Archive for April, 2009

Iklan Raleigh edaran Robinson & Co. (M) Ltd.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semakin hari semakin mendapat tempat hobi koleksi basikal klasik di Malaysia. Tidak kira tua atau muda, berbagai bangsa dan agama meminati hobi ini. Sebenarnya hobi ini telah di minati sejak dari dulu lagi, cuma publisiti dan peluang untuk berkongsi minat tentang hobi ini tidak dapat disampaikan secara meluas. Namun dengan kecanggihan teknologi terutamanya teknologi maklumat dan kominikasi (ICT), maklumat dapat disampaikan kepada pecinta hobi ini dengan lebih dekat lagi. Pada era terdahulu untuk mempromosi atau memperkenalkan sesebuah basikal produk keluaran syarikat cara yang paling mudah dengan memaparkan iklan secara bercetak. Namun promosi melalui cara ini adakalanya tidak sampai kepada semua pihak. Misalnya seperti iklan basikal jenama Raleigh yang diedarkan oleh Robinson & Co. (M) Ltd. yang di cetak  pada tahun 1960 dan papan iklan 3 bahasa (Inggeris, Jawi/melayu dan cina) ini.  Kewujudan blog serta laman web tentang basikal tua telah mendekatkan diri kita untuk mengetahui dan memahami seterusnya berkongsi ilmu pengetahuan mengenai hobi yang penuh nostalgia ini diseluruh pelusuk benua.

Iklan yang dikeluarkan oleh Robinson & Co. (M) Ltd.
Iklan yang dikeluarkan oleh Robinson & Co. (M) Ltd.

Ramai peminat terutama dari negara Indonesia yang menyangkakan bahawa basikal Raleigh yang tertera logo syarikat ini adalah keluaran Singapura. Namun begitu untuk makluman semua syarikat inilah yang bertanggungjawab mengedarkan kebanyakkan basikal yang dibawa dari England terutama di bawah Syarikat Raleigh Industries di Malaysia suatu ketika dahulu.

Papan iklan Raleigh khas untuk pasaran Malaysia menggunakan 3 bahasa

Papan iklan Raleigh khas untuk pasaran Malaysia menggunakan 3 bahasa

Melalui perkongsian kali ini, dapatlah sama-sama kita berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang hobi ini. Sebarang maklumat yang salah atau sebarang perkongsian boleh lah ditulis pada komen agar kesalahan dapat diperbetulkan dan kekurangan dapat ditambah.

“Nostalgia Warisan Silam”

Advertisements