Archive for September, 2008

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2008

Salam Sejahtera

Sempena program lawatan Kembara Mahkota Johor 2008 baru-baru ini, D.Y.A.M Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj telah singgah ke Bandar Labis, Segamat, Johor untuk bertemu rakyat. Berbagai acara telah diatur sempena lawatan D.Y.A.M antaranya acara mengayuh basikal lambat. Untuk itu pihak penganjur telah menyediakan beberapa buah basikal untuk dinaiki oleh orang-orang kenamaan termasuk D.Y.A.M. Antara basikal-basikal tersebut 4 buah basikal adalah milik penulis blog. Berikut dilampirkan gambar-gambar sempena lawatan tersebut.

D.Y.A.M Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj yang berjiwa rakyat sedang mencuba salah sebuah basikal

Dato’ Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Pelancongan bergaya dengan basikal tua

Beberapa orang kenamaan serta wakil rakyat sedang beraksi dengan basikal tua

Bertuah sungguh basikal ini masuk ke bilik VVIP

Nostalgia Warisan Silam

KOLEKSI LOCENG 2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sempena bulan ramadhan yang mulia ini banyak-banyak lah kita menambahkan amal ibadat. InsyaAllah moga-moga amalan di diterima. Buat teman-teman disini dilampirkan beberapa buah loceng kepunyaan seorang sahabat saya sewaktu berkunjung kerumahnya ketika jemputan berbuka puasa. Disamping menjamu selera sempat juga saya menjamu mata memandang sebahagian koleksinya. Mungkin koleksi ini boleh dijadikan panduan bagi mereka yang ingin berburu aksesori basikal tua.

 

Sebahagian Koleksi

 

Lucas King Of The Road

 

Raleigh Industry

 

Phillips Celtonia

 

Safety Chromium Plated

 

Miller

 

Hercules

 

Tiger Hand Spin Bell

Nostalgia Warisan Silam

KAYUHAN MERDEKA CLUB BASIKAL TUA BATU BERENDAM MELAKA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…..

Pada 30 Ogos 2008 yang lalu Club Basikal Tua Batu Berendam telah menganjurkan satu program kayuhan basikal tua sempena malam kemerdekaan mengelilingi Bandar Hilir Kota Melaka, kota yang bersejarah. Lebih kurang 30 orang ahli club ini menyertai program ini menyusuri laluan-laluan bangunan bersejarah dan laluan kemerdekaan. Tepat jam 12.00 malam laungan kemerdekaan di laungkan oleh ahli club sebelum beredar meneruskan kayuhan.

Ahli Club Basikal Tua Batu Berendam Melaka

Sebahagian dari koleksi ahli club

Pandangan dari kaca mata seorang ahli……

Meminta pandangan orang lama….

Kita minum dulu………roti canai teh tarik

Semoga program seperti ini akan dapat berjalan pada masa-masa akan datang,

Nostalgia Warisan Silam