Archive for August, 2008

Tayar/Ban Dunlop & Continental

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Buat teman-teman yang dihormati. Hari ini saya ingin berkongsi ilmu tentang jenis-jenis tayar/ban basikal buatan england/germany/holland yang suatu masa dahulu banyak di jual di Malaysia/Indonesia. Tayar-tayar ini sangat berkualiti dan tahan lasak jika dibandingkan dengan buatan sekarang yang kurang berkualiti buatannya bagi jenis basikal tua yang saiznya 26 atau 28. Jenis-jenis tayar yang banyak di jual ketika itu seperti jenama Dunlop, Continental, Michelin, Pirelli dan sebagainya.

Disini saya lampirkan 2 jenis tayar dunlop dan continental yang masih baru dalam simpanan para kolektor. Moga menjadi panduan bagi mereka yang sedang mencari tayar/ban yang dinyatakan.

Dunlop Champion 26″

Made In Great Britain

Simbol D

Logo J.B Dunlop

Dunlop Roadster Gold Seal 28″

Continental Made In Germany 28″

Extra Heavy Transport

Logo Kuda “Horse”

Kepada sesiapa yang benar-benar berminat untuk memilikinnya boleh hubungi Cikgu Hairi (Chegu Hooper) 019-4659535 (utara) atau Sanim 012-3161430 (zon tengah & selatan). Stok adalah terhad.

Semoga kita berkongsi apa yang kita ada kepada yang berminat.

Nostalgia Warisan Silam

Geng Batu Berendam

Salam…

Ditampilkan foto-foto gerek tua Geng Batu Berendam,Melaka.Semoga kita bisa memperluaskan silaturrahim di antara kita dengan adanya perkongsian foto-foto ini.Terima kasih di atas kiriman foto-fotonya En.Ramlie Abu.Semoga berjaya dengan kumpulan gerek tua di sana.

Geng Batu Berendam punya gerek tua

Raleigh dan New Hudson 1950an

BSA Bro.Ijan tahun 1939 punya logo kot kalu tak silap…

BSA Sports Batu Berendam

Merelip basikalnya

Nostalgia Basikal Tua.Dulu, Kini dan selamanya…

Salam gerekers….

 

Koleksi Mr.Kamal

Salam…

Koleksi basikal tua yang tersusun rapi dan dirawat dengan begitu sempurna ini semua kepunyaan rakan saya yang mengajar di utara tanah air.Minatnya untuk mengumpul gerek tua tercetus setelah terjumpa chegu hopper sedang membaiki gerek tua nya di salah sebuah kedai di pekan lama.Apa lagi..petang tu jugak terus melakukan pemburuan untuk mendapatkan gerek tua yang pertama.Hasilnya, gerek tua Mr.Kamal sudah banyak sekarang dan dilengkapi dengan aksesori yang lengkap.Beliau merupakan seorang yang seni dan mengumpul banyak barangan antik.Semoga terus sukses dan bahagia dengan gerek-gerek tua yang penuh dalam bilik darjahnya.

tersusun rapi dalam bengkel seni..

Raleigh Rajah dan Basikal Pos Malaysia

Posto! Posto!

Phillips yang lengkap dengan banner…( Lettered To Order )

Raleigh Lengkung 28″ dan Mr.Kamal sedang membelek lampu minyak di atas…

Lengkung Raleigh dan Hercules galang dua

Hercules galang dua..

Lucas Silverking

Pam Copper

Rudge Perempuan Kunci Fork

Hari-hari cikgu kayuh gerek..Gerek cikgu banyak…Mari kita main..

Last but not least….

Terima kasih diucapkan pada Mr.Kamal kerana memberi kerjasama yang padu.Semoga gerek tua di Sungai Petani terus subur dan kita tetap melestarikannya.

Agi idup agi ngelaban…