Nostalgia Basikal Silam Kelab Basikal Taiping

Assalamualaikum.

Pagi tadi sewaktu sibuk mengajar ADAP disekolah saya terbaca di akhbar berita harian tentang aktiviti Kelab Basikal Taiping. Berikut adalah tulisan diakhbar tersebut.

Nostalgia basikal klasik

Oleh Hafizan Taib
bhnews@bharian.com.my

Peminat mempunyai kelab, rancang aktiviti untuk kepentingan bersama

MEMILIKI basikal klasik atau lama dianggap pemiliknya sebagai mengembalikan nostalgia zaman silam ketika jentera dua tayar itu menjadi kenderaan pengangkutan utama dan kegilaan orang ramai, khususnya muda mudi di negara ini satu ketika dulu.

Seperti juga kereta dan motosikal klasik atau lama, basikal klasik juga dianggap istimewa dengan gaya tersendiri kerana untuk mendapat serta memilikinya memerlukan kesabaran dan pengorbanan dari segi masa dan wang ringgit yang bukan sedikit.

Antara jenama basikal klasik terkenal dan popular yang dikeluarkan sekitar tahun 1930-an hingga 1960-an ialah Birmingham Small Arm (BSA), Raleigh, Royal Enfield, Hercules, Humber, Rudge dan Sunbeaem.

Pengerusi Kelab Basikal Klasik Kampung Banggol Pasir (KBKKBP), Changkat Jering, Taiping, Perak, Zaidan Abdul Wahab, berkata menyedari hakikat itu, pihaknya menubuhkan kelab terbabit dengan tujuan menghimpunkan pemilik dan penggemar basikal klasik supaya dapat mengeratkan silaturahim serta bertukar idea dan maklumat mengenainya.

Beliau berkata, penubuhan kelab itu juga membolehkan ahlinya merancang dan menjalankan pelbagai aktiviti untuk kepentingan bersama.

RIADAH: Ahli Kelab Basikal Klasik Kampung Banggol Pasir, Changkat Jering melakukan aktiviti bersama untuk merapatkan silaturahim.

“Sejak penubuhannya, kita berjaya menganjurkan pelbagai program dan aktiviti berbentuk kemasyarakatan dan kebajikan untuk disertai semua ahli. Kita juga pernah terbabit dalam perarakan Hari Kemerdekaan yang dijalankan di bandar ini tahun lalu.

“Selain aktiviti riadah dan rekreasi, kita juga sering mengadakan majlis perhimpunan supaya ahli dapat berjumpa sesama sendiri untuk berkenalan dan bertukar idea serta maklumat mengenai basikal klasik.

“Kita juga menitikberatkan kerjasama di kalangan ahli KBKKBP dengan menganjurkan majlis amal dan keraian, gotong-royong serta yang lain, malah kita turut membantu sekiranya ada ahli yang mengadakan majlis keraian sendiri,” katanya ketika ditemui di Taiping, baru-baru ini.

Zaidan berkata, setakat ini kelab yang dinaungi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Trong, Datuk Rosli Hussin itu disertai kira-kira 40 ahli dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang dengan majoriti ahli adalah pemilik basikal klasik keluaran tahun 1930-an hingga 1960-an.

UNIK: Basikal klasik BSA Airborne keluaran buatan 1941 dari England amat istimewa kerana boleh dilipat.

Beliau berkata, antara jenama popular basikal klasik adalah Birmingham Small Arm (BSA), Raleigh, Royal Enfield, Hercules, Humber, Rudge dan Sunbeaem.

“Setiap model basikal klasik yang dikeluarkan pada eranya memiliki keistimewaan tersendiri. Ini membuatkan penggemar atau peminatnya berasa bangga memilikinya,” katanya.

Beliau berkata, biarpun majoriti peminat basikal klasik adalah golongan berusia, tetapi dengan aktiviti konsisten dan hebahan berterusan, generasi muda dan belia juga akan turut serta menyertainya supaya mengenali kenderaan dua tayar klasik itu dengan lebih dekat.

Menurut Zaidan, pihaknya akan berusaha menarik golongan muda dan belia untuk meminati basikal klasik menerusi aktiviti dijalankan dan menerusi cara itu juga akan merapatkan hubungan antara golongan tua dan muda dari era berbeza.

“Yang pasti, majoriti anak muda yang menyertai aktiviti anjuran kelab ini walaupun di kalangan bukan ahli tetapi ia sudah cukup bagus bagi menarik penyertaan mereka di dalam kegiatan berfaedah seperti ini selain mendampingi golongan lebih tua,” katanya.

Sementara itu, seorang ahli KBKKBP, Abdul Rashid Ahmad, 47, dari Pulau Pinang berkata, dia mula meminati basikal klasik sejak zaman remajanya dan berasa bangga apabila berjaya memiliki basikal klasik idamannya, BSA Airborne buatan 1941 dari England.

