Archive for the ‘Acara’ Category

KARNIVAL NOSTALGIA BASIKAL TUA (NOBAT) 2012 ,MELAKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untung julung-julung kalinya satu acara kayuhan bagi mengimbau “Nostalgia Basikal Tua”  akan di adakan tidak lama  lagi seperti yang di war-warkan atau di dengar sebelum ini. Tidak ketinggalan untuk blog ini  mempromosikan acara ini yang di singkatkan kepada NOBAT 2012 sempena ulangtahun kewujudan negeri Melaka ke 750 tahun. Tema bagi acara ini ialah “Melestarikan Nostalgia Warisan Silam” bersesuaian dengan semangat pejuang dan pecinta basikal tua untuk terus menghidupkan hobi basikal tua ini amnya seterusnya memelihara warisan sejarah yang sedia ada khususnya yang terdapat didalam negara Malaysia yang tercinta ini. Di kesempatan ini saya menjemput dan memanjangkan jemputan bagi mewakili Kelab Basikal Tua Batu Berendam, Melaka (KBTBB)  untuk mengundang sesiapa sahaja untuk menyertai dan memberi sokongan bagi menjayakan acara NOBAT 2012 ini terutama kepada “Pejuang dan Pecinta Basikal Tua Malaysia”. Tanpa anda semua sudah pasti acara ini tidak akan berjalan seperti yang di rancang.

Iklan dan Poster Acara adalah seperti berikut;

Samalah-samalah kita meramaikan acara/event terbesar pada tahun ini yang di adakan khusus buat semua yang inginkan   pejuang dan pecinta hobi basikal tua di Malaysia ini di satukan dalam satu acara bertujuan lain atau tidak untuk merapatkan dan berkongsi pengalaman serta ilmu seterusnya merapatkan lagi tali persaudaraan sesama kita. Perlu diingat sejarah tidak akan tercipta dengan sendirinya oleh itu sama-samalah kita mencipta sejarah agar kenangan manis ini akan dingat sampai bila-bila. Mudah-mudahan acara NOBAT 2012 ini akan berjalan dan terlaksana seperti yang dirancang InsyaAllah.

“Lestarikan Nostalgia Warisan Silam”

KEJAYAAN KAYUHAN DUA NEGARA 2011 (INDONESIA – MALAYSIA)

Assalamualaikum dan salam sejahtera…..

Seperti yang sedia maklum bahawa K2N telah berlangsung pada tanggal 3-6 Jun 2011 telah terlaksana dengan jayanya seperti yang telah dirancang. Tujuan kayuhan dan juga matlamat kedua-dua organisasi iaitu KOSTI dan KBTBB untuk menjadikan basikal tua sebagai agenda memperkukuhkan ikatan persahabatan serumpun telah dapat dilihat sewaktu kehadiran rombongan KBTBB disana.

Bergambar Bersama-sama Di hadapan Kantor Gabenor Jawa

Sambutan yang diterima sangat mengujakan di mana layanan yang diberikan amatlah diluar jangkaan kami seterusnya mempamerkan  hubungan yang selama ini  terjalin bertambah kuat dan utuh. Saya selaku ahli KBTBB mengucapkan tahniah dan syabas kepada KOSTI dan PSBB kerana memberi layanan yang terbaik buat kami sepanjang kami berada disana. Budi dan jasa diatas layanan yang diberikan sukar untuk di ucap dengan kata-kata. Semoga persahabatan yang terjalin melalui hobi ini akan kekal buat selama-lamanya.

Bergambar Bersama Selepas Sesi Wawancara Bersama Wartawan

Sebenarnya aktiviti yang diatur sepanjang acara ini amatlah padat dengan segala aktiviti yang dirancang. Namun begitu aktiviti yang padat menjadi mudah dan lancar atas dasar minat yang sama. Saya sendiri tidak begitu terasa dengan jadual yang padat apatah lagi apabila setiap aktiviti itu melibatkan aktiviti kayuhan dan kesenian setempat Tapi itulah matlamat saya juga untuk mengenali budaya serumpun yang sedikit sebanyak tidak beza jauh dari kita.

Semasa Acara K2N sedang berlangsung.

Selain aktiviti kayuhan yang di rancang, lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Bandung dan Jakarta  amatlah menceriakan hati rombongan KBTBB yang rata-rata teruja dengan keistimewaan dan tinggalan dahulu kala yang apabila mendengar cerita dan penerangannya adakalanya meruntun hati dan sanubari serta linangan air mata mengenangkan generasi terdahulu yang bersusah payah memerah keringat demi kepentingan orang lain. Namun itu adalah sebahagian daripada rentetan kehidupan kerana menyelusuri kehidupan silam bererti kita tidak akan lupakan sejarah. Begitu juga dengan basikal tua yang mana sejarah juga ada didalamnya.

Bergambar Bersama Pecinta Hobi Yang Sama

Daripada acara K2N ini, saya dapati semangat pejuang dan pecinta basikal tua @ sepeda tua di Indonesia amatlah tinggi sekali. Ada yang sanggup mengayuh basikal berbatu-batu jauhnya demi hobi tercinta ini dengan tujuan untuk berjumpa rakan-rakan yang sesama hobi. Apatah lagi yang berhabis ribuan ringgit demi memenuhi minat yang amat dicintai ini. Kesepakatan antara ahli juga dapat ditunjukkan dengan pemakaian pakaian seragam sesama ahli. Semangat seperti ini yang saya cuba ambil dan serapkan dalam diri saya sendiri serta rakan-rakan pejuang dan pecinta basikal tua di Malaysia.

Basikalnya Sahaja, Orangnya Lagi Sibuk Mencari Klitikan Dan menonton Persembahan

Jualan Alat Ganti Basikal Yang Banyak Sekali…

Harapan saya suatu hari nanti  acara-acara kayuhan basikal tua sebegini akan lebih banyak berlangsung di Negara kita agar hobi ini tidak hanya menjadi hobi yang lebih kepada dilihat. Tetapi hayatilah apa yang dimiliki dengan menggunakannya sebagai hobi yang sihat. Memelihara Warisan Silam itu amatlah di galakkan, tetapi apalah gunanya hanya sebagai tatapan mata sekiranya ianya masih boleh digunakan. Renung-renungkan…

Persahabatan Yang Terjalin Moga Kekal Selamanya.

Kenangan Di Bandung tidak akan dapat di lupakan

Minum Air Bandung di Bandung Indonesia


“Lestarikan Nostalgia Warisan Silam”


KENANGAN DI SRI PENTAS (NLKO)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini saya yang juga sebagai ahli Kelab Basikal Tua Batu Berendam Melaka, telah bersama-sama memenuhi undangan untuk rancangan Nasi Lemak Kopi O (NLKO) di Sri Pentas. Kalau nak cerita panjang, rakan-rakan lain pun sudah ramai yang bercerita dan sudah pun tersiar secara langsung. Apa pun yang saya dapat nyatakan disini” Sahabat-sahabat basikal tua tetap mesra dan bersatu padu” . Kalau ingin menghayati hobi basikal tua ini ikut serta setiap acara yang dianjurkan oleh rakan-rakan atau kelab yang ada. Anda pasti akan terus meminati hobi ini. Apa pun “tepuk dada , tengok poket, baru tanya selera”

Disinilah Tempatnya….

Semangat Satu Basikal Tua……

Yang Jauh Kita Dekatkan, Yang Dekat Kita Serasi-serasikan…..

Deretan Basikal Tua Memenuhi Ruang

Seraut Rupa, Seraut Wajah, Pelbagai Gaya inilah ragam pemilik basikal tua

Melalui Gambar lidah tak perlu bercerita, jari tak perlu menulis

Yang Pasti Indahnya Hobi Basikal Tua

“LESTARIKAN NOSTALGIA WARISAN SILAM”

KAYUHAN MELAKA MAJU 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Sejak dari hari raya Aidilfitri, saya langsung tidak menulis di blog ini. Walaupun sebenarnya ada cerita yang ingin di kongsikan namun akibat kekangan masa dan masalah yang timbul maka blog ini tak dapat nak dimajukan.InsyaAllah dari masa ke semasa blog ini akan terus ditulis. Pada hujung minggu yang lalu, Saya yang juga ahli kepada Kelab Basikal Tua Batu Berendam telah bersama-sama ahli kelab yang lain telah diundang untuk bersama-sama merealisasikan Kayuhan Melaka Maju  2010 untuk mencipta satu lagi rekod di dalam Buku Rekod Malaysia yang di anjurkan oleh DUN Sungai Rambai. Kayuhan ini sebagai simbolik memberi sokongan kepada Negeri Melaka dalam menyusun segala pembangunan  kepada rakyat dan penduduknya dalam mencapai sesuatu hasrat yang diimpikan oleh semua iaitu Melaka Maju 2010. Kayuhan sejauh 20.1 kilometer telah berjaya disertai oleh seramai 2300 orang peserta yang terdiri pelbagai jenis  kelab basikal dan jenis basikal. Dari jenis klasik hingga yang moden. Bersama-sama ini dilampirkan sedikit foto yang telah saya rakamkan dengan lensa kamera telefon bimbit. Gambar lebih menceritakan segalanya……..

Pintu Gerbang Kayuhan Melaka Maju 2010

Dari Jauh

Ahli Kelab Basikal Tua Batu Berendam Melaka

Sebahagian Dari 2300 Peserta

Hijau Menuju Kegarisan Penamat Sejauh 20.1 kilometer

Orang Kuat KBTBB di mana sahaja tetap Kacak

Jebat/As Sentiasa sibuk dimana jua berada

Along Datang ke Sungai Rambai Kayuh 27km + 20km = 47km

Kerosakan Basikal Tua, Ahli Tetap Bantu Membantu

Dah Selesai Ayuh Kita Teruskan

Peserta Basikal Tua/Klasik Dari Segamat

COWGIRL Basikal Tua Bukan Kuda

Nostalgia Basikal Tua- Tetap Dalam Kenangan

“LESTARIKAN NOSTALGIA WARISAN SILAM

 

Ronda-Ronda Kampung

Assalamualaikum dan Salam Semua,

Lamanya tak menulis membuat saya bertambah-tambah malas. Ditambah lagi kerana sibuk menguruskan perpindahan dari Sabah ke Kuala Lumpur menyebabkan bertambah-tambah keletihan untuk mencari idea dalam penulisan dan seterusnya update blog NBT ni. Baru-baru setelah hampir dua bulan tidak pulang ke kampung saya telah pulang ke kampung dan berjumpa kawan-kawan yang mempunyai hobi yang sama. Dan perancangan untuk ronda-ronda kampung telah di persetujui. Asalnya ramai yang mahu mengikut tetapi disebabkan perancangan last minit maka hanya beberapa kerat sahaja yang dapat mengikuti. Berikut adalah sedikit paparan dan juga gambar  disebalik rancangan ronda-ronda kampung ini.

Bas Segamat-Labis-Chaah-Yong Peng-Ayer Hitam

Rumah Lama Di Kampung Jawa Chaah

Sebuah Lagi Rumah Lama

Jalan Darling Walk

Dihadapan Balai Polis Chaah

Di Pekan Lama Chaah

Darling Walk

Di Pintu Masuk Sekolah Agama Chaah

Posing Sikit

Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar yang ingin di masukkan ke dalam blog ini. Tetapi memandangkan masa dan server yang tidak begitu mengizinkan maka setakat ini dulu yang boleh dimuatkan. Moga Ketemu di lain masa.

“Lestarikan Nostalgia Warisan Silam”


UNDANGAN ACARA KAYUHAN 2 NEGARA

Assalamualaikum, Salam Perpaduan, Salam Sejahtera dan Salam Basikal Tua.

Semoga semua pemilik dan peminat basikal tua sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dibawah Rahmat Allah S.W.T.

Nostalgia Basikal Tua telah dijemput untuk turut serta bagi Acara Kayuhan 2 Negara (Malaysia & Indonesia). Justeru itu adalah wajarnya saya memanjangkan jemputan ini buat semua rakan-rakan yang ingin turut serta dan merasai kenikmatan melakukan kayuhan basikal tua secara beramai-ramai dan memeriahkan program ini agar ianya dapat berjalan dengan lancar.

Sesuai dengan tagline yang di gunakan iaitu “Membakar Semangat Baru-Mempererat Ikatan Serumpun” acara ini sebenarnya adalah untuk mengukuhkan lagi ikatan persahabatan antara dua negara Malaysia dan Indonesia melalui jalinan hobi yang sama iaitu Meminati dan Mencintai Hobi Basikal/Sepeda Tua. Sehubungan dengan itu melalui acara yang diadakan ini secara tidak langsung kita dapat mengetengahkan  perkongsian budaya, adat resam dan yang paling penting dapat menunjukkan kepada semua yang hadir aset pelancongan di negara kita ini apatah lagi acara ini akan diadakan di negeri Melaka yang terkenal dengan aset pelancongan yang menarik dan cerita-cerita sejarahnya yang tersendiri lebih-lebih lagi ianya telah diktiraf sebagai ” Tapak Warisan Dunia”.

Oleh yang demikian kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti acara ini bolehlah membuat pautan di http://basikal-melaka.blogspot.com/

ACARA KAYUHAN 2 NEGARA

Melalui  Kerjasama

Pemilik Basikal Tua Chaah- Labis (PECHAL) juga akan turut serta dan memeriahkan acara ini melalui jemputan yang telah diwar-warkan sebelum ini. Semoga acara ini akan dapat berjalan dan terlaksana dengan lancar seperti yang telah dirancang. InsyaAllah.



“LESTARIKAN NOSTALGIA WARISAN SILAM”