Archive for the ‘hobi’ Category

Lencana, Pin dan Kenangan Acara Basikal Tua.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua teman-teman,

Setelah lama saya menyepi kerana menyibukkan diri dengan tugasan-tugasan yang rasmi atau tidak, hari ini saya terpaut untuk menulis coretan tentang Lencana dan Pin. Setelah hampir 6 tahun saya melibatkan diri dalam hobi ini banyak aktiviti berbasikal melibatkan basikal tua telah saya ikuti dan lalui. Berbagai perkara pahit manis telah saya tempuh untuk mencapai kepuasan dalam hobi ini. Dahulunya saya merasakan bahawa hobi ini hanyalah sebagai koleksi semata-mata, namun sebenarnya saya silap. Ini kerana memiliki sesuatu koleksi terbaik itu memang bagus, namun begitu lebih bagus kalau kita bersama-sama dengan pecinta hobi ini membuat sesuatu aktiviti yang lebih bermanafaat seperti acara kayuhan NOBAT 2012 baru-baru ini. Ianya bukan sahaja dapat mengumpul pelbagai lapisan masyarakat tetapi juga melalui acara sebegini kita dapat melihat berbagai macam jenis basikal tua, ragam manusia dan budaya yang unik. Namun begitu setelah selesai sesuatu acara itu tanda kenangan yang di bawa pulang hanyalah pengalaman dan gambar sesuatu acara berlangsung. Disebabkan itu ada sesetengah individu dan kelab membuat pertukaran lencana atau pin sebagai kenang-kenangan diantara sesuatu sama lain.

Pengalaman saya selama bermain hobi basikal tua ini mendapati koleksi lencana atau pin tanda kenang-kenangan sesuatu acara berbasikal tua ini sangatlah unik sekali. Misal contoh di negara jiran kita, Indonesia telah lama mempraktikkan amalan ini sewaktu acara berbasikal tua di adakan. Dan pernah saya jumpa seorang peminat tegar basikal tua dari sana sewaktu acara Kayuhan 2 Negara (K2N) di Bandung tidak lama dahulu menyimpan dan memakai pin tanda kenangan di bajunya melebihi 200 koleksi lencana acara tidak termasuk lencana kelab-kelab.

Contoh: Lencana/Pin Acara.

Contoh 2: Lencana/Plat acara Malaysia Books of Record

Kenapa Lencana @ Pin?

Banyak sebenarnya benda yang boleh dijadikan kenangan/cenderamata selain lencana atau pin, tetapi lencana atau pin lebih mudah di bawa dan murah sebenarnya jika dibandingkan dengan cenderamata yang lain. Namun begitu perlu diingat bahawa lencana atau pin acara akan melambung harganya satu ketika nanti apabila ia menjadi barang koleksi yang di cari-cari seperti mana harga barang antik. Kalau anda tidak percaya tunggu dan lihat…Pada pandangan saya amalan bertukar-tukar pin ini amatlah bagus sekali jika kita praktikkan pada acara yang mendatang….Yang pernah menghadiri sesuatu aktiviti acara kayuhan melibatkan banyak kelab, pastinya ada sudah merasai pengalaman ini, Namun begitu jangan mengharapkan pemberian pin@lencana dari individu atau kelab tertentu sahaja tanpa ada inisiatif/usaha dari diri sendiri…..renung-renungkan.

Contoh 3 : Lencana/Pin yang diperolehi hasil dari pertukaran di kalangan peserta acara

berbasikal tua dari komuniti basikal tua terbesar di Asia milik seorang sahabat.

Terima Kasih Sampai jumpa lagi…

P/S : Penulisan ini fokus kepada hobi basikal tua tanah air.

“LESTARIKAN NOSTALGIA WARISAN SILAM”

Advertisements

Koleksi Basikal Tua Hobi Baru Orang lama

Assalamualaikum dan salam sejahtera……

Kesempatan cuti tempoh hari saya sempat berkunjung ke rumah seorang rakan peminat hobi basikal tua yang baru sahaja meminati basikal ini. Abang Yatim adalah seorang yang dahulunya amat meminati Vespa telah beralih arah untuk bertukar hobi yang baru ini kerana hasutan dari rakan-rakan dan akhirnya telah terjebak dalam hobi ini secara serius. Di kesempatan berkunjung ke rumah keduanya sempatlah saya mengambil gambar sebahagian koleksi basikal tuanya.


Bersama sebahagian dari koleksi basikal tuanya…

Basikal Raleigh Kepunyaan Anaknya

Telah turut serta dalam K2N pertama di Melaka

Walaupun baru sahaja menceburkan diri dalam hobi ini namun begitu koleksinya tidak mengecewakan. Apa yang di katakan kepada saya. Apa sahaja yang di namakan hobi tentunya memerlukan perbelanjaan samaada sikit atau banyak itu terpulang kepada diri sendiri dan juga rezeki. Tetapi apa yang lebih penting persahabatan yang wujud dari hobi ini dapat di eratkan lagi dengan lebih banyak penganjuran aktiviti berbasikal tua….kerana disitu kita akan dapat berbual dan bertukar pendapat secara jelas memandangkan bagi orang-orang lama sepertinya manalah mahir dengan penggunaan  teknologi maklumat yang semakin canggih berbanding orang-orang muda sekarang yang menggunakan kemudahan teknologi ini terutamanya untuk berkomunikasi dan berbincang.