Archive for the ‘Event’ Category

(K.2.N) MEMPERKUKUH IKATAN PERSAHABATAN MALAYSIA DAN INDONESIA YANG SEDIA TERJALIN MELALUI AKTIVITI BERBASIKAL TUA

Assalamualaikum dan salam sejahtera

K2N yang Membanggakan Bagi Mengukuhkan Persahabatan Serumpun

“Air Di Cincang Tidak Akan Terputus” begitulah perumpamaan yang boleh dinyatakan diantara nilai persahabatan yang sejati yang tiada galang gantinya. Begitu juga dengan agenda aktiviti Kayuhan Dua Negara (K2N) Indonesia & Malaysia. Persahabatan yang telah terjalin sekian lama dapat diperkukuhkan lagi dengan salah satu aktiviti yang dapat saya katakan mustahil pada dasarnya. Namun begitu kekuatan persahabatan yang disatukan melalui basikal tua telah menunjukkan ianya tidaklah mustahil dan ternyata telah bejaya dalam K2N yang pertama dan telah menaikkan semangat semua peminat, pejuang dan pecinta basikal tua yang selama ini berada dalam kelompoknya yang tersendiri.

Justeru itu telah saya sedar bahawa hobi berbasikal tua ini telah mencapai ruang lingkup yang begitu luas sekali sehingga ke peringkat antarabangsa. Maka tidak hairanlah suatu hari nanti akan ada aktiviti berbasikal tua peringkat antarabangsa seluruh dunia. Kita tunggu dan lihat….

Poster Siaran Kayuhan 2 Negara Indonesia & Malaysia

K2N Membuka Mata dan Minda Melestarikan Basikal Tua

K2N yang akan dilaksanakan bertempat di Bandoeng Indonesia pada 3-6 Jun 2011 ini akan menjadi jalan bagi sesiapa pecinta hobi ini untuk mengembangkan pengetahuan tentang basikal tua. Mencari sejarah dan mengenali kebudayaan serumpun yang sama dalam udara peminat yang sama. Selama saya mengenali dunia basikal tua ini saya mengenali apa itu semangat dan pengorbanan yang sejati. Umpama kita ingin mendaki gunung yang tinggi tanpa semangat yang jitu pasti kita tidak akan kesampaian di puncak. Mulakan ia dengan satu langkah, walaupun patah di tengah jalan bangunkan ia dengan semangat. Janganlah kita mengeluh di awal langkah tanpa mencuba terlebih dahulu. Saya sedar melestarikan basikal tua melalui  nostalgia kenangan silam bukanlah sesuatu yang mudah. Kita perlu berusaha untuk mencapainya. Kita sering bertanya apa yang orang atasan dapat berikan kepada kita pada hari ini. Tetapi adakah kita sedar yang kita juga mungkin tak menyumbang apa-apa untuk generasi akan datang. Oleh itu bersama-samalah kita mencipta satu lagi sejarah dengan melaksanakan dan menyertai aktiviti sebegini (Bukan semestinya aktiviti K2N) sahaja.

  Menyemarakkan Lagi Semangat Hobi Berbasikal Tua

Tujuan K2N ini pada dasarnya adalah untuk bertukar pendapat dan pandangan mengenai basikal tua antara Malaysia dan Indonesia. Namun begitu jika dilihat perspektif lebih jauh ianya lain tidak bukan untuk menyemarakkan lagi semangat hobi berbasikal tua di kalangan pejuang basikal tua seluruh dunia. Ayuh mari kita sama-sama menyemarakkan lagi semangat ini biar ia tetap utuh dan gagah dalam hati dan sanubari peminat hobi ini agar semangat ini dapat juga di bawa ke dalam bidang-bidang yang lain. Bukankah itu sesuatu yang amat membanggakan bagi pecinta hobi ini….

Logo K2N yang ke 2

Untuk mengetahui agenda dan tentatif lebih lanjut layari :

http://basikal-melaka.blogspot.com/2011/05/informasi-dan-tentatif-program-4h3m.html

http://sepeda.wordpress.com/2011/05/25/kayuhan-2-negara-2011/

” LESTARIKAN NOSTALGIA WARISAN SILAM”

“Bersama Kita  Mencipta Lakaran Sejarah Indah Kerana Sejarah Itu tidak Boleh Diubah”

Advertisements

Kayuhan 1 Citra 1 Jiwa 1 Ekspresi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Seperti yang sedia maklum Kelab Basikal Tua Batu Berendam telah mengadakan satu program kayuhan yang dinamakan Kayuhan 1 Citra 1 Jiwa 1 Ekpresi pada 1 Januari 2011 bertempat di Banda Hilir. Memandangkan tarikh tersebut jatuh pada hari sabtu maka  saya berkesempatan untuk mengikuti program tersebut yang telah dihadiri seramai 60 orang peserta termasuk dari Kelab Basikal Klasik Muar.

Program tersebut telah berlangsung dengan lancar tanpa sebarang masalah. Program yang dianjurkan sempena sambutan tahun baru masihi 2011 ini bertujuan mengukuhkan  semangat persahabatan dan kecintaan pemilik terhadap hobi basikal tua ini. Diharap program-program seperti ini dapat dianjurkan lagi seterusnya dimasa-masa akan datang agar hobi ini tidak terus tenggelam hanya sebagai koleksi tanpa di ketengahkan kepada masyarakat agar nostalgia yang lalu tidak dilupakan dan terus lenyap hanya dalam ingatan.

Berikut adalah lampiran beberapa keping gambar yang lebih  menceritakan segalanya tentang program pada hari tersebut.


Peserta Kayuhan

Bersama Peserta Dari Kelab Basikal Klasik Muar

Bergambar bersama-sama otai-otai

Bergambar bersama peminat basikal tua

Daripada Berduka lara, Lebih Baik Berbasikal Tua

Menerima Sijil Penyertaan

Senyuman ku ikhlas untuk pecinta basikal tua.

“LESTARIKAN NOSTALGIA WARISAN SILAM”