Gathering Basikal Klasik Changkat Jering

Salam…..

Pada 13 Julai 2008 bersamaan hari Ahad, Persatuan Basikal Klasik Changkat Jering telah mengadakan program bersama akhbar Harian Metro.Ramai pemilik-pemilik basikal klasik telah memeriahkan program tersebut.Kayuhan juga diadakan agar silaturrahim di antara pemilik-pemiliknya bertambah akrab.Terima kasih diucapkan pada Cikgu Ali kerana sudi email gambar-gambar.

null

Sederet basikal klasik memenuhi perkarangan Kedai Deris

Amboiiiii…segak nya depa….
Dasyat…saper berani curi lah…pedal ayam tembaga menunggu anda…
Brother Rashid and super frienzz…
Semoga sukses selalu Persatuan Basikal Klasik Changkat Jering,dilain masa kita jumpa lagi..
Sekian,terima kasih.

16 responses to this post.

  1. Posted by bicycle thief on July 15, 2008 at 1:02 pm

    Salam buat semua,

    Jutaan terima kasih buat Bro Rashid yg baik budi kerna sudi offer utk kayuh beskal perang Britishnya @ BSA Airbone ronda Changkat Jering….best n bangga gilesss…wow

    seronok juga sembang dgn Pak Ngah John yg khabarnya memiliki BSA tinggalan gerila komunis Malaya.

    tak lupa jugak org kg. bonggol yg gotong-royong masak untuk semua gerekers…syukur Alhamdulillah…tima kaseh byk..

    Reply

  2. Salam,

    Tahniah..akhirnya ada event basikal tua juga. best sangat tu BSA army tu..berliur tengoknya.

    Chegu, km ada terompet seperti yang ada di gambar no 3.

    To: Ikhwan n sanim
    Macam mana KL…kapan nih ada event basikal tua.

    Thanks

    Reply

  3. Posted by toya_mat_amin on July 16, 2008 at 9:09 am

    Tahniah pada Gerekers Changkat Jering yang sungguh peramah n memang mudah dibawa berkawan…seronok dok lepak ngan depa…Moga ada lagi sepertinya nanti..

    Reply

  4. Posted by muhaimin on July 16, 2008 at 3:21 pm

    Assalam..
    Saya ambil kesempatan ini ucapkan tkasih kpd En Rashid,Cikgu Ali dan kawan2 lain yg sudi dtg utk meriahkan majlis yg tak sepertinya yang diadakan oleh Kelab Basikal Klasik Kg Banggol Pasir pd 13 Jun yg lalu. Cuma sedih sikit cikgu wan tak datang !. Kami kagum basikal Rudge Cikgu Ali dan BSA buah kana En Rashid. Kemeriahan majlis ini masih menjadi buah mulut penduduk Kg Banggol Pasir terutama kehebatan basikal milik tetamu yg hadir. Kpd tetamu yg hadir jika terdapat kekurangan kami minta maaf. TQ

    Reply

  5. Posted by syid on July 17, 2008 at 8:57 am

    Assalam…….

    Terima kasih tak terhingga kepada Ahli2 Kelab Basikal Klasik Kampung Banggol Pasir kerana memberi layanan tak terhingga kepada saya dan juga tetamu yang hadir pada hari itu dari mula hingga akhir. Terima kasih juga tak terhingga kepada cekgu Zaidan kerana sudi menjemput saya dan kawan2 untuk pameran tersebut. Jasamu dikenang. Hanya Allah SWT yang dapat membalasnya. tqvm

    Reply

  6. Tahniah kepada Persatuan Basikal Klasik Kg.Banggol Pasir kerana jalankan acara yang boleh memeriahkan lagi arena berbasikal klasik di Malaysia , apa pun saya minta maaf kerana tak dapat hadir kerana ada urusan di kg.Memang gedik dah kaki ni nak kayuh ke sana,tapi apakan daya..

    Saya nak beri 1 cadangan.jika setuju lah apa kata kita adakan big event berbasikal klasik di mana-mana tempat pon tak apa,janji kita dapat gather semua kelab di Malaysia.Tak kisah lah di Taiping,Sg.Petani,Alor Star,Melaka or K.Lumpur janji kita dapat kayuh ramai2 .

    Tapi bukan senang nak jayakannya kerna kena betul2 plan n perlu ada sponsor yang cukup.Jika menjadi,kita semua boleh bertambah bersatu dan boleh dapat lebih ramai kenalan.
    TQ

    Reply

  7. Fikir-fikirkan lah ya kawan-kawan,bayangkan kita dapat berkayuh di Dataran Merdeka or Putrajaya ramai-ramai dengan berpakaian ala old fashion,mesti retro abis….Jadi kenangan sepanjang hayat woi…

    Reply

  8. Posted by budak_baru_belajar on July 20, 2008 at 7:49 am

    saya sokong tu, walau saya takder basikal klasik dapat tgk pun jadilah. Janji hati puas. Kalau naik rolex nanti takut orang ketawakan.Apa pun syabas geng basikal klasik taiping.

    Reply

  9. Posted by laexs on July 22, 2008 at 2:06 am

    Chegu Hopper..

    Bila terlaksana event besar tu, jangan lupa undang kami ye..InsyaALLAH bila ad kesempatan n rizki mudah2an kita bisa hadir.

    Semoga banyak kawan2 basikal disana respect utk buat event besar.

    Tqvm

    Reply

  10. Salam….

    Come on rakan-rakan gerekers semua,kita bersatu dan adakan event yang gempak untuk kenangan kita bersama..Tak kisah kat mana pon janji semua bley turun dan menguntungkan semua pihak…Kita kayuh ramai-ramai…

    Otai2, pengerusi club basikal tua, peminat, gerekers:

    Jom kita jumpa di satu tempat,kita bincang sama2 macammana nak adakan event…kita bagi jadi gak kalu boleh..
    TQ Alex bagi support yang penuh pada kami di sini…

    Reply

  11. Posted by rare li on August 1, 2008 at 4:01 am

    Assalamualaikum… lama tak berborak kat sini. pertamanya nak ucapkan berbanyak terima kasih kat gerekers Kampung Banggol Pasir atas layanan yang amat ramah pada hari tersebut. Kita yang baru sampai pun rasa macam dah kenal lama. Itu la hebatnya kalau kita ada hobi yang sama.Siap jamu nasi minyak lagi, rugi sapa yang tak pegi. Memang sedap tapi nak tambah malu la, walaupun depa dok suruh tambah. Kalau ada event kita blh pi lagi, selain tengok gerek boleh gak pekena nasi minyak he..he.

    keduanya nek perbetul sikit maklumat.Basikal Rudge yang hebat tu bukan cgu ali punya, itu cgu bakhtiar yang punya la , cgu ali pi bawa kamera saja( itu pun kalau ada sorang saja la cgu ali yang pegi, kalu ada cgu ali lain, saya minta maaf)

    ketiga kepada tetamu-tetamu yang pegi abg rasid, cgu bakhtiar, elyas dll marilah kita ramaikan lagi sahabat-sahabat dalam hobi ini. Untuk abg rasid, terima kasih atas nasihat…biar ada 3 tapi ‘super power’

    keempat kepada chegu hopper dan sanim bila nak conduct ‘kayuh keliling semenanjung’, biar gempaq sikit. tetapkan satu tarikh untuk kita berjumpa, mungkin dalam bulan 8 ni ka

    terima kasih, jumpa lagi

    Reply

  12. Posted by Budak_Baru_Belajar on August 2, 2008 at 10:35 am

    Saya nak ikut kalau ada event yang di buat dekat putrajaya atau kl. saya nak bawa rudge saya nanti yang masih dalam proses restorasi. kalau tak siap saya bawa rolexs.

    Reply

  13. Posted by sanim on August 2, 2008 at 10:38 am

    salam untuk saudara ra li. InsyaAllah ada kesempatan nanti saya akan turun berkayuh bersama-sama. Terima kasih buat penggemar basikal klasik. Minta war-warkan blog ini agar ianya dapat menyatukan lebih ramai kolektor. Lestarikan Nostalgia Warisan Silam ini.

    Reply

  14. Posted by sanim on August 2, 2008 at 10:40 am

    minta maaf sebelum terlupa. ada sesiapa yang ingin menjual atau punya kunci GB atau apa2 kunci buatan england. Saya ingin memilikinya walau sekadar dibuat hiasan @ rosak.

    Reply

  15. Posted by rare li on August 15, 2008 at 3:15 am

    saya baru je dpt satu kunci gb, seat brook dan kunci spoke nombor mcm cgu b punya…rezeki Allah mak encik..nanti kalau ada xtra, blh offer kat kengkawan….teruskan perburuan anda semua. cuti sekolah dah mula….jalan-jalan cari gerek la

    Reply

  16. Posted by ag on April 23, 2010 at 6:40 pm

    sy nak join kelab ni cmna =ag 0125721288 plz

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: