Archive for January, 2009

Acara Kayuhan Nostalgia Basikal Tua di Putrajaya

 KBTBB beraksi dengan basikal tua masing-masing 

Putrajaya – Kelab Basikal Tua Batu Berendam (KBTBB) dari negeri Melaka telah mengadakan satu acara kayuhan di sekitar Putrajaya pada 26hb Januari yang lalu sebagai satu usaha simbolik untuk menghidup dan melestarikan kembali nostalgia basikal Tua di Malaysia. Sebanyak 22 buah basikal tua dari jenis Raleigh, New Hudson, BSA, Robinhood dan Hercules dari era 40an – 60an telah menyelusuri Dataran Putra sehingga ke PICC. Ahli-ahli KBTBB yang berpakaian lengkap berkonsepkan era 50an – 60an telah berjaya mencuit hati dan perhatian pengunjung sehinggakan ada yang sanggup bergambar dan cuba merasai pengalaman mengayuh basikal tua.

Untuk cerita selanjutnya layari http://basikalmalaya.wordpress.com

Advertisements

Koleksi Crank/Gir Depan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebagai penggemar hobi basikal tua/ sepeda tua apa sahaja berkaitan dengan hobi ini akan di cari. Begitu juga dengan saya yang mengumpul atau mencari crank/gir depan untuk disimpan dan dijadikan koleksi. Berikut adalah beberapa gambar sebahagian koleksi crank/gir depan yang sempat saya ambil gambarnya untuk tatapan rakan-rakan dan pencinta hobi ini.

imgp0339

Sebahagian Koleksi Crank/Gir Depan

Nostalgia Warisan Silam