Koleksi hub basikal buatan England

Assalamualaikum w.b.t.

Salam Aidilfitri buat semua…Alhamdulillah kita telahpun sampai dipertengahan Syawal 1429H. Di sini kami paparkan sebahagian koleksi hub buatan England untuk tatapan para sahabat di NBT. Sebelum bulan Ramadhan lepas ada seorang kawan memberitahu bahawa harga hub-hub basikal England sudah pun mencecah sekitar rm250 – rm350 sepasang yang ingin dijual oleh seorang peniaga. Bagi yang bernasib baik harga dipasaran masih lagi boleh diperolehi sekitar rm50 – rm100 bergantung kepada jenis hub dan brandnya. Ada juga yang diperoleh secara PERCUMA kalau rajin menyelongkar kotak dan tong-tong buruk di kedai basikal lama. Saya pasti ramai di antara kita mempunyai cerita lucu, sedih dan menarik bagaimana memperolehi hub-hub masing-masing. Sudi-sudikanlah berkongsi dan memberi komen anda kepada kami di nostalgia.basikal.tua@gmail.com . Salam hormat dari kami di NBT.

Koleksi hub buatan England (Siri 1)

Koleksi hub buatan England (Siri 1)

NOS Hub Perry buatan England tahun 1924

NOS Hub Perry buatan England tahun 1924

Hub Phillips bersama dengan Wingnut Phillips

Hub Phillips bersama dengan Wingnut Phillips

Hub BSA depan dan belakang bersama dengan Wingnut BSA

Hub BSA depan dan belakang bersama dengan Wingnut BSA

Hub Sunbeam yang mulus (mint) yang kini jarang ditemui

Hub Sunbeam yang mulus (mint) yang kini jarang ditemui

Hub New Hudson

Hub New Hudson

32 responses to this post.

  1. Posted by budak_baru_ belajar on October 12, 2008 at 2:04 pm

    waduh!waduh!waduh! mana diorang dapat barang-barang macam ni. Ajar saya bagaimana nak dapat barang-barang ni.

    Reply

  2. Posted by chegu hopper on October 13, 2008 at 3:13 am

    Salam…

    Apa yang boleh saya katakan hanyalah ” kamu orang memang hardcore seekers”.Memang susah nak cari Perry torpedo hub..tahniah ya pemiliknya.Dasyat.saya mau berhenti main gerek lah macam nie..Lestarikan khazanah gerek tua untuk anak cucu kita.

    Reply

  3. Posted by chegu hopper on October 13, 2008 at 3:19 am

    To Admin,
    Minta jasa baik moderator/admin buktikan hub Perry England tu buatan tahun 1924? ada engraving tahun ka di atas hub tu?bukan tak percaya,tapi mau berkongsi ilmu coz tak pernah jumpa n pegang benda nie..Terima kasih.

    Reply

  4. Posted by godam on October 13, 2008 at 3:31 am

    bagus bagus betul koleksinya…

    Reply

  5. Posted by orang pinggiran on October 13, 2008 at 5:28 am

    top..top.. cantik nian koleksinya pak cik…..

    Reply

  6. Posted by sanim on October 13, 2008 at 9:24 am

    To Chegu hopper:

    Coaster Hub Brake Perry tersebut mempunyai no siri di bahagian tepinya di mana tercatat tahun buatan. Kalau yang lebih lama tulisan Perry lebih kecil dan di tulis menegak. Maaf kalau info salah. Ini adalah melalui pembacaan dan pemerhatian saya melihat barang tersebut sendiri. Terdapat banyak jenama Coaster Hub Brake yang beredar di pasaran ketika dahulu seperti torpedo, amstrong, schwinn, perry, sturmey archer dan juga shimano keluaran negara Jepun. Sekiranya ada rakan-rakan yang ingin berbagi/kongsi ilmu boleh komen disini.

    Reply

  7. Posted by Admin NBT on October 13, 2008 at 2:51 pm

    To Chegu…bila turun KL nanti saudara boleh berjumpa dengan pemiliknya. Nak tunjuk detail mungkin ada limitation zoom pada kemampuan lensa pada kamera. Saya pasti pemiliknya berbesar hati untuk mempertontonkannya malah pasti memberikan peluang untuk dipegang dan diterangkan dengan lebih dekat kepada anda.

    NBT sedaya upaya akan cuba memaparkan photo-photo yang berkualiti, jelas dan terang di masa akan datang. Terima kasih di atas saranan anda.

    Admin NBT
    nostalgia.basikal.tua@gmail.com

    Reply

  8. Posted by chegu hopper on October 13, 2008 at 11:22 pm

    To Sanim & Admin NBT,

    Tq atas jawapan yang memuaskan hati,nanti saya turun K.L hujung bulan nie,saya pi tgk na..kalu nak jual pon kira ok gak..hehehe..TQVM

    Reply

  9. Posted by chegu hopper on October 14, 2008 at 3:24 am

    To Gerekers Malaya,

    Hasil perbincangan dengan beberapa oldtimer2 gerek semasa Bulan Syawal ini, maka terdapat ura-ura hendak diadakan perhimpunan/gathering gerek tua yang melibatkan banyak kelab di Malaysia. Maybe venue gathering itu akan diadakan di sebelah utara Malaysia dan penganjuran nya akan dilakukan oleh Gerek Tua Alor Setar(GETUAS).

    Maka, jika ada sebarang komen/idea bernas/maklumat kelab2 terkini bolehlah memberi maklum balas dalam blog ini sebagai wadah silaturrahim.Itu pun jika tidak menjadi keberatan moderator.TQ

    Jika direalisasikan hasrat murni ini, maka ia akan dijadikan salah satu kenangan untuk semua pencinta gerek tua dan ia akan menjadi sejarah peribadi yang tidak akan mudah dilupakan.TQ

    Reply

  10. Posted by budak_baru_belajar on October 14, 2008 at 4:39 am

    boleh lah saya ikut nanti kalau diizinkan…..

    Reply

  11. Posted by batara guru on October 14, 2008 at 5:09 am

    Boleh lah saya pun bawak basikal ke sana nanti.Lama tak dak perhimpunan basikal-basikal klasik/antik/tua di Malaysia.Rindu nak tengok orang-orang berkayuh mengelilingi bandar/pekan dengan pakaian lama-lama.Jika jadi perhimpunan tu,tolong hebahkan untuk semua.T.kasih.

    Reply

  12. Posted by jebatmlk on October 14, 2008 at 8:30 am

    salam,
    wow hebat part yg di pamerkan,tahniah pd empunya barang.
    tapi aku th sape yg punya,klu tak silap la,

    Reply

  13. Posted by laexs on October 14, 2008 at 9:51 am

    Kalau ada yang kirim tiket utk kesana , aku tak menolak untuk datang…..he..he

    Persiapkan event tu dari sekarang bro….

    Reply

  14. Posted by laexs on October 14, 2008 at 9:58 am

    To sanim :

    Sorry bro lama aku tak da kabar pada km, cause ak sikit bz kemas2 barang untuk bawak rumah baru.

    Ikhwan :

    Aku tunggu km di jakarta.

    Reply

  15. Posted by ikhwan on October 15, 2008 at 6:00 am

    Chegu,
    Insyaallah kalau ada rezeki dan tiada aral melintang sampailah saya ke sana nanti. Harap diberikan tarikh yang sesuai agar ramai sahabat-sahabat dari Selatan dan Kuala Lumpur dapat turut serta.

    Budak BB,
    Kalau takde saper nak bawak kau…kau boleh tumpang aku…pasal basikal kau bleh pinjam basikal Chegu nanti…tu pun kalau dia nak bagi pinjam kat kau…

    Jebat,
    Welcome back bro..hai raya sakan nampak🙂 hope kau boleh ajak geng Bt Berendam turun ramai-ramai nanti…boleh kita sewa 1 lori angkut basikal-basikal kita nanti.

    Alex,
    Selamat Hari Raya Lex, aku cuba cari sponsor untuk kamu datang ke sini🙂 Insyaallah tanggal 12 – 15 November aku berada di Jakarta berlibur bersama rombongan keluarga. Hanya Chegu akan turut serta pada event 1 November nanti mengikut rencananya…maaf kerana semua telah dirancang awal oleh keluarga.

    Reply

  16. Posted by keriswangi on October 15, 2008 at 6:46 am

    Amboi cantik nian koleksi hub-hub nya, di manakah gerangan barangan sepertinya boleh diperolehi, girang di hati jika dapat jua. Cantik sungguh, bergemelapan pancaran cahaya, terpanah arjuna.Terima kasih di atas gambar-gambarnya, sudi kiranya menerima hamba sebagai teman di dalam blog ini.

    Reply

  17. Posted by jebatmlk on October 15, 2008 at 6:52 am

    salam.
    TO CHEGU.
    jgn x jd chegu,kali ni pasti sy dtg,tu pun klu ade jemputan dari utara.
    ape2 pun ribuan terima kaseh

    Reply

  18. Posted by laexs on October 15, 2008 at 7:10 am

    To Ikhwan :

    Aku tak sabar ajak km pusing-pusing bandar lagi bro…

    # Alangkah senangnya kalau ada sponsor….ha….ha..( merepotkan saja)

    To Jebatmlk :

    Jom datang ke Jkt join event pada tarikh 1-2 November nanti.

    Reply

  19. Salam…

    To JEBAT,

    Selamat kembali ke persada gerek tua,lama tak dengar citer geng Bt.Berendam nie,jika jadi lah plan nie,jangan risau,kami akan hantar kad undangan untuk semua kelab yang ada.Janji boleh jumpa n bikin link ngan gerekers semua.

    To Alex,

    Nanti kita ngontel x frame ya di sana…hehehe…Nanti aku mintak kopi Radix taja tiket kamu..IA.

    To Ikhwan,

    Harap SA tu tip top seperti yang diharap2 kan.

    Reply

  20. Posted by chegu hopper on October 16, 2008 at 12:31 am

    Mesej Daripada Pengerusi KBKKBP, Cikgu Zaidan:

    “Saya ambil kesempatan ruang ini untuk jemput semua peminat basikal tua atau klasik (terutama Malaysia utara) untuk hadir ke jamuan Hari Raya anjuran Kelab Basikal Klasik Kg Banggol Pasir Cht Jering pada 27.10.08 (Isnin) ini jam 9.30 pagi di Perkarangan Kedai Deris Char Koetiaw. Juadah hari raya disediakan. Tujuannya ialah untuk merapatkan silaturahim sesama peminat basikal klasik. Di samping itu satu pengembaraan dokumentari tentang basikal tua akan dibuat oleh Perak News Online sempena majlis ini. Kayuhan mengelilingi bandar Taiping jam 10.30 pg.

    Pada sebelah petangnya jam 4 ptg. satu rombongan motosikal Harley Davidson sebanyak 40 buah dari KL yang diketuai oleh En Fuad Idris dan Sdr Odeng akan singgah untuk beramah mesra dengan ahli kelab basikal klasik Kg Bgl Pasir. Para tetamu akan dijamu dengan minuman petang. Sekali lagi saya menjemput para peminat basikal klasik untuk hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini. Sekian terima kasih.”

    ( Terima kasih kepada cikgu Zaidan, di atas infomasi dan jemputan).

    Reply

  21. Posted by ikhwan on October 16, 2008 at 5:32 am

    Alex,
    Maaf aku mungkin x dapat turut serta event di utara tanahair. Pada tarikh itu aku sudah ada rencana/acara yang telah dirancang awal. Mau di book air ticketnya (tambang murah Airasia) untuk kamu masanya sudah suntuk. Kalau ada yang tambang biasa belanjanya agak mahal bro…aku ngak mampu sponsor..hehee.

    Kalau kamu berkelapangan silakan ke sini bro…pasti ramai lagi rakan-rakan yang akan turut serta. Apa2 pun see you in Jakarta…aku juga tidak sabar mau mengontel dan makan di Nasi Ayam Sabang.

    PEACE!

    Reply

  22. Posted by jebatmlk on October 16, 2008 at 10:23 am

    salam,
    TO LAEXS
    terima kaseh dgn undangan ini.maklum saje laexs nak ke sana pun jauh. lain kali ade rezeki sy sampai jakarta.

    Reply

  23. Posted by laexs on October 17, 2008 at 8:49 am

    Ikhwan :

    Nanti kita siar2 ke area kota lagi tengok di pinngir jalan yang guna short skirt ya..ha..ha.

    Jebatmlk :

    Mudah2an jika ada umur n rizqi kita bisa jumpa

    Reply

  24. Posted by budak_baru_ belajar on October 19, 2008 at 3:01 am

    kepada semua pecinta basikal tua, sungguh indah kalau kita dapat berkumpul dan bertukar2 idea.

    Reply

  25. Posted by nizamkayuhje on October 20, 2008 at 5:27 am

    jual dua kat saya boleh boleh laaa gurau jee

    Reply

  26. Salam kenal untuk penggemar basikal tua malaysia..silahkan klik di http://www.cahdiar.wordpress.com..ada sepeda england punya saya.

    lex kalo ente pergi ane ikut dong..ga ngajak-ngajak.

    Reply

  27. Mohon kebenaran nak iklan skit…kepada rakan-rakan yang berminat mencari barang2 basikal dijemput ke http://basikalmalaya.wordpress.com/ harga boleh runding…stok terhad. TQ🙂

    Reply

  28. Posted by sugiyat on November 17, 2008 at 12:39 am

    salam kenal dari raden sugiyat.silahkan klikhttp://sepedaonthelpribumi050.wordpress.com/

    Reply

  29. Posted by reza on December 12, 2008 at 6:14 pm

    mungkin saya bisa membantu onthelis, saya ada beberapa acc onthel,silakan lihat di http://www.classic-onthel.blogspot.com

    Reply

  30. […] Desember 25, 2008 @ 6:06 am } · { InForMaSI } { } Koleksi hub basikal buatan England October 12, […]

    Reply

  31. assalamualaikom,,,

    nak tanya saudara tentang hub jenama omega…..ada velue ke,,,,,

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: