Archive for June, 2010

K2N Yang Bermakna…

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Indonesia dan Seluruh Nusantara…

K2N Yang Bermakna……

Lamanya saya tak bercerita didalam blog ini. Alasan yang paling kukuh adalah kerana sibuk dengan tugas tetapi yang paling tepat adalah malas nak menulis. Apa yang saya nak ceritakan kali ini adalah mengenai program yang telah saya sertai pada 6 Jun 2010 iaitu tidak lain tidak bukan mengenai Kayuhan Dua Negara (Malaysia & Indonesia) atau lebih tepat lagiK2N.

Cuba kita renung-renung dan fikirkan sejenak kenapa kayuhan ini yang saya anggap sungguh bermakna pada diri saya secara peribadinya. K2N ini adalah pada asalnya  adalah idea gila (bahan jenaka) yang telah diseriuskan oleh sahabat kita iaitu saudara Ikhwan dan Alexs yang timbul semasa menghadiri majlis perkhawinan saya pada tahun lalu. Melalui cakap-cakap kosong ini maka ia telah diterjemahkan kedalam bentuk realiti yang akhirnya telah pun terlaksana dengan jayanya pada tarikh yang ditetapkan.

Ada Berani Ke?

Terima kasih kepada Ikhwan dan Alexs kerana berjaya mengusulkan idea ini bagi persetujuan bekerjasama diantara Kelab Basikal Tua Batu Berendam (KBTBB) dan Komunitas Sepeda Tua Indonesia (KOSTI) seterusnya menukar  impian selama ini  menjadi kenyataan. Terima kasih sekali lagi buat mereka berdua kerana memilih tarikh 6 Jun 2010 (Ahad) sebagai tarikh puncak untuk program K2n ini kerana sebagai menghormati mereka-mereka yang bertugas pada hari sabtu  dan selain itu bersesuaian dengan cuti persekolahan dimana mereka-mereka yang bekeluarga dapat membawa anak-anak di musim cuti persekolahan ini melawat negeri Melaka disamping turut serta mengambil bahagian dalam K2n ini sebagai mendokong hobi bapa-bapa tercinta. Tidak terkecuali bagi saya yang dapat turut serta kerana peluang cuti persekolahan ini.

Tanda Bagus K2N

Pemilik Basikal Tua Chaah-Labis-Segamat (PECHAL)

Sewaktu acara K2N tentu ada yang tertanya-tanya mengenai kehadiran peserta-peserta dari Chaah-Labis-Segamat ini yang menggunakan logo PECHAL. Adakah mereka ini sebuah kelab atau pertubuhan? Sebenarnya PECHAL bukanlah sebuah kelab atau sebuah pertubuhan yang rasmi, Tetapi ia adalah gabungan daripada kesemua pemilik-pemilik basikal tua yang memiliki dan ingin menyertai program ini. Hasil daripada gabungan ini maka telah dipersetujui untuk memanggil mereka dengan gelaran PECHAL. Walaupun seandainya mereka-mereka ini akan ada datang dan pergi maka mereka-mereka ini tetap akan dipanggil sebagi PECHAL.

Kenangan Manis Yang Terus Terpahat di Hati…..

Secara keseluruhannya tiada kata yang lebih indah selain memanjat kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya maka program ini berjalan dengan lancar. Kesungguhan dan sumbangan sama ada berbentuk wang ringgit atau tenaga daripada semua pecinta basikal/sepeda  tua tiada tolok bandingannya. Hanya ucapan terima kasih dapat di berikan kepada semua yang menjayakan acara K2n. Saya sebagai peserta juga wakil dari PECHAL ingin mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima kasih kepada Semua Kelab/Persatuan Basikal Tua dari Malaysia dan Indonesia serta orang perseorangan yang turut terlibat. Tanpa mereka semua mungkin saya tidak berpeluang menyertai program K2N yang julung-julung kali diadakan di negara kita ini. Syabas buat Malaysia & Indonesia. Sesuai dengan tema kayuhan dua negara iaitu “Membakar Semangat Baru- Mempererat Ikatan Serumpun” diharap agar persahabatan ini kekal buat selama-lamanya. InsyaAllah.

Sewaktu Malam Penghargaan

Gambar Sebelum Acara K2N

Seiring dan sejalan

K2N Tetap di hati….

” LESTARIKAN NOSTALGIA WARISAN SILAM”

Advertisements