Archive for the ‘Ucapan’ Category

SALAM AIDILFIRI 1431 HIJRAH

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera…..

Dikesempatan Bulan Baik Dan Hari Baik Ini Saya Ingin Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf  Zahir Dan Batin Kepada Semua Rakan-Rakan Yang Mengenali Dan Membaca Blog Ini. Moga Amalan  Yang Baik Di Bulan Ramadhan Dapat Diteruskan Pada Bulan-Bulan Seterusnya. Walaupun Kemeriahan Raya Terus Disambut Basikal Tua Dilupa Jangan. Hehehe. Lestarikan Nostlagia Warisan Silam.


Salam Ramadhan 1431H

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Dalam kita lalui bulan-bulan sebelum ini kita tentu terlalu sibuk sehinggakan kadangkali kita terlupa yang bulan Ramadhan telah menjelma lagi. Marilah kita sama-sama mengambil peluang didalam bulan yang penuh barakah ini untuk mempertingkatkan dan memperbanyakkan amal ibadah kita. Semoga kehadiran bulan ini menjadi langkah pertama untuk kita sama-sama membukakan hati  agar menjadi khalifah  yang sempurna. Walaupun tidak dikalangan masyarakat namun ia tetap diterima Allah yang maha mengetahui segalanya. Sebelum itu sama-samalah kita bermaafan agar hati dan jiwa kita tenang dalam melaksanakan ibadah kepada Allah. Saya meminta maaf sekiranya terdapat keterlanjuran dalam menulis atau memaparkan apa jua perkara didalam blog ini. Setiap manusia itu ada kekurangan dan kekurangan itu pasti dapat diatasi sekiranya antara kita sama-sama berkongsi ilmu dan amalan tegur menegur yang baik itu adalah sangat dituntut. Ingatlah Seekor Harimau belum tentu dapat menumbangkan  seekor dari segerombolan seladang. Ukhwah itu berkat dalam kehidupan bermasyarakat. Salam Ramadhan 1431Hijrah.

“Lestarikan Nostalgia Warisan Silam”