Lencana, Pin dan Kenangan Acara Basikal Tua.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua teman-teman,

Setelah lama saya menyepi kerana menyibukkan diri dengan tugasan-tugasan yang rasmi atau tidak, hari ini saya terpaut untuk menulis coretan tentang Lencana dan Pin. Setelah hampir 6 tahun saya melibatkan diri dalam hobi ini banyak aktiviti berbasikal melibatkan basikal tua telah saya ikuti dan lalui. Berbagai perkara pahit manis telah saya tempuh untuk mencapai kepuasan dalam hobi ini. Dahulunya saya merasakan bahawa hobi ini hanyalah sebagai koleksi semata-mata, namun sebenarnya saya silap. Ini kerana memiliki sesuatu koleksi terbaik itu memang bagus, namun begitu lebih bagus kalau kita bersama-sama dengan pecinta hobi ini membuat sesuatu aktiviti yang lebih bermanafaat seperti acara kayuhan NOBAT 2012 baru-baru ini. Ianya bukan sahaja dapat mengumpul pelbagai lapisan masyarakat tetapi juga melalui acara sebegini kita dapat melihat berbagai macam jenis basikal tua, ragam manusia dan budaya yang unik. Namun begitu setelah selesai sesuatu acara itu tanda kenangan yang di bawa pulang hanyalah pengalaman dan gambar sesuatu acara berlangsung. Disebabkan itu ada sesetengah individu dan kelab membuat pertukaran lencana atau pin sebagai kenang-kenangan diantara sesuatu sama lain.

Pengalaman saya selama bermain hobi basikal tua ini mendapati koleksi lencana atau pin tanda kenang-kenangan sesuatu acara berbasikal tua ini sangatlah unik sekali. Misal contoh di negara jiran kita, Indonesia telah lama mempraktikkan amalan ini sewaktu acara berbasikal tua di adakan. Dan pernah saya jumpa seorang peminat tegar basikal tua dari sana sewaktu acara Kayuhan 2 Negara (K2N) di Bandung tidak lama dahulu menyimpan dan memakai pin tanda kenangan di bajunya melebihi 200 koleksi lencana acara tidak termasuk lencana kelab-kelab.

Contoh: Lencana/Pin Acara.

Contoh 2: Lencana/Plat acara Malaysia Books of Record

Kenapa Lencana @ Pin?

Banyak sebenarnya benda yang boleh dijadikan kenangan/cenderamata selain lencana atau pin, tetapi lencana atau pin lebih mudah di bawa dan murah sebenarnya jika dibandingkan dengan cenderamata yang lain. Namun begitu perlu diingat bahawa lencana atau pin acara akan melambung harganya satu ketika nanti apabila ia menjadi barang koleksi yang di cari-cari seperti mana harga barang antik. Kalau anda tidak percaya tunggu dan lihat…Pada pandangan saya amalan bertukar-tukar pin ini amatlah bagus sekali jika kita praktikkan pada acara yang mendatang….Yang pernah menghadiri sesuatu aktiviti acara kayuhan melibatkan banyak kelab, pastinya ada sudah merasai pengalaman ini, Namun begitu jangan mengharapkan pemberian pin@lencana dari individu atau kelab tertentu sahaja tanpa ada inisiatif/usaha dari diri sendiri…..renung-renungkan.

Contoh 3 : Lencana/Pin yang diperolehi hasil dari pertukaran di kalangan peserta acara

berbasikal tua dari komuniti basikal tua terbesar di Asia milik seorang sahabat.

Terima Kasih Sampai jumpa lagi…

P/S : Penulisan ini fokus kepada hobi basikal tua tanah air.

“LESTARIKAN NOSTALGIA WARISAN SILAM”

