Archive for the ‘Dragon Cycle’ Category

DRAGON CYCLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera….. Buat semua sahabat dan teman-teman sudah lama aku tidak menulis perkara yang baru. Kali ini aku lampirkan basikal brand “Dragon” saiz 22. Aku ketemu basikal ini sewaktu negeriku “Johor”  dilanda banjir. Dan basikal ini aku ketemu di kedai membeli dan menjual besi-besi buruk. Aku beli dengan harga yang cukup murah RM 20. Tetapi keadaannya ketika itu amat menyedihkan. Tapi tidak mengapa kerana aku amat berminat dengan saiznya. Aku beli dan langsung membawanya dengan motosikal. Sewaktu mendapatnya semuanya masih dalam keadaan asli namun terdapat banyak aksesori yang perlu diganti(Sadle brooks, lampu national, tayar dan rim dunlop, dan lain-lainnya semua asli jenama dragon). Tayar dan rim tepaksa digantikan dengan dengan yang baru jenama union, sadle aku gantikan dengan himalaya, dan yang lain-lain masih aku kekalkan. Aku tidak pasti jenama “dragon”  buatan mana. Tetapi yang pasti aku amat menyukainya kerana saiznya yang agak cantik.

Lihat gambar-gambarnya. ” Dragon”

Nostalgia Warisan Silam Dragon 1 Dragon 1

 Dragon 2 Dragon 2

Brand Brand Jenama

april-054.jpg april-054.jpg Brand Dragon

 april-078.jpg april-078.jpg

Hub depan Union Germany

 april-079.jpg april-079.jpg

Hub belakang Union Germany

april-055.jpg Saiz “Dragon” berbanding dengan “Raleigh”

Advertisements