Archive for the ‘Koleksi Mr.Kamal’ Category

Koleksi Mr.Kamal

Salam…

Koleksi basikal tua yang tersusun rapi dan dirawat dengan begitu sempurna ini semua kepunyaan rakan saya yang mengajar di utara tanah air.Minatnya untuk mengumpul gerek tua tercetus setelah terjumpa chegu hopper sedang membaiki gerek tua nya di salah sebuah kedai di pekan lama.Apa lagi..petang tu jugak terus melakukan pemburuan untuk mendapatkan gerek tua yang pertama.Hasilnya, gerek tua Mr.Kamal sudah banyak sekarang dan dilengkapi dengan aksesori yang lengkap.Beliau merupakan seorang yang seni dan mengumpul banyak barangan antik.Semoga terus sukses dan bahagia dengan gerek-gerek tua yang penuh dalam bilik darjahnya.

tersusun rapi dalam bengkel seni..

Raleigh Rajah dan Basikal Pos Malaysia

Posto! Posto!

Phillips yang lengkap dengan banner…( Lettered To Order )

Raleigh Lengkung 28″ dan Mr.Kamal sedang membelek lampu minyak di atas…

Lengkung Raleigh dan Hercules galang dua

Hercules galang dua..

Lucas Silverking

Pam Copper

Rudge Perempuan Kunci Fork

Hari-hari cikgu kayuh gerek..Gerek cikgu banyak…Mari kita main..

Last but not least….

Terima kasih diucapkan pada Mr.Kamal kerana memberi kerjasama yang padu.Semoga gerek tua di Sungai Petani terus subur dan kita tetap melestarikannya.

Agi idup agi ngelaban…

 

Advertisements