KARNIVAL NOSTALGIA BASIKAL TUA (NOBAT) 2012 ,MELAKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untung julung-julung kalinya satu acara kayuhan bagi mengimbau “Nostalgia Basikal Tua”  akan di adakan tidak lama  lagi seperti yang di war-warkan atau di dengar sebelum ini. Tidak ketinggalan untuk blog ini  mempromosikan acara ini yang di singkatkan kepada NOBAT 2012 sempena ulangtahun kewujudan negeri Melaka ke 750 tahun. Tema bagi acara ini ialah “Melestarikan Nostalgia Warisan Silam” bersesuaian dengan semangat pejuang dan pecinta basikal tua untuk terus menghidupkan hobi basikal tua ini amnya seterusnya memelihara warisan sejarah yang sedia ada khususnya yang terdapat didalam negara Malaysia yang tercinta ini. Di kesempatan ini saya menjemput dan memanjangkan jemputan bagi mewakili Kelab Basikal Tua Batu Berendam, Melaka (KBTBB)  untuk mengundang sesiapa sahaja untuk menyertai dan memberi sokongan bagi menjayakan acara NOBAT 2012 ini terutama kepada “Pejuang dan Pecinta Basikal Tua Malaysia”. Tanpa anda semua sudah pasti acara ini tidak akan berjalan seperti yang di rancang.

Iklan dan Poster Acara adalah seperti berikut;

Samalah-samalah kita meramaikan acara/event terbesar pada tahun ini yang di adakan khusus buat semua yang inginkan   pejuang dan pecinta hobi basikal tua di Malaysia ini di satukan dalam satu acara bertujuan lain atau tidak untuk merapatkan dan berkongsi pengalaman serta ilmu seterusnya merapatkan lagi tali persaudaraan sesama kita. Perlu diingat sejarah tidak akan tercipta dengan sendirinya oleh itu sama-samalah kita mencipta sejarah agar kenangan manis ini akan dingat sampai bila-bila. Mudah-mudahan acara NOBAT 2012 ini akan berjalan dan terlaksana seperti yang dirancang InsyaAllah.

“Lestarikan Nostalgia Warisan Silam”

Pam Basikal Koleksi Baharu Ku

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Blog ni terasa sunyi seketika kerana aku rasa terlalu malas untuk menulis atau mengarang cerita memandangkan dunia basikal tua ini terasa sunyi seketika tanpa ada agenda atau acara yang membolehkan peminat basikal tua ini bersatu untuk bertukar pendapat atau bersuka ria dengan basikal yang tersayang. Rata-rata menyepikan diri dengan sibuk dengan urusan kerja dan tak kurang juga sibuk dengan mencari serta mengumpul koleksi terbaru masing-masing. Peluang masa cuti sekolah tempoh hari aku tidak sia-sia masa yang ada untuk mencari dan menambah koleksi yang sememangnya tidak begitu banyak memandangkan aku masih baru dalam dunia basikal tua ini. Sasaran aku adalah untuk mengumpul koleksi pam yang aku lihat sebagai aksesori yang menarik jika di padankan dengan basikal yang sesuai. Tapi ada juga orang kata “peduli apa sesuai tak sesuai” yang penting cantik pada pandangan mata sendiri dan kegunaannya tetap sama untuk pam basikal. Jadi misi aku untuk menambah koleksi pam aku hanya mencapai sasaran yang pada aku tidak seberapa jika di bandingkan dengan orang-orang yang dah lama berkecimpung dalam hobi ini. Tapi cukup memberi kepuasan pada aku kerana beberapa “lubuk sisa” yang telah lama ditinggalkan oleh orang-orang terdahulu masih bisa menghasilkan sesuatu yang aku sendiri tidak percaya. Kalau dah lama rezeki tak kemana. Betul tak?  Jadi kalau cerita banyak pun tak guna layan ajerlah gambar beberapa tambahan dalam koleksi pam aku.

Pam-pam yang dilonggokan dalam bekas rahsia.

Jenama yang biasa didengar

blumeals, apex inflator, celuloid coventry

Buatan England yang masih berkilau walaupun semasa

dapat seperti hampir dikecewakan

Pam Tembaga/Kuningan yang dipadankan dengan

klip pum Terry’s kelihatan sesuai sangat kan?

Tambah asyik bila misi berjaya di capai di serikan lagi

dengan hasil yang tak disangka iaitu baju original polis tahun 60 an.

Inilah sedikit sebanyak hasil yang aku telah capai sepanjang misi aku untuk menambah koleksi yang sedia ada. Bukan untuk menunjuk tetapi sekadar berkongsi untuk dijadikan panduan atau sasaran kepada mereka yang masih baru seperti aku.

P/S : Buat sahabat aku yang yang budiman, jangan ingat awak seorang ajer ada baju polis. Saya pun ada. Nanti aku tunjukkan set lengkapnya yer. hehehehe.

“Semangat Lestarikan Nostlagia Warisan silam”