KEJAYAAN KAYUHAN DUA NEGARA 2011 (INDONESIA – MALAYSIA)

Assalamualaikum dan salam sejahtera…..

Seperti yang sedia maklum bahawa K2N telah berlangsung pada tanggal 3-6 Jun 2011 telah terlaksana dengan jayanya seperti yang telah dirancang. Tujuan kayuhan dan juga matlamat kedua-dua organisasi iaitu KOSTI dan KBTBB untuk menjadikan basikal tua sebagai agenda memperkukuhkan ikatan persahabatan serumpun telah dapat dilihat sewaktu kehadiran rombongan KBTBB disana.

Bergambar Bersama-sama Di hadapan Kantor Gabenor Jawa

Sambutan yang diterima sangat mengujakan di mana layanan yang diberikan amatlah diluar jangkaan kami seterusnya mempamerkan  hubungan yang selama ini  terjalin bertambah kuat dan utuh. Saya selaku ahli KBTBB mengucapkan tahniah dan syabas kepada KOSTI dan PSBB kerana memberi layanan yang terbaik buat kami sepanjang kami berada disana. Budi dan jasa diatas layanan yang diberikan sukar untuk di ucap dengan kata-kata. Semoga persahabatan yang terjalin melalui hobi ini akan kekal buat selama-lamanya.

Bergambar Bersama Selepas Sesi Wawancara Bersama Wartawan

Sebenarnya aktiviti yang diatur sepanjang acara ini amatlah padat dengan segala aktiviti yang dirancang. Namun begitu aktiviti yang padat menjadi mudah dan lancar atas dasar minat yang sama. Saya sendiri tidak begitu terasa dengan jadual yang padat apatah lagi apabila setiap aktiviti itu melibatkan aktiviti kayuhan dan kesenian setempat Tapi itulah matlamat saya juga untuk mengenali budaya serumpun yang sedikit sebanyak tidak beza jauh dari kita.

Semasa Acara K2N sedang berlangsung.

Selain aktiviti kayuhan yang di rancang, lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Bandung dan Jakarta  amatlah menceriakan hati rombongan KBTBB yang rata-rata teruja dengan keistimewaan dan tinggalan dahulu kala yang apabila mendengar cerita dan penerangannya adakalanya meruntun hati dan sanubari serta linangan air mata mengenangkan generasi terdahulu yang bersusah payah memerah keringat demi kepentingan orang lain. Namun itu adalah sebahagian daripada rentetan kehidupan kerana menyelusuri kehidupan silam bererti kita tidak akan lupakan sejarah. Begitu juga dengan basikal tua yang mana sejarah juga ada didalamnya.

Bergambar Bersama Pecinta Hobi Yang Sama

Daripada acara K2N ini, saya dapati semangat pejuang dan pecinta basikal tua @ sepeda tua di Indonesia amatlah tinggi sekali. Ada yang sanggup mengayuh basikal berbatu-batu jauhnya demi hobi tercinta ini dengan tujuan untuk berjumpa rakan-rakan yang sesama hobi. Apatah lagi yang berhabis ribuan ringgit demi memenuhi minat yang amat dicintai ini. Kesepakatan antara ahli juga dapat ditunjukkan dengan pemakaian pakaian seragam sesama ahli. Semangat seperti ini yang saya cuba ambil dan serapkan dalam diri saya sendiri serta rakan-rakan pejuang dan pecinta basikal tua di Malaysia.

Basikalnya Sahaja, Orangnya Lagi Sibuk Mencari Klitikan Dan menonton Persembahan

Jualan Alat Ganti Basikal Yang Banyak Sekali…

Harapan saya suatu hari nanti  acara-acara kayuhan basikal tua sebegini akan lebih banyak berlangsung di Negara kita agar hobi ini tidak hanya menjadi hobi yang lebih kepada dilihat. Tetapi hayatilah apa yang dimiliki dengan menggunakannya sebagai hobi yang sihat. Memelihara Warisan Silam itu amatlah di galakkan, tetapi apalah gunanya hanya sebagai tatapan mata sekiranya ianya masih boleh digunakan. Renung-renungkan…

Persahabatan Yang Terjalin Moga Kekal Selamanya.

Kenangan Di Bandung tidak akan dapat di lupakan

Minum Air Bandung di Bandung Indonesia


“Lestarikan Nostalgia Warisan Silam”


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: