Hadiah Pernikahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada tanggal 5 hb dan 12hb Disember 2009, telah berlangsung majlis perkahwinan  saya dengan pasangan di Melaka dan Johor. Terima kasih kepada semua yang telah sudi hadir ke majlis perkahwinan saya. Bagi yang tidak dapat  hadir tidak mengapa kerana saya faham semasa cuti persekolahan  terlalu banyak undangan menghadiri majlis perkhawinan. Apa pun saya berharap agar semua dapat mendoakan kebahagian saya melayari alam rumah tangga agar kekal hingga ke akhir hayat.

Apa yang ingin saya ceritakan disini adalah apa yang dihajati selama ini untuk memiliki sebuah basikal ukuran 24″  telah termakbul. Inilah hadiah pernikahan yang bermakna pada diri saya walaupun bukan hadiah yang diperolehi  secara percuma. Basikal ini dibeli dengan harga yang sedikit lumayan daripada saudara jauh saya. Apa pun ucapan terima kasih saya kepada PECHAL (Pemilik Basikal Klasik  Chaah-Labis) kerana bersama-sama untuk memartabatkan hobi basikal tua ini terutamanya Abang Hamdan, Wak Tumirin dan Abang Yatim. Tanpa kalian semua mungkin kita main basikal sendiri-sendiri aje kan. Hehehe. Berbalik pada basikal yang di beli tadi inilah rupa bentuknya.

BSA MK 1Gambar Yang Jelas

BSA MK 1 Betul Ker?

Dari Depan

Bahagian Depan

Bahagian Tengah

Bahagian Bawah

Bahagian Atas

Bahagian Belakang

No Siri  MK   V.

Bahagian sisi

Kabur Gambarnya

Dari Depan dan Sisi

Secara keseluruhannya basikal ini hanya 65% yang original selebihnya telah ditukar kerana di mamah masa dan usia. Basikal ini memerlukan sedikit penambahan bagi menjadikan ia cukup sempurna seperti yang asal. Mungkin ramai yang boleh beri pendapat tentang basikal ini.  Apa pun inilah basikal ukuran tinggi 24″ yang pertama saya miliki.

Lestarikan Nostalgia Warisan Silam

10 responses to this post.

  1. Posted by laexs on January 11, 2010 at 11:16 pm

    Tahniah bro..basikal yang cantek dan rare.

    Reply

  2. Assalammualaikum .
    Tahniah Sanim. Tahniah yang pertama kerana mendapat pasangan hidup, semuga berkekalan sepanjang hayat. Dan tahniah yang kedua kerana memperolehi “Bini No 2” dalam masa yang sama. BSA tu bro.
    Perlu disimpan untuk anak yang bakal mendatang tu. Dah ada ulat ke !…

    Reply

  3. Posted by Admin NBT on January 14, 2010 at 6:38 am

    Salam,

    Alexs : Tq. Penat aku mencari basikal ukuran ini bro akhirnya ketemu jua. Usaha tangga kejayaan.

    Mofti KSTJB : Terima kasih abang mofti. Syukur dapat basikal ini. terima kasih kepada pemilik asal yang juga masih saudara jauh kerana sudi nak jual basikal ni. Mudah2an ia dapat diwarisi oleh anak-anak saya insyaAllah.

    Reply

  4. salam,salam perknlan sy arif dr klang…rupe nye blog ni mlik en.sanim ye…slamat pengantin bru en sanim@king of the road:)

    Reply

  5. Posted by Admin NBT on January 17, 2010 at 1:03 am

    Salam perkenalan juga buat Saudara Arif, Blog ini telah lama di wujudkan bagi perkongsian pendapat dan maklumat tentang hobi ini. Sama-sama kita menikmati hobi yang unik dan santai ini. Tq kerana melayari blog saya ni.

    Reply

  6. barang antik,

    salamm,

    Reply

  7. Posted by fahmi@momie on February 6, 2010 at 6:02 am

    tak pernah nampak saiz 24,,
    bsa lak tu……kagum sungguh

    Reply

  8. Salam…bukan setakat ukuran 24…26 dan 28 pun ada Fahmi…kalau di cari dan berusaha pasti bakal menjadi koleksi yang mencintai basikal tua yang benar-benar tua 🙂

    Reply

  9. Posted by EXVAN POM-MALANG,INDONESIA on May 15, 2010 at 6:51 am

    Selamat menikah saudaraku dan selamat mendapat sepeda onthel yang bagus.Salam dari kota dingin Malang, Indonesia.

    Reply

  10. Posted by www.sadiasada.wordpress.com on June 10, 2010 at 11:49 am

    semoga terus bisa berlanjut…
    salam kenal dari Indonesia,
    facebook: sadia.sada@yahoo.com
    blog: http://www.sadiasada.wordpress.com
    silahkan berkunjung..

    Reply

Leave a comment