KOLEKSI LOCENG 2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sempena bulan ramadhan yang mulia ini banyak-banyak lah kita menambahkan amal ibadat. InsyaAllah moga-moga amalan di diterima. Buat teman-teman disini dilampirkan beberapa buah loceng kepunyaan seorang sahabat saya sewaktu berkunjung kerumahnya ketika jemputan berbuka puasa. Disamping menjamu selera sempat juga saya menjamu mata memandang sebahagian koleksinya. Mungkin koleksi ini boleh dijadikan panduan bagi mereka yang ingin berburu aksesori basikal tua.

 

Sebahagian Koleksi

 

Lucas King Of The Road

 

Raleigh Industry

 

Phillips Celtonia

 

Safety Chromium Plated

 

Miller

 

Hercules

 

Tiger Hand Spin Bell

Nostalgia Warisan Silam

35 responses to this post.

  1. MANTAF PAKCIK

    Reply

  2. Lonceng yang cantik, suaranya pasti lebih cantik lagi
    untuk tambahan wawasan ada lonceng dari jerman lihat di http://www.onthelclassic.wordpress.com

    Reply

  3. Posted by chegu hopper on September 16, 2008 at 2:14 am

    Memang top meletop…tahniah pada pemiliknya..

    Reply

  4. Posted by laexs on September 16, 2008 at 2:38 am

    Ahaks….ada lonceng hercules, lama aku cari lonceng tu…semoga pemiliknya berbaik hati….he..he, mantaf bro…

    Chegu Hopper :

    Sudah terbayang2 naik xframe ye….

    Reply

  5. Posted by chegu hopper on September 16, 2008 at 2:49 am

    To Alex,

    Udah di sampok hantu xframe…arap2 dapat lah mengontel nya nt..

    Reply

  6. Posted by ikhwan on September 16, 2008 at 3:58 am

    To Alex,
    Cuba kamu tanya kepada Sanim…ada nggak loncheng merk Hercules…dengar khabarnya dia ada beberapa biji…ampun King of The Road.

    To Chegu,
    Waduhhh…asyik kena sampuk jer minggu nie bro…heheee…dah mintak penawarnye belum?

    Selamat Berpuasa & Berbuka buat semua rakan2 di NBT 🙂

    PEACE!

    Reply

  7. To Ikhwan,

    Minggu ni memang teruk kena sampuk hantu besi nih..tak tau lah terlepas mana hantu2 ni..pada hal dah kena rantai perabis…maybe aku jer kot naik hantu..hahaha…tapi sket hari lagi kot baik lah aku nih..arap2 lah kan..bak lirik lagu…”harapan setinggi gunung,kini hancur menjadi debu”..TQ bro.

    Reply

  8. tak dapat loceng tiger hand spin bell,dapat paint remover cap Tiger pun jadilah…tapi Tiger Beer haram tau..
    “Selamat Berbuka, Bersahur dan Berterawih” pada rakan2 gerekers dan onthelis..

    Reply

  9. To Sanim aka ( KOTR),

    Baju ko aku kim kat Ikhwan..amik ngan dia nt ya.TQ

    Reply

  10. Posted by budak_baru_belajar on September 16, 2008 at 5:01 am

    waduh2. lumayan sunggoh koleksinya. Mana dia dapat ni yer. Bang jual satu bang. Boleh.

    Reply

  11. Posted by sanim on September 16, 2008 at 5:06 am

    Salam buat semua kawan-kawan. Sesungguhnya koleksi sahabat saya itu bukan terbatas dengan loceng ini sahaja. Masih ada lagi loceng yang tidak ditunjukkan kepada saya. Loceng yang paling beliau sayang adalah loceng keluaran Rover dan BSA sungguh mantap sekali bunyinya. InsyaAllah apabila diizinkan saya mengambil gambarnya akan saya postkan diruangan ini. TQVM

    Reply

  12. Posted by waroengsepedaonthel on September 16, 2008 at 10:44 am

    Memang hebat koleksi kawan kita satu ni…., dia benar-benar sudah kena Virus basikal tua acute…ha..ha becanda bro.

    To Ikhwan :

    Sanim memang ada lonceng hercules tp belum ada lampu hijau dari dia bro…he..he…peace sanim.

    To Chegu :

    Hati-hati km tidak bisa makan dan tidur lagi nanti…..

    To sanim :

    Aku ada lonceng hebat lagi bro…besar pula, tapi loncheng kapal laut..ha..ha

    Reply

  13. Posted by jebatmlk on September 16, 2008 at 3:12 pm

    salam
    hebat tuan punya loceng ni.

    Reply

  14. Aku pun ada loceng hebat…loceng tembaga sekolah..besar dan berat..siap boleh jual aiskrim lagi..TQ

    Reply

  15. To Alex..

    Kamu aja yang bisa membuatkan tidur ku lena,mandi ku basah dan makan ku penuh selera..Insya ALLAH.
    Mantap hercules kamu..marvelous.Congrate!

    To Sanim,

    Upload airborne Gengstar…tak sabar nak tgk nie..minta jasa baik siarkan..TQ

    To Ikhwan,

    TQ bebyk ye..

    Reply

  16. lonceng seperti itu di sini juga ada dan masih banyak cuma merk saja lain(made in China)

    Reply

  17. Posted by ikhwan on September 17, 2008 at 11:41 pm

    Salam to all,

    Sanim @ KOTR,
    Kau ada loncheng kau simpan jer kan. Aku tahu ko ada Rover & Hercules “rare”. Aku rindu nak tengok Sunbeam 30an ko lah…raya ni boleh datang umah ko tak?

    Chegu,
    Aku sudah terima titipan dari kamu…mulus bangat loo . Waduhhh aku dengar kamu sudah punya sebuah sepeda baru yang hebat…hope dapat dikongsi gambarnya yaa.

    Sektor 2 KMY,
    Setuju dgn komentar kamu …di sini masih juga masih banyak/lumayan loncheng2 buatan negara China, Japang dan Taiwan pelbagai bentuk dan saiz boleh di dapati dengan mudah. Kalau yang buatan dari China hampir semua bentuk locengnya di tiru serupa dengan buatan England.

    Tetapi peminat di sini lebih apresiasi loceng-loceng buatan England seperti Lucas, Miller, dan sebagainya bro…kalau di seberang pula lebih kepada buatan Jerman/Holland…betul nggak?

    Reply

  18. Salam…

    To Ikhwan..

    Saper lah aku nie…seperti melukut di tepian gantang..haha..untung sabut timbul,apa bley buat tuan…rezki ALLAH..( skrip labu-labi).Baru dapat tidur dengan nyenyak..Syukur pada ALLAH S.W.T.
    Terima kasih di tas doa rakan2.

    Reply

  19. Posted by sanim on September 18, 2008 at 3:32 am

    To Ikhwan…

    Sahabat sorang ni mcm tahu jer barang2 yang kita ada. guna apa yer risikannya. Nanti-nanti saudara datang rumah saya boleh saya tunjukkan basikal tu. Dah bersawang sebab empunya diri pergi menuntut ilmu. Bukan ilmu basikal ya. hehehe.

    To Chegu Hairi

    Lepas ni tido nyenyak lah yer. jangan lupa pasang ubat nyamuk takut nanti basikalnya di gigit nyamuk. Tuannya digigit tak mengapa.

    To Alexs

    InsyaAllah ada rezeki tak kemana. Janji seorang sahabat tetap diutamakan.

    Reply

  20. Posted by chegu hopper on September 18, 2008 at 5:54 am

    To Sanim…

    Gerek tu dah aku sembur dengan mosquito repellant..hahaha..nyamuk takut nak mai lagi pon..ada peluru pa..Arigato..

    Reply

  21. Posted by ikhwan on September 18, 2008 at 6:32 am

    To Alex,
    Maksud Sanim tu..dia akan titipkan loncheng itu untuk kamu Lex sewaktu aku/Chegu temui kamu November nanti..heheeee…jangan marah KOTR.

    Sanim @ KTOR,
    Tak payah nak menuntut ilmu…hang dah dapat title KOTR dah pun…dah kira ala-ala king…saperlah kita yang baru nak main basikal 40-50an nie….dia main 30an dan ke bawah jerrr…jangan marah nanti kena juannn….

    Chegu,
    Mana2 gerek yang xmau tu kasi lego jerlah kat kawan2 kat NBT nie…juan murah2 balik modai cukup. Dah elok kena sampuk…kena penyakit lain pulak…gerek ok takut tuan kena chiekugunya pulak nanti…heheee..ya ampun.

    Jebat,
    Bro apa aktiviti geng BB bulan puasa nie? Lepas raya ada plan kayuh lagie ke…KOTR tak sabar nak bawak Sunbeam dia round Melaka…bro itu barang ko ada simpan lagie ke?

    BBB,
    Ko tanya sama KTOR dia ada banyak…dia & Chegu supplier “INDI” sekarang…kat ku ada satu extra…balik nanti tunggu kat simpang umah aku…jangan luper bawak duit.

    Peace to all!

    Reply

  22. Posted by jebatmlk on September 18, 2008 at 7:37 am

    salam,
    to ikhwan,barang tu masih lg aku simpan lg utk bro,aku rasa dlm miggu ni aku poskan.
    dlm bln posa ni aktiviti rehat dulu,nak bt amal ibadat,mgkin lepas raya on blk.projek pertama nak kayuh gi PD.
    TO SANIM, BRO SENYAP JE SKG KT AKU.hang pun merajuk ke kt aku ke?

    Reply

  23. Posted by jebatmlk on September 18, 2008 at 7:39 am

    kita xde loceng kita pandang je la,

    Reply

  24. Salam, Sdr Sanim,

    Dalam diam-diam engkau orang simpan barang Sharif Dol masa ngurat Saloma iya……..silau kemilau mata memandang….. siap disanding dengan kotaknya…..jenama Raleigh tu tak kan mcm tu aje…….tanyakan berapa harganya.

    Jumpa lagi.

    Reply

  25. Posted by El-Yas Ali Yasak on September 21, 2008 at 2:37 am

    Sanim,

    aku isyhtiharkan kau adalah seorang “Legend”.

    ada lebih jual satu….heheehe

    Reply

  26. Salam, ade tak koleksi bel bunyi Krok-krok seperti frog sedang kehujanan He3… Bagilah satu ke saya chegu..

    Reply

  27. Tapi kl yg jenis ini belum punya ya pak cik…dan yang ini jg, suara bel lucas burburry paling nyaring dan tinggi diantara bel-bel lainya….menurut saya.

    Reply

  28. Posted by Budak_baru_belajar on September 22, 2008 at 6:21 am

    Bunyi loceng tiger memang sekuat namanya seperti harimau mengaum. lebih kuat dari bunyi loceng lucas. Tapi di mana mahu di cari. Lebih2 lagi saya budak baru belajar.

    Reply

  29. Posted by nizamkayuhje on September 22, 2008 at 7:33 am

    fulamakkkkk carta loceng yg d gemari jual satu blehhh

    Reply

  30. Salam pengenalan dari sepeda tua kg Pasir Baru
    Menarik peristiwa itu dirakamkan…
    http://www.khazanahsepedatua.blogspot.com

    Reply

  31. Posted by orang biasa basikal tua.. on September 25, 2008 at 2:06 am

    Salam ramadhan.Stelah sy bfikir sjenak..sy rasa bersyukur dgn apa yg sy ada,krana apa yg sy ada mgkin org lain xde dan bgitulah sebaliknya,wlaupun sy tahu sy xkan bisa memiliki brg ‘rare’ diatas dan brg2 lain lg.smoga rzki kalian bertmbah.

    Reply

  32. Wah ……salut awak melihat koleksi para pengemar gerek tua di Malaysia , memang untuk belajar dan mencari ilmu untuk jenis sepeda Inggris , memang di tempat tuan inilah gudangnya . Mantap nian koleksinya , sampai menetes liur awak gak habis-habis melihat koleksiyang demikian dan semua masih dalam box lagi !!! gila benar .
    Salam
    YUDI
    Marcopolo

    Reply

  33. Posted by adisohor on March 30, 2009 at 8:08 am

    senyap jerk kat forum ni..takde berita-berita menarik kerrr..

    Reply

  34. Posted by tan wei fang on August 28, 2009 at 12:14 pm

    loceng sangat bagussss!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1

    Reply

  35. Posted by m wahyudi on January 29, 2010 at 11:26 am

    saya ingin beli bel king of road Lucas gimana caranya….
    tolong saya di bantu…….

    Reply

Leave a reply to onthelclassic Cancel reply