UNDANGAN ACARA KAYUHAN 2 NEGARA

Assalamualaikum, Salam Perpaduan, Salam Sejahtera dan Salam Basikal Tua.

Semoga semua pemilik dan peminat basikal tua sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dibawah Rahmat Allah S.W.T.

Nostalgia Basikal Tua telah dijemput untuk turut serta bagi Acara Kayuhan 2 Negara (Malaysia & Indonesia). Justeru itu adalah wajarnya saya memanjangkan jemputan ini buat semua rakan-rakan yang ingin turut serta dan merasai kenikmatan melakukan kayuhan basikal tua secara beramai-ramai dan memeriahkan program ini agar ianya dapat berjalan dengan lancar.

Sesuai dengan tagline yang di gunakan iaitu “Membakar Semangat Baru-Mempererat Ikatan Serumpun” acara ini sebenarnya adalah untuk mengukuhkan lagi ikatan persahabatan antara dua negara Malaysia dan Indonesia melalui jalinan hobi yang sama iaitu Meminati dan Mencintai Hobi Basikal/Sepeda Tua. Sehubungan dengan itu melalui acara yang diadakan ini secara tidak langsung kita dapat mengetengahkan  perkongsian budaya, adat resam dan yang paling penting dapat menunjukkan kepada semua yang hadir aset pelancongan di negara kita ini apatah lagi acara ini akan diadakan di negeri Melaka yang terkenal dengan aset pelancongan yang menarik dan cerita-cerita sejarahnya yang tersendiri lebih-lebih lagi ianya telah diktiraf sebagai ” Tapak Warisan Dunia”.

Oleh yang demikian kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti acara ini bolehlah membuat pautan di http://basikal-melaka.blogspot.com/

ACARA KAYUHAN 2 NEGARA

Melalui  Kerjasama

Pemilik Basikal Tua Chaah- Labis (PECHAL) juga akan turut serta dan memeriahkan acara ini melalui jemputan yang telah diwar-warkan sebelum ini. Semoga acara ini akan dapat berjalan dan terlaksana dengan lancar seperti yang telah dirancang. InsyaAllah.



“LESTARIKAN NOSTALGIA WARISAN SILAM”

5 responses to this post.

  1. kita berdua insyaallah turut serta dalam acara ini….semoga acara “Membakar Semangat Baru-Mempererat Ikatan Serumpun”semangat dan sukses.Chandra Meizir dari KOBA jakarta.

    Reply

  2. Terima kasih Sdr. Sanim,

    Kalau peserta dari negara tetangga sanggup datang dari jauh dan sanggup mengorbankan masa, tenaga, cuti, dan wang-ringgit mereka utk K2N… MAKA adalah tidak wajar kita komuniti basikal tua kecil yang tak sampai 1000 orang seluruh Malaysia ini untuk hadir memberikan sokongan kepada acara K2N. Tanyalah dalam hati…”Apa yang aku mampu buat untuk hobi ini… yang selama ini aku simpan, kaji, gosok, jual, kayuh dan sebagainya… untuk NEGARA aku? Jadi buatlah pilihan dan keputusan yang bijak…kerana K2N pasti menjanjikan 1000 harapan untuk kita terus melestarikan hobi ini di masa hadapan.

    Bayangkan berapa ramai kawan yang akan kita dapat…yang datang ke acara itu pula penuh dengan wajah ceria…beraneka karektor…dan menyeronokkan…dan sampai bila pula kita nak duduk dan bercakap benda yang sama…statik, pasif, prejudis, syok sendiri dan tak mahu berubah. Inilah pentas sebenar untuk kita membuktikan apa yang selama ini kita perjuangkan. MASANYA SUDAH TIBA sahabat-sahabatku sekalian….kita harus BERANI BERUBAH. Jadilah pencinta basikal tua yang berjiwa & bersemangat baru.

    Jumpa anda di acara K2N di Melaka pada 5 & 6 Jun 2010

    Ikhwan
    Basikal Malaya

    Reply

  3. Tahniah BM. Berapi dan berasap. AsyaAllah KSTJB akan datang. kalau tak kita yang support program tempatan, siapa lagi. Aku kalau ada makan lagi ler nak datang. Tahniah sekali lagi.

    Reply

  4. Posted by ajid on May 12, 2010 at 5:48 am

    Salam semua, betul tu,daripada kita asik bercakaran atau asik simpan brg2 n gosok sampaitanggal cat, baik lah kite same2 berkongsi. lagipun ni satu acara besar yang akan meningkatkan martabat basikal tua ni…

    Reply

  5. Posted by Mr GB on June 17, 2010 at 3:41 am

    salam buat semua…..

    K-kayuh

    2-Tu

    N-Nikmat

    itu yang GB boleh beritahu,Mr GB sendiri datang awal semasa kayuhan K2N tu. cuba fikir…….. apa yang Mr GB cari dalam K2N tu. jawapan nya adalah KAWAN,TEMAN ,SAHABAT.K2N ini amat bermakna kepada pada semua dan perlu dibanggakan kerana ia adalah perhimpunan terbesar antara dua negara.kepada rakan2 yang masih kilat,gosok,sentai,simpan tu adalah orang yang rugi sangat apabila tak join K2N.yang datang ke K2N ucapan ribuan dan jutaan terima kasih sangat………

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: