah basikal Raleigh Sport tahun keluaran 1953 (berdasarkan surat jual beli). Berikut aku tampilkan basikal yang dikatakan itu.

Ketika baru ditemui

Gambar sisi

Gambar belakang

Pandangan hadapan

Masih lengkap dengan kuncinya

Surat jual beli asal

NOSTALGIA WARISAN SILAM

Basikal Budak Baru Belajar

Assalamualaikum….

Cikgu sanim. Saya budak baru belajar baru menjumpai 3 buah basikal di kedai besi buruk. Saya tak tahu brand apa tapi nampak macam ada cop R macam tu. Tapi kawan-kawan mengatakan ia basikal buatan england. Tak sangka boleh jumpa basikal ni di kedai besi buruk. Ingatkan basikal rolex jer orang jual kat kedai besi buruk. Mintak pendapat para kolektor mengenai basikal ini dan terima kasih cikgu sanim sebab masukkan gambar basikal saya disini.

TQVM

Budak_Baru_Belajar

Basikal Pertama

Basikal Kedua

Basikal Ketiga

 

NOSTALGIA WARISAN SILAM

Gathering Basikal Klasik Changkat Jering

Salam…..

Pada 13 Julai 2008 bersamaan hari Ahad, Persatuan Basikal Klasik Changkat Jering telah mengadakan program bersama akhbar Harian Metro.Ramai pemilik-pemilik basikal klasik telah memeriahkan program tersebut.Kayuhan juga diadakan agar silaturrahim di antara pemilik-pemiliknya bertambah akrab.Terima kasih diucapkan pada Cikgu Ali kerana sudi email gambar-gambar.

null

Sederet basikal klasik memenuhi perkarangan Kedai Deris

Amboiiiii…segak nya depa….
Dasyat…saper berani curi lah…pedal ayam tembaga menunggu anda…
Brother Rashid and super frienzz…
Semoga sukses selalu Persatuan Basikal Klasik Changkat Jering,dilain masa kita jumpa lagi..
Sekian,terima kasih.

Gerektua Geng Jebat Melaka

Salam sejahtera…

Kami geng-geng Melaka juga mempunyai keahlian yang ramai dalam memurnikan hobi bebasikal tua ini.Minta disiarkan gambar-gambarnya agar mendapat lagi ramai kenalan di seluruh negara.Terima Kasih.

Geng-geng Jebat bersaudara

Dari Melaka ke Negeri Pahang,singgah di Johor beli berangan…

Merelip nya basikal kalian semua…

Berdua dengan mu,pasti lebih baik….

Syabas, geng gerek tua dari Bumi Melaka….

Terima Kasih..

New Hudson (New Old StocK) Kampung Mari…..

Salam Sejahtera……

Sahabat pencinta basikal/gerek/ontel didalam dan luar tanah air. Baru-baru ini saya terima email dari seorang sahabat kita yang katanya mendapat sebuah basikal yang masih dalam bungkusan. Tidak terusik walau sedikit. Dia meminta saya memuatkan dalam blog ini. Katanya dia tidak pasti keluaran tahun berapa. Tapi katanya tuan punya basikal mengatakan keluaran sekitar tahun 40an. Saya tidak begitu pasti. Kerana saya bukan begitu pakar dan arif didalam hal ini. Minta pendapat dari pencinta dan kolektor basikal tua.

Spesifikasi basikal tersebut adalah seperti berikut:

1. Handle – New Hudson

2. Saddle – New Hudson

3. Pedal – New Hudson

4. Crank/ Gir Depan – New Hudson

5. Sepit Udang/ Semanggang hadapan – New hudson

6. Mud guard/ Spakbor  (special kotak) – New Hudson

7. Rim – Dunlop 26

9. Peti rantai / Katengkas – New Hudson

10. Brake – New hudson

11. Loceng – Safe double dome England

12. Speed Gear AW / Tromol (1948) – Sturmey Archer 4 speed

13. Lampu – Miller

14. Tail Linght – Lucas

Semoga dengan spesifikasi yang cukup detail ini bisa menambah pengetahuan kepada para pecinta basikal/gerek/ontel.

Nostalgia warisan Silam

 

Pandangan dari hadapan

Pandangan Dari Sisi

Pandangan Dari Belakang

Pandangan Dari Atas

Saddle, Pedal, Peti Rantai (katengkas) dan Crank (gir depan) New Hudson

Frame, Handle, Sepit Udang (semanggang) dan Mud guard (spakbor) New Hudson

Signboard (papan iklan) – Dahulu dijual disini, Sekarang tidak lagi.

Sebahagian Koleksi Sampingan Speed Gear Sturmey Archer, Dynohub Speed Gear,

Hercules Speed Gear, SA Swiss Speed Gear – Kesemua tahun 1948

Moga Menjadi Santapan Mata Buat Sahabat.

Lestarikan Warisan Silam