Basikal Seorang Cikgu

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Buat teman-teman semua, baru-baru ini saya sempat membawa kawan yang datang dari jauh untuk pusing-pusing Kota Melaka di Bandar Hilir sempena cuti persekolahan. Kalau diikutkan hati walaupun saya sekarang bercuti di Melaka (isteri sedang pantang bersalin) malas rasanya nak jalan-jalan. Memandangkan kawan saya tu datang dari jauh maka sempat jugalah saya berjalan-jalan dengannya. Apa yang saya nak ceritakan pada kali ini, dikesempatan berpusing-pusing di Bandar Hilir, saya dan kawan berpeluang melawat Muzium Pendidikan. Muzium ini terletak satu kompleks dengan Bangunan Stadthuys. Didalam Bangunan Stadthuys ini terdapat bahan-bahan sejarah serta artifak-artifak  berkaitan dengan perkembangan Negeri Melaka sewaktu era penjajahan dahulu. Apa yang tertarik dihati saya semasa melawat muzium pendidikan itu adalah sejarah-sejarah awal pendidikan di Negara Malaysia ini. Bagaimana kaedah pendidikan dan pembelajaran mengikut sejarahnya.Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan pada ketika itu serta hukuman bagi murid-murid yang ingkar terhadap sesi pembelajaran dengan gurunya (Tercatit dalam Hikayat Abdullah Munshi). Perkembangan pendidikan ini terus berkembang dari masa ke semasa hingga ke hari ini. Tiba-tiba mata saya terpandang di suatu sudut di mana salah satu kaedah pengangkutan yang digunakan oleh guru-guru suatu ketika dahulu untuk pergi mengajar ke sekolah atau institusi pendidikan. Pengangkutan yang di maksudkan tidak lain tidak bukan adalah “Basikal”. Tidak dapat dibayangkan ketika itu bila seorang guru yang di hormati datang kesekolah dengan berbasikal lengkap dengan senjata psikologinya iaitu “rotan”. Pasti orang-orang yang melalui zaman ini terimbau nostalgia silamnya di ketika itu.  Basikal bukan sahaja kenderaan utama di masa lalu malah sebahagian daripada nostalgia liku-liku kehidupan yang jika diimbau akan mengingatkan kita tentang peranannya, kenangan manis, pahit atau sebagainya.

Basikal Cikgu“Basikal Seorang Cikgu”

 

 

Lestarikan Nostalgia Warisan Silam

” Daripada Membuang Masa, Lebih Baik Berbasikal Tua”

2 responses to this post.

  1. Posted by readz_one on December 10, 2010 at 12:49 pm

    Nasib baik saya pun follow masa K2N.. haha.. bwk rotan nek basikal…

    Reply

    • Posted by Admin NBT on December 14, 2010 at 2:11 am

      Tulah macam serupa jer masa kayuhan 2 negara tu. 1.1.11 ni boleh turun lagi kalau berkesempatan. Sebab selepas ini ada sesetengah jalan di bandar hilir akan diwartakan bebas tanpa kenderaan. So mungkin susah sedikit nak lalu jalan tu tanpa keizinan selepas ini.

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: