Archive for January, 2010

Hadiah Pernikahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada tanggal 5 hb dan 12hb Disember 2009, telah berlangsung majlis perkahwinan  saya dengan pasangan di Melaka dan Johor. Terima kasih kepada semua yang telah sudi hadir ke majlis perkahwinan saya. Bagi yang tidak dapat  hadir tidak mengapa kerana saya faham semasa cuti persekolahan  terlalu banyak undangan menghadiri majlis perkhawinan. Apa pun saya berharap agar semua dapat mendoakan kebahagian saya melayari alam rumah tangga agar kekal hingga ke akhir hayat.

Apa yang ingin saya ceritakan disini adalah apa yang dihajati selama ini untuk memiliki sebuah basikal ukuran 24″  telah termakbul. Inilah hadiah pernikahan yang bermakna pada diri saya walaupun bukan hadiah yang diperolehi  secara percuma. Basikal ini dibeli dengan harga yang sedikit lumayan daripada saudara jauh saya. Apa pun ucapan terima kasih saya kepada PECHAL (Pemilik Basikal Klasik  Chaah-Labis) kerana bersama-sama untuk memartabatkan hobi basikal tua ini terutamanya Abang Hamdan, Wak Tumirin dan Abang Yatim. Tanpa kalian semua mungkin kita main basikal sendiri-sendiri aje kan. Hehehe. Berbalik pada basikal yang di beli tadi inilah rupa bentuknya.

BSA MK 1Gambar Yang Jelas

BSA MK 1 Betul Ker?

Dari Depan

Bahagian Depan

Bahagian Tengah

Bahagian Bawah

Bahagian Atas

Bahagian Belakang

No Siri  MK   V.

Bahagian sisi

Kabur Gambarnya

Dari Depan dan Sisi

Secara keseluruhannya basikal ini hanya 65% yang original selebihnya telah ditukar kerana di mamah masa dan usia. Basikal ini memerlukan sedikit penambahan bagi menjadikan ia cukup sempurna seperti yang asal. Mungkin ramai yang boleh beri pendapat tentang basikal ini.  Apa pun inilah basikal ukuran tinggi 24″ yang pertama saya miliki.

Lestarikan Nostalgia Warisan Silam

Advertisements

Azam dan Semangat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Buat semua rakan-rakan dan sahabat yang meminati hobi basikal tua. Sudah terlalu lama rasanya saya tidak mengemaskini blog Nostalgia Basika Tua ini. Bagi mereka yang pernah mengunjungi tentu tertanya-tanya kenapa blog ini sudah lama tidak dikemaskini. Jawapannya;  kadangkala kita rasa terlalu malas atau tidak punya idea untuk menulis. Begitu yang terjadi kepada diri saya sepanjang tahun lalu. Melihat blog-blog lain yang berkaitan dengan hobi ini, adakalanya saya berasa cemburu kerana sentiasa di kemaskini dengan cerita baru dan topik yang menarik. Tahniah kepada semua penulis blog kerana sentiasa mendokong dan memartabatkan hobi ini agar lebih ramai dapat mengenali, menimba ilmu pengetahuan dan yang paling penting menanam sikap untuk menjaga warisan atau tinggalan generasi terdahulu. Hasil daripada minat ini, lahirlah kerjasama dikalangan pencinta bagi meneruskan kesinambungan mereka-mereka terdahulu yang  pernah membuat perkara yang sama. Walaupun ianya mungkin bukan tinggalan warisan dari keturunan kita, namun sebagai pemilik baru (basikal tua)  tentunya tetap menjadi kebanggaan kerana nilai disebalik cerita dan imbauan nostalgia kenangan silam yang pernah di lalui suatu ketika dahulu. Bukan kepada hobi ini sahaja malahan bagi semua hobi yang lain  tentunya  ada nilai nostalgianya yang tersendiri. Saya berharap dan berazam dalam diri saya sendiri agar dapat berusaha untuk membantu bersama-sama pencinta hobi ini agar hobi ini dapat terus dikekalkan pada masa akan datang.InsyaAllah.

Nostalgia Warisan Silam