Beliau berkata, BSA Airborne itu amat istimewa kerana ia dikeluarkan khusus untuk tujuan perang bagi digunakan tentera British dalam Perang Dunia Kedua pada awal 1940-an.

Katanya, satu lagi ciri istimewa basikal model itu ialah ia boleh dilipat dua serta ringan.

“Saya mempunyai dua basikal klasik model ini dan ia amat saya sayangi kerana bukan mudah untuk mendapatkannya.

“Model pertama iaitu rangkanya saja saya peroleh kira-kira lima tahun lalu dari seorang kenalan yang menjualnya dengan harga RM2,000 dan selepas itu saya menjelajah dari satu kedai ke kedai basikal lain di beberapa negeri untuk menghimpunkan semua alat, aksesori dan komponennya hingga lengkap menjadi sebuah basikal seperti keadaan asalnya.

“Biarpun terpaksa berkorban masa dan wang ringgit tetapi saya puas kerana impian saya terlaksana,” katanya yang turut mempunyai beberapa basikal klasik lain dari jenama Raleigh.

Abdul Rashid, seorang kakitangan Jabatan Penjara Pulau Pinang berkata, minatnya itu turut dikongsi bersama isterinya, Jamilah Omar, 42, yang banyak membantu dan memberi sokongan moral kepadanya.

Ketika ditanya mengenai koleksi basikal klasik BSA Airbornenya, Abdul Rashid berkata, dia tidak berhasrat menjualnya biarpun ditawarkan dengan harga yang tinggi.

“Saya tidak akan menjualnya malah akan terus menambah koleksi basikal model ini sekiranya terjumpa dan berupaya memilikinya. Mungkin koleksi basikal klasik saya akan diwarisi tiga anak saya yang sudah mula menunjukkan minat terhadapnya,” katanya.

 

* Semakin Hari orang semakin meminati hobi ini. Ayuh kita lestarikan warisan silam ini*

NOSTALGIA WARISAN SILAM

25 responses to this post.

  1. Salam….
    Alahai rugi nyer saya tak dapat pi…..Cikgu Sabri senyum simpul dapat kayuh sebelah Bro Rasyid kita…Elyas mana gambor ko….nampak rambut jer…
    Cikgu B steady lah…dok barisan depan tu…
    Tahniah gerekers Taiping….

    Reply

  2. Posted by inteam on July 31, 2008 at 9:09 am

    Slm………

    x rugi…….. kan esok masih ada.kita satukan semua gerekers malaya buat kayuhan pada tempat yang dirancang.baru gak.he he he he………..

    Reply

  3. Posted by budak_baru_belajar on August 1, 2008 at 3:40 am

    wah bestnya…. bila lah boleh dapat turut serta dalam program macam ni. dapat joint mana2 yang dekat pun ok. saya duk area kl. apa lagi kawan-kawan semua. buatlah satu kayuhan di putrajaya or kl mesti menarik kan.

    Reply

  4. Posted by el the kop on August 1, 2008 at 4:55 am

    hahaha…lain kali mungkin ada rezeki muka ni masuk paper…

    Reply

  5. Salam…

    Malam tadi saya telah bertemu dengan seorang hardcore fan roadbike di Kopitiam Olden Days,Taiping. Dalam perbincangan selama 2jam setengah, kami cuba mewujudkan “Critical Mass” di Taiping dalam masa yang terdekat.Semua basikal boleh joint,janji kayuh.Ride 4 Rights!

    Event Critical Mass ini merupakan satu acara berbasikal yang selalu diadakan di Putrajaya setiap Jumaat malam ( minggu terakhir setiap bulan) dan dihadiri oleh semua warga berbasikal untuk mewujudkan kesedaran tentang alam sekitar dan isu2 berkenaannya.

    So, bagi gerekers yang berada di Semenanjung memang dialu2kan oleh penganjur untuk joint sama dlm Critical Mass ni.Bagi ramai sikit,baru kita boleh gather ramai2.

    Jika sekiranya Critical Mass dapat diadakan di Taiping, saya mengalu-alukan kalian semua…Kita pusing satu town n taman tasik malam-malam…Night Safari….
    TQ

    Reply

  6. Posted by anwar on August 1, 2008 at 3:46 pm

    critical mass macam dekat putrajaya ek chegu. menarik tuh.jauh betul edi nih promote critical mass nih.heheheh

    Reply

  7. Posted by Budak_Baru_Belajar on August 2, 2008 at 10:21 am

    ok. saya sokong. save the planet…….

    Reply

  8. wssalam. mana tak senyum chegu.. Bro Rashid dah bagi lampu hijau kat ambo nak tolak satu BSA lipat nya dgn harga promosi… Fuhhh… pasti meletop ambo dapat kayuh-kayuh pusing lake garden….he..he… apapun El-yas dah tak mimpi… syok hari tu dapat kayuh BSA lipat pusing C Jering…mujul tak terus kayuh balik Tronoh. tidak jenuh Bro Rashid kejor.
    Pak ngah John tak ada dalam gambar…kalau ada lagi glamer le..

    Apapun kami tunggu Event Critical Mass…. baguih idea tu.

    Reply

  9. Posted by anneacasia on August 4, 2008 at 1:25 pm

    Saya pun…sokong juga…setakat nak exposed basikal jee boring jugak…buat lah kempen selamatkan bumi ke…sehari berbasikal di KL ke…se”round” kayuh kat Taman Tasik ke…jadi pengedar pemplet untuk apa-apa kempen pun takpe…janji bagi ada faedah skit untuk masyarakat…tak gitu Budak_Baru_Belajar? Biarlah lain skit event tu.

    Reply

  10. Posted by El-Yas Ali Yasak on August 5, 2008 at 3:00 am

    saya nak cari lambang Humber ” H” yg macam bunga tur…
    Sesiapa yg ada lebih @ terjumpa, pls inform saya.

    Reply

  11. Cheggu Hopper… senyum tu tanda murah rezeki… lepas ni kot-kot dapat sambar BSA lipat satu… fuh meleleh ayer liur. Apapun… chopper masih dihati.
    Elyas.. apa respon kayuh BSA pusing C Jering… ada mari ke ???

    Kami tunggu event critical mass… tentu menarik dapat pusing-pusing lake garden waktu malam… sambil dengar ngauman rimau dan bunyi bunyian dari zoooooooooooooooooooooooooooooooooooooo.

    Reply

  12. terus kayuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

    Reply

  13. Posted by budak_baru_belajar on August 5, 2008 at 5:30 am

    Betul cadangan acasia tu, apa guna basikal macam2 brand dengan siap beg kalau tak digunakan. Baru best kalau ada event macam tu.

    Reply

  14. Posted by bangsalgerektua on August 5, 2008 at 1:31 pm

    Salam….

    Memang best kalu dapat adakan event tapi saper yang betul2 nak bertanggungjawab nak buat kije….Saya tak kisah tapi mesti ada full support dari kawan2…Kalu stakat sorang dua jer beriya2 tak jadi kawan2….Mau pakat2 buat kije n play our roll.

    Apa2 pon nie nak promote Baju Nostalgia Basikal Tua sudah berada di pasaran.Sila layari http://bangsalgerektua.wordpress.com/ untuk maklumat lanjut.
    TQ

    Reply

  15. Hallo,
    Mungkin rakan-rakan cyclist kat Malaysia boleh lah sama-sama exchange ideas with us, budak-budak kat Indonesia yang juga ramai gunakan basikal klasik. Sapa tau kita boleh jumpa dalam satu event besar, one day..
    Please visit this website: http://sepeda.wordpress.com

    Basikal dalam bahasa Indonesia ialah ‘sepeda’. I think some of you guys are aware of it already. Good luck and success for you all.

    Reply

  16. Posted by Sanim on August 22, 2008 at 2:43 am

    TQ Mr.Angke..Moga sukses selalu.

    Reply

  17. Posted by jack on August 27, 2008 at 7:33 am

    jgn nanti bawa beskal tapi malu nak kayuh takut nanti awek ckap nak g kutip petai ke wuuuaaaaahhhaahhaahhaa

    Reply

  18. Posted by bend on March 15, 2009 at 1:55 pm

    kalu ade basikal yg mantap2 nk jual n harga berpatutan email la aku..huhu!!
    tgh ejas beskal posmen but xdpt2 lg..frust gak la..

    Reply

    • kat ipoh banyak basikal tua,,,apek banyak bawa pg beli sayur pagi2,,,,kalau nak cari leh call aku 0125470806 (azhar )

      Reply

  19. sapa ada lampu minyak tanah leh jual 1 kat teman,,,,leh kontet teman di radio_ending@yahoo.com

    Reply

  20. Salam,

    Kepada sesiapa yang nak jual basikal antik dengan harga yang berpatutan, email pada teman. amirazros@yahoo.com

    Reply

  21. Posted by ag on April 20, 2010 at 6:34 am

    slm semua,tolong dapatkan saya no tel yg boleh saya hubungi utk join kelab ni,tq

    Reply

  22. Posted by ag on April 20, 2010 at 6:38 am

    slm semua,kpd yg tahu tlg email kt saya tahun bila basikal jenis MG(armstrong) dan COVENTRY, tq

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: