New Hudson (New Old StocK) Kampung Mari…..

Salam Sejahtera……

Sahabat pencinta basikal/gerek/ontel didalam dan luar tanah air. Baru-baru ini saya terima email dari seorang sahabat kita yang katanya mendapat sebuah basikal yang masih dalam bungkusan. Tidak terusik walau sedikit. Dia meminta saya memuatkan dalam blog ini. Katanya dia tidak pasti keluaran tahun berapa. Tapi katanya tuan punya basikal mengatakan keluaran sekitar tahun 40an. Saya tidak begitu pasti. Kerana saya bukan begitu pakar dan arif didalam hal ini. Minta pendapat dari pencinta dan kolektor basikal tua.

Spesifikasi basikal tersebut adalah seperti berikut:

1. Handle – New Hudson

2. Saddle – New Hudson

3. Pedal – New Hudson

4. Crank/ Gir Depan – New Hudson

5. Sepit Udang/ Semanggang hadapan – New hudson

6. Mud guard/ Spakbor  (special kotak) – New Hudson

7. Rim – Dunlop 26

9. Peti rantai / Katengkas – New Hudson

10. Brake – New hudson

11. Loceng – Safe double dome England

12. Speed Gear AW / Tromol (1948) – Sturmey Archer 4 speed

13. Lampu – Miller

14. Tail Linght – Lucas

Semoga dengan spesifikasi yang cukup detail ini bisa menambah pengetahuan kepada para pecinta basikal/gerek/ontel.

Nostalgia warisan Silam

 

Pandangan dari hadapan

Pandangan Dari Sisi

Pandangan Dari Belakang

Pandangan Dari Atas

Saddle, Pedal, Peti Rantai (katengkas) dan Crank (gir depan) New Hudson

Frame, Handle, Sepit Udang (semanggang) dan Mud guard (spakbor) New Hudson

Signboard (papan iklan) – Dahulu dijual disini, Sekarang tidak lagi.

Sebahagian Koleksi Sampingan Speed Gear Sturmey Archer, Dynohub Speed Gear,

Hercules Speed Gear, SA Swiss Speed Gear – Kesemua tahun 1948

Moga Menjadi Santapan Mata Buat Sahabat.

Lestarikan Warisan Silam

 

29 responses to this post.

  1. Posted by budak_baru_belajar on July 1, 2008 at 10:47 am

    Fulamak bro tip top meletop. mana lah diorang dapat beskal macam ni. Uwaaaaaa…….. Bro jebat ni beskal india mari ker… mesti bro jebat boleh bagi info sikit.

    Reply

  2. salam,caya la bro,brg ori,mn nak pi cari ni brg lg,nak jual ke bro,tu speed blh lego satu ke,tahniah bro,blh dpt ni brg lg.

    Reply

  3. Posted by bluesgeng on July 1, 2008 at 2:54 pm

    Dasyat nyer…dalam balutan lagi beskal tu…Patut tabik spring kepada pemilik beskal ini…mesti Lord Of The Ring gak owner beskal ni…makan ribu gak tu nak bangun kan sebuah beskal macam tu…Apa pun Tahniah…

    Reply

  4. Pehhhhhhhhhhh! Aku nak berhenti main gerek lah….Saper lah aku,seperti melukut di tepian gantang..( macam biasa dengar jer ayat ni) Tak lena malam aku tengok gerek sport mint ni..congrate pada tuan punya gerek..kira macam bini baru lah yek…jangan lupa selimut malam2, takut aku pakai bomoh main tiup serbuk..abis satu rumah aku sapu…lincin…hahaha…dengan tok bomoh sekali pengsan…
    Sebuah pantun untuk tuan punya gerek sport New Hudson..

    ” Ulat bulu, buah durian,
    Sakit dahulu,sedap kemudian.”

    Tahniah…

    Reply

  5. Posted by El-Yas Ali Yasak on July 2, 2008 at 1:26 am

    aku lelaki sang pencemburu…argghhhrh
    aku tau siapa gerangan empunya beskal kapak ni…salute
    sapa ada bendera new hudson jual kat aku satu…jadi lahhh

    “alah membeli, menang memakai”.

    tahniah bro.

    Reply

  6. Posted by Cikgu Sanim on July 2, 2008 at 4:38 am

    Salam….
    lama tak tgk blog ni. tq chegu sebab tolong jaga blog ini sementara saya habiskan pengajian saya. Tak sangka semakin berkembang blog dan ramaipeminat. Semoga usaha ini dapat diteruskan. Tahniah buat mereka2 yang sudi kirimkan gambar.

    Reply

  7. Posted by laexs on July 2, 2008 at 5:52 am

    Hanya ada satu kata WOW…..Full original…..kalau menurut aku basikal ini dibuat sekita thn 40 – 50an dilihat dari pipa sambungan stir yang panjang dan ujung spakbor yang sedikit melipat di depan, karena basikal england yang diproduksi dibawah tahun 40 bentuk spakbor/mud guard cenderung berbentuk bulat. Maaf bila salah

    Jaga baik-baik bro 1 : 1000 bila basikal original macam ni

    Thanks

    Reply

  8. Posted by Cikgu Sanim on July 2, 2008 at 5:58 am

    Tiada apa yang dapat saya katakan melainkan ” TERISTIMEWA” . Kagum rasanya bila dapat melihat basikal yang sedemikian rupa. Tahniah kepada pemilik.

    Reply

  9. Posted by cheguahmad on July 2, 2008 at 6:48 am

    Assalamualaikum,
    Tahniah kepada tuan empunya. Memang tip top. I salute you. Kalau boleh nak pi tengok dekat-dekat. Dah sampai tahap vintage ni. Sekali lagi – TAHNIAH!

    Reply

  10. Saya ada itu bendera…tapi telah ku serahkan kepada yang layak memakainya…maka tinggal lah nostalgia basikal tua ku…

    Reply

  11. Posted by ikhwan on July 2, 2008 at 2:50 pm

    Sama-sama Sanim….kalau yee pun “betapa” kumpul barang2 rare…jenguk-jenguklah kami di sini yeee…kalau ada lebih jangan lupakan aku ngan Chegu serta sahabat handai dalam blog nie…🙂🙂🙂 Ini basikal ada juannn ka? Itu speed gear sama saddle BSA sudah jumpa ka? Maaf merapu skittt.

    Peace to all!

    Reply

  12. Posted by cornflakes on July 2, 2008 at 2:51 pm

    Hari hari cikgu naik gerek tua, mari kita ikut cikgu kayuh keliling sekolah…
    best arrr blog ni….retro klasik..tahniah pada Cikgu Sanim dan yang lain.

    Reply

  13. Posted by Cikgu sanim on July 2, 2008 at 3:11 pm

    Dah jumpa dah tapi mas khawin mahal sangat apa pun tunggu lah dulu. Sampai masa saya post dalam blog ni. Seat dan s.gear BSA baru dalam kotak. Macam manalah org tu boleh simpan begitu elok saya pun tak tahu.

    Reply

  14. Kawin lari je ke Songla Siam.Tak payah mas kawin mahal2…Ko mesti dapat nyer,aku percaya,ayat power…

    Reply

  15. Posted by ikhwan on July 4, 2008 at 12:15 am

    Betui-betui tu…guna ayat power jeee…tak pon guna bomoh…free x payah keluaq duit pon🙂🙂🙂 Cantik bendera New Hudson tu…macam pernah tengok…tapi di mana yaaa?

    Peace!

    Reply

  16. Posted by Cikgu sanim on July 4, 2008 at 2:24 am

    Apalah sahabat2 ni saya mana pandai ayat-ayat power. Kalau orang sudi nak jual jika mampu saya beli. Kalau tuan punya hanya menganggap itu hanya koleksi peribadi kita hanya mampu melihat dan tumpang gembira.Kadang-kadang nak dapat sesuatu aksesori bukan mudah. Tapi kalau nak tgk banyak barang2 rare pergilah jumpa Mr. Shy Guy.

    Bak Pantun Dulu-dulu;

    Baik-baik mengail sembilang
    Takut terkena ikan parang
    Hati-hati mencari barang
    Takut nanti ditipu orang

    Lestarikan Warisan Silam

    Reply

  17. Posted by budak_baru_belajar on July 4, 2008 at 2:27 am

    Alah cikgu ni, pantun-pantun pulak. Cikgu ni mesti teror kan tentang basikal kalau tak, takkan kawan-kawan ramai kenal dgn cikgu. Cikgu boleh tolong carikan basikal yang murah2 tak.

    Reply

  18. Posted by ikhwan on July 4, 2008 at 3:11 am

    Cikgu Sanim @ Sunbeam,
    Pandainyeee…Cikgu Sanim berpantun yee…macam org Melakee pulak…dengarkan pantun dua kerat sayee….

    Budak-budak lastik gagak,
    Aku baca sampai tergelak…:)🙂🙂

    Budak baru Belajar,
    Banyak lagi kedai basikal kat Malaysia nie bro…ko usha baik-baik…mana tau dapat 1 body harga lama…kalau x silap Mr. Shy Guy pernah dapat body basikal 1 ringgit…tak caya tanya dia🙂 (mungkin org tu mabokk masa tu kot🙂🙂🙂 )

    Peace!

    Reply

  19. Posted by El-Yas Ali Yasak on July 4, 2008 at 3:32 am

    dimanakah tempat bertapa Mr. Shy Guy ni?
    bagi hp no, nak berkenalan boleh?

    sapa2 ada aksesori lebih, tolak lah satu….please
    “sedang hangat mencari”

    Reply

  20. Posted by budak_baru_belajar on July 4, 2008 at 8:44 am

    betul tu. Mana perginya mr. shy guy ni. Dari dulu saya bertanya tapi tak pernah nak bagi no phone atau email.

    Reply

  21. Posted by toya_mat_amin on July 7, 2008 at 2:26 pm

    tak jemu-jemu saya melihat basikal sports di atas…cantik sungguh basikal nya…berkilat..kalah motor EX5 saya di rumah.ingat nak jual lah motor,beli basikal baru macam nie…
    Sedap mata memandang,puas lagi hati yang memilikinya.

    Reply

  22. Sepertinya Basikalnya Buatan/Produksi baru ya Bang.?

    Reply

  23. Posted by ikhwan on July 10, 2008 at 2:43 am

    El-yas,
    Welcome back bro…tulah dulu hang nak pencen sangat…tapi apa pun selamat megkorek barang…kalu ada barang2 extra jangan luper roger aku…bro.

    Budak BB,
    Kalau ko nak no dia…banyak syaratnya bro…paling penting pastikan gegendang telinga ko tu kuat…sebab takut ko histeria/pengsan dengar berapa harga barang yang dia offer tu nanti…barang rare2 tu…dia kata kalau nak murah ko kawin dengan anak tokey kedai basikal.

    Toya,
    Biar betul..bro, sampai nak juan motor tu….nie betul-betul dah kena sampuk hantu basikal…heheeee…kalakarlah lu..bro.

    Reply

  24. Salam kenalan dari sepeda tua kg.Pasir Baru
    semoga dapat berkongsi lebih banyak tentang sepeda tua.
    http://www.khazanahsepedatua.blogspot.com

    Reply

  25. Posted by nizamkayuhje on May 8, 2009 at 1:26 am

    rasanya,basikal ni sekitar thn 60an.disebabkan produk new hudson masuk di malaysia sekitar 40an boleh jd penjual ambil fakta tarikh masuknya basikal tersebut sudi maklum

    Reply

  26. Pada pendapat saya basikal NH ini adalah dari keluaran 40an (1948 kalau tak silap)…saya pernah melihat NH yang tahun 60an ternyata banyak perbezaannya. Tahun 60an menggunakan banyak barang dari Raleigh Industry kerana sudah diambil alih oleh RI sekitar tahun 50an. Kalau dilihat dari merk dan cop2 embos logo “cap kapak” tertera di atas setiap bahagian seperti handle, padel, crank, dsbnya…dari situ kita dah boleh bezakan tahun pembuatannya. Penjual asal basikal ini juga memberitahu bahawa basikal ini sememangnya sudah lama disimpan dikedainya melebihi 60 tahun semenjak zaman bapanya, beliau juga menceritakan basikal ini adalah model terawal yang masuk di Tanah Melayu pada ketika itu. Maaf kalau pendapat saya salah…ini berdasarkan pemerhatian dan rujukan dari 2 buah basikal NH yang saya miliki.

    Sdr. Sanim mungkin nak komen sikit kot…kerana beliau telah melihat basikal NH tersebut dengan dekat dan bukan berdasarkan foto-foto di blog yg mungkin kurang memberikan gambaran jelas. Tetapi saya yakin dgn pendapat Sdr. Alex kerana beliau amat2 arif meniliti tahun keluaran dan pembuatan sesuatu basikal berdasarkan pengalaman yang dimilikinya🙂.

    Reply

  27. Posted by sanimNBT on May 11, 2009 at 12:06 pm

    Salam,

    Berdasarkan pembacaan dan pemerhatian terhadap basikal tersebut. Memang basikal itu keluaran tahun 40an. Ini adalah berdasarkan katalog yang disertakan sewaktu basikal ini dibeli. Brake yang digunakan juga mempunyai perbezaan berbanding dengan pembuatan tahun 60an dimana brake hadapan dan belakang menggunakan besi yang padu bukan besi yang nipis. Terdapat beberapa buah basikal new hudson yang pernah saya lihat setakat ini iaitu keluaran tahun 40an, 50an dan tahun 60an. Setiap keluaran adalah berbeza. Keluaran tahun 40an menggunakan semua barangan yang tertera logo new hudson bagi bahagian2 asas basikal termasuk Merk basikal tersebut yang menggunakan Merk yang tebal dan berwarna perak. Bagi keluaran tahun 50an barang2 asas masih menggunakan bahagian2 yang sama kecuali crank yang digunakan menggunakan jenama william. Keluaran tahun 60an kebanyakan bahagian2 basikal tersebut menggunakan part2 keluaran Raleigh Industries. Ini semua adalah berdasarkan kepada pemerhatian, pembacaan dan pertanyaan dengan peniaga kedai basikal yang sudah besara dan menutup perniagaannya.

    Sekiranya terdapat kesalahan harap di perbetulkan.

    Lestarikan Nostalgia Warisan Silam

    Reply

  28. Posted by Steiny on December 11, 2009 at 4:58 am

    Salam Everyone- I do not speak Malay but I understand what I am seeing in these photos. A new bicycle that has been in storage for nearly 60 years. That is beautiful. I am very happy for the discoverer of this treasure and a little bit jealous. Peace to you all and happy cycling
    Steiny in Santa Cruz California, United States

    Reply

  29. Posted by rizal on May 18, 2011 at 9:01 am

    nak tahu new hudson 28 ni model tahun berape,sparepart seperti, rim,brek,spocket and other part masih ade jual ke and original hudson 28 berapa harga skrg.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: