Lencana, Pin dan Kenangan Acara Basikal Tua.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua teman-teman,

Setelah lama saya menyepi kerana menyibukkan diri dengan tugasan-tugasan yang rasmi atau tidak, hari ini saya terpaut untuk menulis coretan tentang Lencana dan Pin. Setelah hampir 6 tahun saya melibatkan diri dalam hobi ini banyak aktiviti berbasikal melibatkan basikal tua telah saya ikuti dan lalui. Berbagai perkara pahit manis telah saya tempuh untuk mencapai kepuasan dalam hobi ini. Dahulunya saya merasakan bahawa hobi ini hanyalah sebagai koleksi semata-mata, namun sebenarnya saya silap. Ini kerana memiliki sesuatu koleksi terbaik itu memang bagus, namun begitu lebih bagus kalau kita bersama-sama dengan pecinta hobi ini membuat sesuatu aktiviti yang lebih bermanafaat seperti acara kayuhan NOBAT 2012 baru-baru ini. Ianya bukan sahaja dapat mengumpul pelbagai lapisan masyarakat tetapi juga melalui acara sebegini kita dapat melihat berbagai macam jenis basikal tua, ragam manusia dan budaya yang unik. Namun begitu setelah selesai sesuatu acara itu tanda kenangan yang di bawa pulang hanyalah pengalaman dan gambar sesuatu acara berlangsung. Disebabkan itu ada sesetengah individu dan kelab membuat pertukaran lencana atau pin sebagai kenang-kenangan diantara sesuatu sama lain.

Pengalaman saya selama bermain hobi basikal tua ini mendapati koleksi lencana atau pin tanda kenang-kenangan sesuatu acara berbasikal tua ini sangatlah unik sekali. Misal contoh di negara jiran kita, Indonesia telah lama mempraktikkan amalan ini sewaktu acara berbasikal tua di adakan. Dan pernah saya jumpa seorang peminat tegar basikal tua dari sana sewaktu acara Kayuhan 2 Negara (K2N) di Bandung tidak lama dahulu menyimpan dan memakai pin tanda kenangan di bajunya melebihi 200 koleksi lencana acara tidak termasuk lencana kelab-kelab.

Contoh: Lencana/Pin Acara.

Contoh 2: Lencana/Plat acara Malaysia Books of Record

Kenapa Lencana @ Pin?

Banyak sebenarnya benda yang boleh dijadikan kenangan/cenderamata selain lencana atau pin, tetapi lencana atau pin lebih mudah di bawa dan murah sebenarnya jika dibandingkan dengan cenderamata yang lain. Namun begitu perlu diingat bahawa lencana atau pin acara akan melambung harganya satu ketika nanti apabila ia menjadi barang koleksi yang di cari-cari seperti mana harga barang antik. Kalau anda tidak percaya tunggu dan lihat…Pada pandangan saya amalan bertukar-tukar pin ini amatlah bagus sekali jika kita praktikkan pada acara yang mendatang….Yang pernah menghadiri sesuatu aktiviti acara kayuhan melibatkan banyak kelab, pastinya ada sudah merasai pengalaman ini, Namun begitu jangan mengharapkan pemberian pin@lencana dari individu atau kelab tertentu sahaja tanpa ada inisiatif/usaha dari diri sendiri…..renung-renungkan.

Contoh 3 : Lencana/Pin yang diperolehi hasil dari pertukaran di kalangan peserta acara

berbasikal tua dari komuniti basikal tua terbesar di Asia milik seorang sahabat.

Terima Kasih Sampai jumpa lagi…

P/S : Penulisan ini fokus kepada hobi basikal tua tanah air.

“LESTARIKAN NOSTALGIA WARISAN SILAM”

3 responses to this post.

  1. Entri yang sangat menarik untuk dikongsikan bersama. Terima kasih diatas info yang amat berharga lagi bermakna. Saya pun baru memulakan hobi berbasikal tua ini dan banyak perkara perlu diketahui untuk mleuaskan lagi pengalaman dalam hobi ini.

    Reply

  2. Salam….
    Memang benar apa yang saudara sanim tulis di blog NBT,tidak di nafikan pin adalah lambang persahabatan antara peminat atau kelab basikal tua di nusantara.Hasil kunjungan saya di Cirebon yang lalu dan hasilnya itu yang dapat dari sahabat onthel di sana.

    Reply

  3. Teringin serta teruja saya untuk memiliki pin lencara Nobat dan MBR. Somaga ada sahabat2 di luar sana yang ada koleksi lebih untuk dikongsi atau bertukar-tukar seperti sistem barter dengan saya. Apa2 pun teruskan dengan aktiviti beriyadah berbasikal tua.

    Reply

Leave a comment