Archive for April, 2010

UNDANGAN ACARA KAYUHAN 2 NEGARA

Assalamualaikum, Salam Perpaduan, Salam Sejahtera dan Salam Basikal Tua.

Semoga semua pemilik dan peminat basikal tua sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dibawah Rahmat Allah S.W.T.

Nostalgia Basikal Tua telah dijemput untuk turut serta bagi Acara Kayuhan 2 Negara (Malaysia & Indonesia). Justeru itu adalah wajarnya saya memanjangkan jemputan ini buat semua rakan-rakan yang ingin turut serta dan merasai kenikmatan melakukan kayuhan basikal tua secara beramai-ramai dan memeriahkan program ini agar ianya dapat berjalan dengan lancar.

Sesuai dengan tagline yang di gunakan iaitu “Membakar Semangat Baru-Mempererat Ikatan Serumpun” acara ini sebenarnya adalah untuk mengukuhkan lagi ikatan persahabatan antara dua negara Malaysia dan Indonesia melalui jalinan hobi yang sama iaitu Meminati dan Mencintai Hobi Basikal/Sepeda Tua. Sehubungan dengan itu melalui acara yang diadakan ini secara tidak langsung kita dapat mengetengahkan  perkongsian budaya, adat resam dan yang paling penting dapat menunjukkan kepada semua yang hadir aset pelancongan di negara kita ini apatah lagi acara ini akan diadakan di negeri Melaka yang terkenal dengan aset pelancongan yang menarik dan cerita-cerita sejarahnya yang tersendiri lebih-lebih lagi ianya telah diktiraf sebagai ” Tapak Warisan Dunia”.

Oleh yang demikian kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti acara ini bolehlah membuat pautan di http://basikal-melaka.blogspot.com/

ACARA KAYUHAN 2 NEGARA

Melalui  Kerjasama

Pemilik Basikal Tua Chaah- Labis (PECHAL) juga akan turut serta dan memeriahkan acara ini melalui jemputan yang telah diwar-warkan sebelum ini. Semoga acara ini akan dapat berjalan dan terlaksana dengan lancar seperti yang telah dirancang. InsyaAllah.



“LESTARIKAN NOSTALGIA WARISAN SILAM”