Archive for the ‘Posmen’ Category

Basikal Jabatan Pos Malaysia

Assalamuaikum dan salam sejahtera,

Buat semua rakan-rakan yang mencintai hobi basikal tua/klasik. Sudah lama saya tidak masukkan cerita baru tentang basikal tua diblog ini. Kelmarin seorang rakan saya menghantar email kepada saya tentang basikal penghantar surat (posmen)  yang di perolehi daripada bakal bapa mertua adiknya. Ditanya kepada saya tentang basikal ini dan berapakah usia basikal ini?. Namun saya tidak mampu menjawab. Tentu ramai yang ada memiliki basikal posmen ini yang sekarang tidak banyak lagi diguna pakai. Walaupun terdapat penghantar surat yang menggunakan basikal seperti di sekitar Kuala Lumpur namun basikal yang digunakan adalah agak moden. Tidak seperti basikal yang digunakan pada suatu ketika dahulu. Namun pada yang punya alhamdulillah kerana memiliki basikal ini. Namun bagi yang belum punya mungkin boleh memilikinya andai sudah ketentuan dan ketetapan untuk anda  memilikinya.

new hudson posmen

Basikal Posmen Jenama New Hudson

posmen hercules

Basikal Posmen Jenama Hercules

Basikal posmen adalah basikal yang juga dicari-cari oleh segelintir peminat basikal. Namun agak sukar juga untuk mendapatkannya atau memilikinya. Itu semua bergantung pada usaha, jodoh, doa dan ikhtiar mereka untuk memilikinya. Disini saya muatkan nombor email dan telefon kepada sesiapa yang ingin bertanya lebih lanjut mengenai basikal posmen ini atau bertukar-tukar pendapat dengan tuan empunya basikal yang unik ini. Andai kata ada rezeki mana tahu boleh bertukar tangan atau hak milik pulak.  Saudara Elyas – 0175353713 atau elyasa@petronas.com.my

” Lestarikan Nostalgia Warisan Silam”