Archive for the ‘Pembuka Kata’ Category

Salam Ukhwah Dan Salam Persahabatan

NOSTALGIA TERDAHULU 

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Buat semua pemilik dan peminat samaada (basikal/gerek) klasik, moden atau unik tidak kira di dalam atau di luar Malaysia bolehlah kita  sama-sama melestarikan nostalgia silam di sini.

Diruangan ini dapat kita sama-sama melestarikan peninggalan generasi terdahulu dengan bertukar-tukar pendapat atau idea mengenai pengangkutan tersebut.

Semoga ruangan ini menjadi sumber rujukan mengenai warisan terdahulu yang mungkin agak sukar untuk memiliki atau memperolehi pengangkutan yang suatu ketika dahulu amat mahal dan tidak termampu dimiliki oleh orang kebanyakkan.

Disinilah tempatnya bagi mereka yang mempunyai nostalgia atau kenangan manis yang tidak dapat dilupakan sewaktu menunggang basikal/gerek untuk menceritakan kisah silam mereka itu.

Semoga ruangan ini dapat menjalinkan semangat perpaduan dan silaturahim bukan hanya untuk pencinta koleksi basikal/gerek ini malah untuk semua yang ingin memberi  idea atau sumbangan yang boleh membawa ke arah kesejahteraan semua.

Terima Kasih

anjang379@yahoo.com

Nostalgia Warisan Silam

Advertisements