Koleksi Mr.Kamal

Salam…

Koleksi basikal tua yang tersusun rapi dan dirawat dengan begitu sempurna ini semua kepunyaan rakan saya yang mengajar di utara tanah air.Minatnya untuk mengumpul gerek tua tercetus setelah terjumpa chegu hopper sedang membaiki gerek tua nya di salah sebuah kedai di pekan lama.Apa lagi..petang tu jugak terus melakukan pemburuan untuk mendapatkan gerek tua yang pertama.Hasilnya, gerek tua Mr.Kamal sudah banyak sekarang dan dilengkapi dengan aksesori yang lengkap.Beliau merupakan seorang yang seni dan mengumpul banyak barangan antik.Semoga terus sukses dan bahagia dengan gerek-gerek tua yang penuh dalam bilik darjahnya.

tersusun rapi dalam bengkel seni..

Raleigh Rajah dan Basikal Pos Malaysia

Posto! Posto!

Phillips yang lengkap dengan banner…( Lettered To Order )

Raleigh Lengkung 28″ dan Mr.Kamal sedang membelek lampu minyak di atas…

Lengkung Raleigh dan Hercules galang dua

Hercules galang dua..

Lucas Silverking

Pam Copper

Rudge Perempuan Kunci Fork

Hari-hari cikgu kayuh gerek..Gerek cikgu banyak…Mari kita main..

Last but not least….

Terima kasih diucapkan pada Mr.Kamal kerana memberi kerjasama yang padu.Semoga gerek tua di Sungai Petani terus subur dan kita tetap melestarikannya.

Agi idup agi ngelaban…

 

27 responses to this post.

  1. salute,

    tapi kenapa picturenya Mr. Kamal tidak tampil ?

    Reply

  2. Posted by nizamkayuhje on August 9, 2008 at 4:09 am

    tahniah diucapkan cuma nak tahu adakah barang yg dikumpul dapat di kedah atau d kuala lumpur atau dimana boleh tumpang rezeki klau tak keberatan wasallam

    Reply

  3. Zam…
    Kebanyakkan barang dapat di Lorong Kulit,Penang..

    Reply

  4. Posted by anneacasia on August 11, 2008 at 2:12 am

    Banyak nyeer…basikal Abg Kamal. Boleh jual satu kat saya? Rugilah masa duduk kat UK dulu tak beli…basikal lama-lama nie. Raleigh kat sana baru 80-90 pound jer kat flea market dia. Ingat nak gie sana lah beli banyak2…nak belilah basikal yang boleh lipat2 tu…macam unik jee.

    Reply

  5. Posted by Gulagerek on August 12, 2008 at 1:18 am

    Basikalnya sgt banyak, tapi kurang jelas. Apa kata kalau diperincikan satu persatu. Baru puas. Pam tembaga itu buatan mana?

    Reply

  6. Posted by ikhwan on August 12, 2008 at 3:47 am

    Kepada rakan-rakan gerek/basikal/sepeda di mana anda berada tidak kira di mana (Indonesia, Singapore & Malaysia)..Saper-saper yang ada jam handle bar kasi roger sama saya naa atau email ikhwanizam@gmail.com berapa harga kasi tau. TQVM.

    Reply

  7. Pak Ikhwan bisa bertanya pada Pak Rashid nya…mana tau boleh di letgo…Insya ALLAH……

    Reply

  8. wooow…
    koleksinya TOP banget🙂

    Reply

  9. Cikgu Kamal…

    Kita on event kita di Sg.Petani 31 Ogos nie…kumpul anak2 didik yang bertrampilan dan kita kayuh pekan SP.Nak start dari mana bagi tau na?Pakaian kasi retro sket na…Surat smer akan saya buat untuk polis jadi Marshall.

    Saya ( 3buah gerek),Lee (3buah gerek),Fuad (3 buah gerek)akan sediakan gerek tua seadanya.Janji ada gerekers nya..Minum saya tanggung mineral water sebotol sorang….hahahha…Makan kita tong2 aaaa….

    Insya ALLAH jika bersungguh-sungguh best 31 Ogos nie…Merdeka!Merdeka!Merdeka!Kita tungjai ramai-ramai…

    Salam….

    Reply

  10. Posted by toya_mat_amin on August 12, 2008 at 2:39 pm

    Mr.Kamal yang hensem…banyak nya lampu minyak cikgu…dicuci bersih semuanya…mana dapat?

    Reply

  11. Posted by El-Yas Ali Yasak on August 12, 2008 at 2:53 pm

    Merdeka ke 51 ni, kelab2 basikal antik lain apa citer ya? Takder projek ke?

    Banyak nyer beskal En. Kamal…cayalah
    David Beckham nak beli satu boleh…?

    Reply

  12. Posted by Cikgu Kamal on August 21, 2008 at 2:09 am

    En. Wong-cilik, Picture saya akan tampil jika ada kesempatan. ini adalah kerna picture basikal adalah lebih tampan dari picture saya sendiri.

    Saudara gulagerek, saya akan cuba minta cikgu Hopper tolong perincikan satu persatu. saya tak tau nak buat. laman ni pun dia yang buat. TQ cikgu hopper.Pam tembaga itu buatan Sheffield england jenama kismet.

    Pak Rojali. T.Kasih tapi koleksinya yg biasa-biasa aja.

    Reply

  13. Posted by Cikgu Kamal on August 21, 2008 at 2:21 am

    Salam cikgu hopper. 31 ogos ni kita kasi jadi.tima acih atas usaha anda. Kalau ada masa mai la tengok gerek saya sat. Tolong perbetul mana yg patut.dah reput dah.puluh tahun dah tak jalan. Saya akan kumpul bebudak utk kayuhan merdeka ini.Kita kasi ronda satu Sungai Petani.Penat kita behentilah.Merdeka!Merdeka!Merdeka!

    Reply

  14. Posted by Cikgu Kamal on August 21, 2008 at 2:32 am

    salam saudara Toya.Tima acih atas pujian anda.saudara toya pun hensem juga. cuma agaknya lubang hidung aja yg terlebih besar.lampu lampu tu saya beli kat sg.Petani,lorong kulit penang, alor setar, bukit mertajam dan terengganu.depa jual..saya belilah.balik tonyoh-tonyoh sikit. clear… maaf bang toya jika terkasar bahasa.Saya insan biasa.

    Reply

  15. Posted by Cikgu Kamal on August 21, 2008 at 2:40 am

    Salam saudara El-Yas.basikalnya adalah dua tiga buah, semuanya buruk-buruk. dok simpan aja.. tak pernah naik. 31 0gos ni kut baru nak try kayuh. tak taulah boleh jalan ka dak. gear semua dah jem. rim pun banyak yg dok melelong lagi. sit pun takda. nak duduk tang mana. Perihal David Bekam nak beli basikal ni. saya ingat kalau dia tengok pun dia tak berkenan. lebih baik dia pi bekam kepala dia.

    Reply

  16. Bekam kepala…baru jadi kepala Toya…hahaha..

    Reply

  17. Posted by SULAIMAN MEDAN on August 27, 2008 at 4:10 pm

    Assalamu’alaikum,
    Apacam chekgu wan, kamal dan gerekers sungai petani. Saya usul masa hari merdeka utk bergabung s’haja dengan club basikal antik Penang, agar lebih ramai.
    Lampu carbit tu saya pernah lihat kat sepeda ustaz khairul kemudian jual kat abang mustafa, telok bahang dan sekarang ada kat chekgu kamal, he…he…he… selamat.

    Reply

  18. Posted by Cikgu Kamal on August 28, 2008 at 2:43 am

    Assalamu’alaikum,En.Sulaiman.
    Dengar cerita baru balik dari Indonesia, takde barang-barang basikal ke. Kasi contact la sama kita orang.

    Reply

  19. Posted by chegu hopper on August 28, 2008 at 3:38 am

    Salam cikgu kamal…

    Ahad ni confirm jadi ya kayuhan merdeka kecil-kecilan kita.Kami akan mula kayuh dari taman kami jam 7.20 pagi.berhimpun di sekolah ya,kamdian kita kayuh round 1 pekan SP.
    Banner semua saya dah siapkan, makan n minum budak2 pun kami tong2 ni.tak cukup tambah ler ye…makan bi hun n minum aip mineral ja.tq..
    “sikit-sikit lama lama jadi bukit”

    Reply

  20. Posted by chegu hopper on August 28, 2008 at 3:40 am

    last chect point di Taman jubli…kita snap gambar n syok2 layan paler,makan skit, pastu kita balik lah…malam tu dah nak solat trawih..Selamat hari Merdeka…Selamat berpuasa…

    Reply

  21. Posted by Cikgu Kamal on August 28, 2008 at 3:53 am

    Chegu hopper, tima kasih banyak atas usaha gigih anda tu.kita kasi jadi kayuhan untuk Merdeka ni. yang tak cukup tu kita kasi tambah. Dont Worry.Hari ni kami adakan kayuhan merdeka untuk peringkat sekolah.sangat meriah.

    Reply

  22. Posted by chegu hopper on August 28, 2008 at 4:47 am

    kalu ada gambar2 yang cun,boleh email pada Sanim…nanti dia kasi upload..TQ

    Reply

  23. Posted by chegu hopper on August 28, 2008 at 4:50 am

    Buat pengetahuan cgu Kamal, kat sekolah saya pon Sabtu ni ada kayuhan ..ada 50 buah gerek( BMX/MTB/gerek tua of course lah kan) nak kayuh satu pekan Taiping..harap meriah dan diberkati usahanya.Orang Biasa….Basikal tua…
    Semoga anak-anak didik kita menghargai warisan dan nostalgia silam…
    Terima kasih.

    Reply

  24. SEPEDANYA SEKOLAH YAA…!!! NI SEKOLAH SEPEDA YAA,KOK ADA MEJA DAN BANGKU SERTA MURID2NYA JUGA?I

    Reply

  25. Posted by atz on November 9, 2009 at 2:50 pm

    impressed dengan koleksi en kamal…
    lebih kurang 10 gerek dlm photo tersebut…
    kalau tak keberatan tlg senaraikan brand/manufacturer gerek tersebut tq

    Reply

  26. Posted by ridzuan on January 16, 2010 at 2:17 pm

    Saya baru ketemu sebuah basikal lama. Dari siasatan saya basikal tersebut keluaran soverign tahun 1966. Tapi saya kurang maklumat tenang basikal ini. Jika cikgu ada maklumat tentang basikal ini sila crita-crita sikit.

    Reply

  27. Posted by Chegu Kamal on January 23, 2010 at 6:40 am

    kepada en.atz semua basikal banyak budak-budak sekolah dan kengkawan tolong carikan. kini saya adalah beberapa buah, tetapi tak lengkaplah semuanya. Ada hercules palang 1 dan palang 2. Rudge pompuan dan jantan, BSA pompuan, jantan, tua. Raleigh pompuan, jantan, lengkung,tua. choopper, posmen. Hoopper tua. itu sajalah seadanya. kepada en. Ridzuan sebenarnya saya ni pun bukannya tak sgt pasai gerek ni. main belasah aje.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: