Archive for the ‘Loceng(Bell)’ Category

Koleksi Loncheng England & Katalog Eksport Globus (German) 1930an

Koleksi loncheng dan katalog 1930an

Koleksi loncheng dan katalog 1930an

Dihantar kepada Soon Leong & Company, Penang pada 24.2.1932

Dihantar kepada Soon Leong & Company, Penang pada 24.2.1932

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat rakan-rakan pencinta hobi basikal tua dan klasik  semua,

Penulisan kali ini menceritakan kesinambungan  koleksi loceng buatan England yang nama syarikat pengeluarnya jarang-jarang sekali kita dengar atau mungkin tidak pernah sama sekali diketahui umum bahawa pernah wujud syarikat-syarikat ini. Namun begitu ia tetap wujud yang menjadikan ia sebahagian koleksi yang amat menarik dan unik sekali untuk diburu. Begitu juga dengan aksesori basikal yang dikeluarkan dari negara German. Terdapat banyak aksesori basikal keluaran negara German yang kita tidak sedari pernah berada di Tanah Melayu suatu masa dahulu.

Walaupun dahulu kebanyakkan aksesori yang masuk tidak begitu mendapat sambutan kerana harga yang mahal, akan tetapi masih terdapat juga syarikat di Tanah Melayu sendiri yang berani menjadi pengedar barang-barang tersebut. Dengan adanya sedikit sumber dan bahan rujukan seperti ini diharap ia dapat dijadikan panduan bagi kita semua untuk menjejaki sejarah basikal tua dan perkembangannya di Tanah Melayu.

Export-Catalogue 31E for Globus-Bells and Cycle-accessories milik seorang sahabat NBT ini telah dihantar dari Hamburg, German pada 24 Februari 1932 kepada Soon Leong & Company di Penang dan syarikat tersebut telah menerimanya pada 17.3.1932 seperti mana yang tercatat di muka hadapan katalog. Katalog berillustrasi dengan cetakan berwarna ini mempunyai 28 muka surat dipenuh dengan illustrasi loceng dan aksesori basikal dari German untuk di pasarkan di Asia.

Menurut pemilik koleksi ini, katalog Globus dan  4 buah loceng buatan England  ini diperolehi daripada seorang cucu pengusaha kedai basikal yang mengusahakan perniagaan kedai basikal  pada penghujung tahun 20an yang sudah tidak menjalankan perniagaannya lagi. Koleksi ini diperolehi disebabkan pemilik asalnya ingin bertukar-tukar barangan antik yang lain dengan pencinta basikal tua ini. Bayangkan usia katalog dan loceng-loceng ini yang telah berusia 77 tahun masih lagi berada di dalam keadaan baik kerana disimpan rapi sehingga ke hari ini, menjadikannya dokumentasi dan antara barang berharga yang paling lama pernah ditemui di Tanah Melayu oleh pemiliknya.

“Lestarikan Nostalgia Warisan Silam”

LOCENG

Salam………Semua rakan-rakan ku yang setia mengunjungi blog ini. Disini aku ingin berkongsi tentang sedikit koleksi lonceng (bell) yang aku perolehi tidak berapa lama dulu. Mungkin tidak begitu lama tetapi cukup untuk menggembirakan diri ku kerana sudah lama mencari akhirnya ketemu jua. Ini adalah sebahagian dari loceng aku sudah kumpulkan.

Nostalgia Warisan Silam

bell-1.jpg

Sebahagian dari koleksiku

gambar-030.jpg

Lucas ‘Made in England’

gambar-032.jpg

Twin Dome ‘Made In England’

sanim-la-001.jpg

Bee Brand “Made in China”

lonceng.jpg

Germany Brand

Ada beberapa lagi yang aku tak sempat nak ambil gambarnya…. lain kali ya.