Archive for the ‘Koleksi Hub buatan England’ Category

Koleksi hub basikal buatan England

Assalamualaikum w.b.t.

Salam Aidilfitri buat semua…Alhamdulillah kita telahpun sampai dipertengahan Syawal 1429H. Di sini kami paparkan sebahagian koleksi hub buatan England untuk tatapan para sahabat di NBT. Sebelum bulan Ramadhan lepas ada seorang kawan memberitahu bahawa harga hub-hub basikal England sudah pun mencecah sekitar rm250 – rm350 sepasang yang ingin dijual oleh seorang peniaga. Bagi yang bernasib baik harga dipasaran masih lagi boleh diperolehi sekitar rm50 – rm100 bergantung kepada jenis hub dan brandnya. Ada juga yang diperoleh secara PERCUMA kalau rajin menyelongkar kotak dan tong-tong buruk di kedai basikal lama. Saya pasti ramai di antara kita mempunyai cerita lucu, sedih dan menarik bagaimana memperolehi hub-hub masing-masing. Sudi-sudikanlah berkongsi dan memberi komen anda kepada kami di nostalgia.basikal.tua@gmail.com . Salam hormat dari kami di NBT.

Koleksi hub buatan England (Siri 1)

Koleksi hub buatan England (Siri 1)

NOS Hub Perry buatan England tahun 1924

NOS Hub Perry buatan England tahun 1924

Hub Phillips bersama dengan Wingnut Phillips

Hub Phillips bersama dengan Wingnut Phillips

Hub BSA depan dan belakang bersama dengan Wingnut BSA

Hub BSA depan dan belakang bersama dengan Wingnut BSA

Hub Sunbeam yang mulus (mint) yang kini jarang ditemui

Hub Sunbeam yang mulus (mint) yang kini jarang ditemui

Hub New Hudson

Hub New Hudson

Advertisements