Archive for December, 2008

ALAT GANTI DAN AKSESORI BASIKAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dahulunya terdapat banyak aksesori atau alat ganti basikal yang datangnya dari berbagai negara eropah seperti England dan Germany. Alat ganti ini buatannya amat terperinci dan berkualiti. Namun begitu kesukaran mendapatkannya sekarang menyebabkan harganya agak mahal sedikit berbanding dahulu. Berikut dilampirkan beberapa gambar alat ganti atau aksesori basikal yang di miliki oleh saya sepanjang 2 tahun saya menceburkan diri dalam hobi ini. Terdapat yang masih baru dan ada juga yang telah digunakan. Hanya untuk tatapan dan juga sebagai pengetahuan kepada sahabat-sahabat pencinta hobi ini.

imgp02511

Rantai basikal England

imgp0270

Alat-alat meletak minyak, pam, pengilat basikal

imgp0257

Tempat meletak cukai jalan/lesen basikal

Selamat Tahun Baru Mahal Hijrah 1430 H dan Tahun Baru Masehi 2009

Semoga kita terus kekalkan usaha untuk melestarikan hobi ini.

Nostalgia Warisan Silam

Rangka Basikal Karat

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Terdapat berbagai-bagai rupa dan saiz basikal yang telah kita temui atau lihat sebelum ini. Kalau kita layari di blog atau website para pencinta basikal tua kita pasti menemui sesebuah basikal yang kadangkala unik dan menarik. Saya telah menemui sebuah rangka basikal tua yang agak tinggi saiznya ketika pulang ke kampung baru-baru ini. Harap rakan-rakan dapat memberi komen tentang basikal tua ini.

imgp03031

Basikal apa ya?

imgp0304

Crank /gir depan

imgp0308

No siri

imgp0315

Dibandingan dengan ukuran ukuran basikal lain

imgp03111

imgp0316

Nostalgia Warisan Silam

Koleksi Sahabat Baru

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Sementara mengabiskan cuti baru-baru ini. Saya telah sempat merakamkan gambar koleksi basikal kepunyaan jiran saya yang baru sahaja meminati hobi ini. Beliau telah memiliki 3 buah basikal raleigh keluaran tahun 1950 hingga 1960. Beliau cukup menyayangi basikalnya ini kerana mempunyai nilai nostalgia tersendiri. Berikut dilampirkan gambar-gambar basikal koleksinya.

imgp0231

Koleksi Raleigh

imgp0233

Raleigh Sport 1959

imgp0238

Raleigh Sport 1960

imgp0242

Raleigh Gentleman 1952

Semoga hobi ini terus diminati oleh semua golongan.

Nostalgia Warisan Silam