KENANGAN DI SRI PENTAS (NLKO)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini saya yang juga sebagai ahli Kelab Basikal Tua Batu Berendam Melaka, telah bersama-sama memenuhi undangan untuk rancangan Nasi Lemak Kopi O (NLKO) di Sri Pentas. Kalau nak cerita panjang, rakan-rakan lain pun sudah ramai yang bercerita dan sudah pun tersiar secara langsung. Apa pun yang saya dapat nyatakan disini” Sahabat-sahabat basikal tua tetap mesra dan bersatu padu” . Kalau ingin menghayati hobi basikal tua ini ikut serta setiap acara yang dianjurkan oleh rakan-rakan atau kelab yang ada. Anda pasti akan terus meminati hobi ini. Apa pun “tepuk dada , tengok poket, baru tanya selera”

Disinilah Tempatnya….

Semangat Satu Basikal Tua……

Yang Jauh Kita Dekatkan, Yang Dekat Kita Serasi-serasikan…..

Deretan Basikal Tua Memenuhi Ruang

Seraut Rupa, Seraut Wajah, Pelbagai Gaya inilah ragam pemilik basikal tua

Melalui Gambar lidah tak perlu bercerita, jari tak perlu menulis

Yang Pasti Indahnya Hobi Basikal Tua

“LESTARIKAN NOSTALGIA WARISAN SILAM”

One response to this post.

  1. Tahniah buat semua bro!

    Kalau tak dek kerana blog NBT nie jugak basikal tua di Malaysia susah juga nak berkembang. NBT sebenarnya telah merevolusi hobi ini di Malaysia. Basikal tua kini sudah punya citra (imej) dan karektor yang tersendiri.

    Generasi sekarang bukan hanya menumpukan pada “basikal tua” tetapi kepada keseluruhan aspek termasuk cara berpakaian yang penuh nostalgia. Perubahan paling ketara ialah hobi “basikal tua” bukan milik eksklusif golongan “old-timer” (otai) tetapi milik semua orang dan seluruh lapisan umur dan masyarakat.

    Teringat aku pada pesan seorang sahabat di FB aku “KEKAYAAN yang tidak akan habis… ialah KENANGAN”…dan ini jelas terbukti apabila hobi yang kita perjuangkan ini mencatat dan mencoret KENANGAN seumur hidup yang tidak mungkin dilupakan. Inilah kunci fasa-fasa kejayaan yang bakal kita kecapi di masa hadapan.

    Terima Kasih.

    Ikhwan.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: