Archive for the ‘KMJ08’ Category

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2008

Salam Sejahtera

Sempena program lawatan Kembara Mahkota Johor 2008 baru-baru ini, D.Y.A.M Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj telah singgah ke Bandar Labis, Segamat, Johor untuk bertemu rakyat. Berbagai acara telah diatur sempena lawatan D.Y.A.M antaranya acara mengayuh basikal lambat. Untuk itu pihak penganjur telah menyediakan beberapa buah basikal untuk dinaiki oleh orang-orang kenamaan termasuk D.Y.A.M. Antara basikal-basikal tersebut 4 buah basikal adalah milik penulis blog. Berikut dilampirkan gambar-gambar sempena lawatan tersebut.

D.Y.A.M Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj yang berjiwa rakyat sedang mencuba salah sebuah basikal

Dato’ Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Pelancongan bergaya dengan basikal tua

Beberapa orang kenamaan serta wakil rakyat sedang beraksi dengan basikal tua

Bertuah sungguh basikal ini masuk ke bilik VVIP

Nostalgia Warisan Silam