Iklan Raleigh edaran Robinson & Co. (M) Ltd.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semakin hari semakin mendapat tempat hobi koleksi basikal klasik di Malaysia. Tidak kira tua atau muda, berbagai bangsa dan agama meminati hobi ini. Sebenarnya hobi ini telah di minati sejak dari dulu lagi, cuma publisiti dan peluang untuk berkongsi minat tentang hobi ini tidak dapat disampaikan secara meluas. Namun dengan kecanggihan teknologi terutamanya teknologi maklumat dan kominikasi (ICT), maklumat dapat disampaikan kepada pecinta hobi ini dengan lebih dekat lagi. Pada era terdahulu untuk mempromosi atau memperkenalkan sesebuah basikal produk keluaran syarikat cara yang paling mudah dengan memaparkan iklan secara bercetak. Namun promosi melalui cara ini adakalanya tidak sampai kepada semua pihak. Misalnya seperti iklan basikal jenama Raleigh yang diedarkan oleh Robinson & Co. (M) Ltd. yang di cetak  pada tahun 1960 dan papan iklan 3 bahasa (Inggeris, Jawi/melayu dan cina) ini.  Kewujudan blog serta laman web tentang basikal tua telah mendekatkan diri kita untuk mengetahui dan memahami seterusnya berkongsi ilmu pengetahuan mengenai hobi yang penuh nostalgia ini diseluruh pelusuk benua.

Iklan yang dikeluarkan oleh Robinson & Co. (M) Ltd.
Iklan yang dikeluarkan oleh Robinson & Co. (M) Ltd.

Ramai peminat terutama dari negara Indonesia yang menyangkakan bahawa basikal Raleigh yang tertera logo syarikat ini adalah keluaran Singapura. Namun begitu untuk makluman semua syarikat inilah yang bertanggungjawab mengedarkan kebanyakkan basikal yang dibawa dari England terutama di bawah Syarikat Raleigh Industries di Malaysia suatu ketika dahulu.

Papan iklan Raleigh khas untuk pasaran Malaysia menggunakan 3 bahasa

Papan iklan Raleigh khas untuk pasaran Malaysia menggunakan 3 bahasa

Melalui perkongsian kali ini, dapatlah sama-sama kita berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang hobi ini. Sebarang maklumat yang salah atau sebarang perkongsian boleh lah ditulis pada komen agar kesalahan dapat diperbetulkan dan kekurangan dapat ditambah.

“Nostalgia Warisan Silam”

16 responses to this post.

  1. Posted by Mat Tahir on April 11, 2009 at 2:08 am

    Sanim,

    kat Sabah sana ko tak jumpa ka beskal bahhh?
    aku taknak beskal…aku nak gadis Sabah @ Gadis Filipino pun ok bahh…

    Reply

  2. Posted by adisohor on April 12, 2009 at 2:52 pm

    aku pun penah tingal kat sabah 2 tahun tapi tak pernah jupe basikal tua..org sana tak suka naik basikal kot…awek sana memg cun2..dalam 2 tahun tingal kat sana dapat lak 2 awek..hahaha awek org sungai…aku tingal kat pitas sabah…kawasan paling ulu.nak ngurat pakai la ayat nihh….maigin aku seikau….

    Reply

  3. TAHNIAH buat blog NBT dan Sdr. Sanim kerana telah berjaya mengekalkan blog NBT selama 2 tahun dan menjangkau 60,000 pengunjung. Saya secara peribadi telah mendapat banyak ilmu dan pengetahuan melalui paparan dan perkongsian serta interaksi komentar bersama-sama pengunjung NBT.

    Ironinya NBT telah mencetuskan satu revolusi dan berjaya menghidupkan kembali hobi basikal tua di Malaysia. Kini sudah banyak kelab-kelab basikal mengikut jejak langkah NBT dengan mewujudkan blog mereka sendiri. Yang pasti blog NBT adalah blog induk dan “pioneer” kepada blog-blog basikal tua yang ada kerana telah menjadi panduan bagi ramai bloger-bloger basikal tua di Malaysia.

    Semoga usaha Sdr. Sanim dapat diteruskan dengan paparan -paparan cerita yang “mantop” dengan mengenegahkan “local content” dan bahan-bahan yang “segar” (asli) tanpa perlu “mencedok” mana-mana bahan yang boleh di”google” di internet. Secocok dengan blog NBT yang orisinil dan mulus mesra pengguna saya percaya saya tidak perlu jadi pengampu untuk blog ini terus kekal untuk rujukan generasi akan datang.

    Ada mata lihat…ada telinga dengar…ada mulut cakap bukan diam yer…(dulu tutup – tu masa zaman dolu-dolu..sekarang kena cakap kalau x betul). Hidoplah blog NBT di bumi Malaya Merdeka…PEACE!

    Reply

  4. Posted by judin Temerloh on April 13, 2009 at 3:07 am

    Awal bulan Apr 09 baru ni saya ke Taiping.
    Lawat pasar lama dan Pasar MPT, didapati masih banyak Beca Roda 3 yang berbasikalkan Jenama spt Raleigh Empire Rudge

    Juga masih ramai yang masih mengunakan basikal yang boleh kita kategorikan sebagai basikal klasik.
    jenis lady Robin Hood , Super Rally Rudge juga didapati.

    gambar…nanti saya dwnld blog saya.

    Salam

    Reply

  5. sepertinya untuk iklan2 atawa foster merk sepeda di indonesia jarang ditemukan apakah mungkin sudah jarang ada yg simpan atawa toko2 sepeda jaman dahulu sudah banyak tutup atawpun bangkrut sejak perang kemerdekaan, mungkin sodara saya ini bisa tahu merk 2 sepeda apa saja yang sebenarnya yg di Exsport di negara Jajahan era Kolonialis,?

    Reply

  6. Posted by orang biasa basikal tua.. on April 13, 2009 at 8:46 am

    Byk barang x dpt&xmampu untuk dimiliki,tp dpt tengok pun ok maaa…x smua yg kit nak kita boleh dpt…kdg2 yg x terpikir dpt plak…tahniah NBT…..

    Reply

  7. Posted by nizamkayuhje on April 14, 2009 at 12:46 am

    kepada yg menghajati sesuatu diharap sabar dan terus mencuba,kerana mungkin ALLAH tak bg rezeki yg kita nak tetapi diberi yg lain .kerna dia lebih tahu mana yg terbaik untuk kita.jadi tak payah heran la, barang di dunia ni.wasallam

    Reply

  8. Salam buat sahabat ku yang nun jauh di sabah…..
    Alo bro,dalam diam-diam keluar lagi cerita yang menarik .mana dapat ni,hang pi karau barang kt sabah ke.
    Tapi aku memang suka blog NBT,masa aku baru nak menapak NBT la tempat aku memperkenalkan kbtbb.Tapi (BM) pun aku suka.
    Tahniah sekali lagi bro sanim,tak sangka da 2 tahun NBT ni.

    Reply

  9. salam….
    sanim jom balik mlk 2-5-09,kita ronda-ronda melaka.Tiket balik jangan risau,ikhwan speonsor pergi dan balik.siap tido hotel lagi.
    semoga rezeki ikhwan bertambah murah lagi.insyaallah.

    Reply

  10. Jebat,
    Aku doakan dia balik terus ke Melaka. Sebab bakal isterinya orang Melaka bro…heheeee. Aku rasa dia cintakan bumi Melaka yang berdaulat tu sebab dia cari gadis Melaka yang ayu bro.

    Insyaallah dia balik bulan 6 (Jun) nanti…dia ada “assignment dan misi” yang perlu dilakukan demi masa depannya dan hobi basikal di Malaysia.

    Reply

  11. Posted by sanimNBT on April 14, 2009 at 12:36 pm

    Salam buat semua pengunjung blog NBT, terima kasih atas segala komen samada pujian atau kata-kata yang membina. Saya hanya manusia biasa, benar bak kata nizam sesuatu perkara itu takkan datang tanpa usaha, namun dengan usaha juga belum tentu kita berjaya. Dengan kesabaran dan semangat yang tinggi serta diiringi doa. InsyaAllah pasti kita akan berjaya. Memang dari asal lagi tujuan blog ini dibuat untuk saya mencari kawan dan kenalan berkongsi hobi klasik ini tidak kira dimana jua pelusuk bumi ini. Apa yang penting kita tetap berpijak dibumi yang nyata. Teruskan usaha untuk terus melestarikan dan mengekalkan “Nostalgia Warisan Silam” ini untuk dinilai dan dihayati oleh generasi akan datang. Amin……

    Reply

  12. Salam bro….
    Tak sangka aku,kau pun ade benda ini yo,aku ingat org lain je ade,hang pun ade jugak.ape-ape pun tahniah la bro kau pun simpan iklan ni.

    Reply

  13. Posted by sanimNBT on April 15, 2009 at 12:02 pm

    Salam Matair, adakalanya maklumat yang penting perlu dikeluarkan agar banyak pihak tidak keliru. Berkongsi ilmu untuk kebaikan sangat-sangat dihargai. Blog ini untuk semua memberi pandangan dan berkongsi idea. Tidak salah jika ada dikalangan pencinta hobi ini ingin berkongsi cerita dan ilmu disini. Boleh hantar ke email saya anjang379@yahoo.com

    Reply

  14. Salam…..
    yo la,bagus la mcm tu,aku pun tompang gombira gak ni,jangan orang lain ingat dio aje yang ade,kito pun ade gak simpan benda-benda macam ni kan ,ye tak gitu…………..

    Reply

  15. Posted by orang biasa basikal tua.. on April 16, 2009 at 3:09 am

    Apa yg kita ada x smua org ada,tp apa yg org ada kita plak xde….bersyukurlah dgn apa yg ada…yg penting sederhana….tahniah kpd pemilik barang2….

    Reply

  16. Posted by humberfe on April 17, 2009 at 12:39 pm

    Saya ada HUMBER seri FE dames.. arisinilnya gak usah ditanyain dah,Buatan sekitar tahun 6oan. Dinamo dan lampu bosch kinclong, Velk dunlop MADE IN ENGLAND, tromol dan persneleng sturney archer 54, stang releigh industri, kayuhan releigh industri, bel christopher, sadel brooks, kunci gondok masih fungsi, kunci belakang Hopmi dan boncengan hopmi double, ketengkas humber, gir depan belakang asli.warna hijau kehitaman,standartnya KOBA antik, pompa krom putih asli. mau??? sms ke 08175451887/08995497701.or email di hieronimusfhery@yahoo.com . .Harga berani berapa dah,,barang bagus coy!!!!!sedangmenunggu penawaran tertinggi”’ lihat di http://www.humberfe.blogspot.com

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: