Archive for the ‘Basikal’ Category

Raleigh Lagi…..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada semua sahabat-sahabat penggemar hobi basikal tua, lama betul saya tak update blog ni. Mana tidaknya bila bekerja jauh di negeri dibawah bayu agak sukar sedikit untuk mencari bahan bagi penulisan seterusnya. Kesempatan pulang ke kampung pada cuti persekolahan penggal pertama baru-baru ini saya tidak lepaskan peluang untuk berjumpa dengan beberapa sahabat dan penggemar hobi basikal tua ini. Dan kesempatan yang ada juga saya gunakan untuk mengambil beberapa gambar basikal tua yang di miliki oleh orang lama tetapi baru meminati hobi ini. Pemilik mempunyai beberapa buah koleksi basikal tua yang baru di perolehi dalam tempoh setahun. Dan apa yang menarik minat saya untuk di letakkan di ruangan ini adalah basikal Raleigh ukuran 24″ yang baru sahaja menjadi miliknya 2 bulan yang lalu. Berikut adalah basikal Raleigh yang dimaksudkan….

Raleigh

Dari Sisi

Dari Hadapan

Masih Ada Lagi “Nut Handle”

Sepit Udang/ Fork – Separa Chrome

Pelana Asli- The Block

Basikal Raleigh ini menggunakan hub asal British Made, Rim Dunlop Lipat, dan masih menggunakan logo/merk burung pada hampir setiap bahagian basikal tersebut seperti handle/stang dan Crank/gir depan. Basikal ini sebenarnya telah dilakukan sedikit proses restorasi bagi menaikkan lagi seri basikal ini agar dapat di naiki  oleh pemiliknya dengan lebih selesa. Apa-apa pun tahniah kepada pemilik basikal Raleigh ini kerana dapat menjaga dan seterusnya melestarikan lagi Nostalgia Warisan Silam yang dahulunya punya sejarah tersendiri.

“Lestarikan Nostalgia Warisan Silam”

Advertisements

Hadiah Pernikahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada tanggal 5 hb dan 12hb Disember 2009, telah berlangsung majlis perkahwinan  saya dengan pasangan di Melaka dan Johor. Terima kasih kepada semua yang telah sudi hadir ke majlis perkahwinan saya. Bagi yang tidak dapat  hadir tidak mengapa kerana saya faham semasa cuti persekolahan  terlalu banyak undangan menghadiri majlis perkhawinan. Apa pun saya berharap agar semua dapat mendoakan kebahagian saya melayari alam rumah tangga agar kekal hingga ke akhir hayat.

Apa yang ingin saya ceritakan disini adalah apa yang dihajati selama ini untuk memiliki sebuah basikal ukuran 24″  telah termakbul. Inilah hadiah pernikahan yang bermakna pada diri saya walaupun bukan hadiah yang diperolehi  secara percuma. Basikal ini dibeli dengan harga yang sedikit lumayan daripada saudara jauh saya. Apa pun ucapan terima kasih saya kepada PECHAL (Pemilik Basikal Klasik  Chaah-Labis) kerana bersama-sama untuk memartabatkan hobi basikal tua ini terutamanya Abang Hamdan, Wak Tumirin dan Abang Yatim. Tanpa kalian semua mungkin kita main basikal sendiri-sendiri aje kan. Hehehe. Berbalik pada basikal yang di beli tadi inilah rupa bentuknya.

BSA MK 1Gambar Yang Jelas

BSA MK 1 Betul Ker?

Dari Depan

Bahagian Depan

Bahagian Tengah

Bahagian Bawah

Bahagian Atas

Bahagian Belakang

No Siri  MK   V.

Bahagian sisi

Kabur Gambarnya

Dari Depan dan Sisi

Secara keseluruhannya basikal ini hanya 65% yang original selebihnya telah ditukar kerana di mamah masa dan usia. Basikal ini memerlukan sedikit penambahan bagi menjadikan ia cukup sempurna seperti yang asal. Mungkin ramai yang boleh beri pendapat tentang basikal ini.  Apa pun inilah basikal ukuran tinggi 24″ yang pertama saya miliki.

Lestarikan Nostalgia Warisan Silam