Archive for the ‘ROYAL SUNBEAM’ Category

Royal Sunbeam (1938-1950)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Buat tatapan sahabat-sahabat pencinta gerek/basikal/ontel lama seringkali kita dapat bertukar idea dan pendapat di ruangan ini. Berikut saya lampirkan sebuah daripada koleksi basikal  yang saya miliki. Sebuah basikal berjenama Royal Sunbeam. Basikal ini adalah antara koleksi yang amat saya sayangi kerana mempunyai nilainya tersendiri. Walaupun tidak sebagus ori namun cukup membahagiakan diri saya. Berikut dilampirkan foto “Royal Sunbeam” milik saya. Kondisi basikal ini masih dalam keadaan asal dan hanya dibersihkan serta tidak dicat semula. Mempunyai surat/geran jual beli. Katanya pemilik asal basikal ini dibeli  pada tahun lewat tahun 40an secara ansuran bulanan dan pada awal tahun 50an baru ia mendapat gerannya. Mungkin kerana sudah berpindah tangan terdapat aksesori telah digantikan antaranya sistem brake yang telah digantikan dengan sistem gear dan brake sturmey archer serta rim tayar yang digantikan dengan rim buatan raleigh. Yang lain masih dalam keadaan asal. Semuanya masih asli milik basikal ini. Yang unik pada basikal ini adalah peti rantainya/katengkas yang menggunakan sistem “oil bath”. Menjadikan basikal ini mempunyai identitinya yang tersendiri.

royal-sunbeam.jpg

sunbeambadge2.gif Logo Sunbeam basikal-016.jpg Peti Rantai(oil bath)

basikal-004.jpg Handle bar/setang basikal-023.jpg Pandangan Sisi

basikal-022.jpg Pandangan Belakang

NOSTALGIA WARISAN SILAM

Advertisements