Royal Enfield…

Salam rakan2 semua….

Tanggal 28 April 2008, aku telah mengaturkan sesi fotografi dengan pemilik gerek tua lengkung ini…”pukul 6 petang di pot biasa na..Warong kuey teow Deris” sms pemiliknya..Kalu rakan-rakan nak tau, warong ini merupakan pot wajib bagi ahli2 Persatuan Basikal Klasik Changkat Jering..di sini boleh dilihat byk gerek tua ptg2..ok lah,brand gerek ni  cukup rare kerna aku rasa dah semakin payah brand ni nak ditemui di kampung2 n kedai2 besi buruk…hehehhe…Cap Royal Enfield..made in England..tahun 1943 kalu tak silap..TQ kpd pemiliknya kerna memberi kerjasama yang padu kepada ku.Katanya gerek ini dibeli drpd collector juga dan boleh tahan mahalnya..Syabas! yang pasti berbaloi.. Tq Cikgu…Semoga terus sukses Persatuan Basikal Klasik Changkat Jering..

Beli Gerek dapat free gift Jeap Merah YB….

Handle cap orang tua,bell lucas,lampu Borch

“Yang ni paling berharga nie…mana nak pi cari woi….3 biji meriam tu”

Pelana made in Germany dan kunci tekan GB

Tail Light Raleigh

Hopmi?? dinamo Borch n reflector copper..besi menjadi copper..

The Gunners…dum…dam….dum…ada ka bom?

Rim Dunlop depan n Blakang…

TQ pada smer ahli2 Persatuan Basikal Klasik Changkat Jering..

Salam dari utara…chegu wuz ere…

 

28 responses to this post.

  1. Salam semua..

    Pada 2-4 May 2008 akan diadakan Festival Motosikal Klasik British di Syuen Hotel,Ipoh,Perak…untuk makluman lanjut sila layari http://www.motorklasik.com.

    Reply

  2. Posted by Bambang Prayogo on May 2, 2008 at 2:44 am

    Indah Nian basikal clasicnya,salam kenal buat pak cik,saya dari negeri tetangga nama saya bambang,kebetulan saya baru saja juga mendapat 1 gerek tua merk royal.namun tak secakap royal pak cik,boleh kasih warta buat warga di Jakarta biar kita jauh tapi tetap bisa saling comunikasi.salam buat semua pecinta basikal tua dinegeri ini.

    Reply

  3. Saudara Sanim,

    Boleh tak bagi info Persatuan Basikal Klasik Changkat Jering, masih aktif ke? .

    Reply

  4. Posted by chegu hopper on May 2, 2008 at 12:51 pm

    Salam….
    To Bro Gerek:
    Biar saya bagi sedikit info ya…Persatuan Changkat Jering memang sentiasa aktif dan selalu ada kayuhan, ptg2 bley jumpa depa kat warong Kuey teow Deris, kat area Kg. Banggol Pasir..Gerek ni Presiden dia yang punyer lah kalu nak tau…

    To Mas Bambang,

    Terima kasih kerana memberi komen yang membina dan saya serta rakan2 di sini tidak keberatan untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan agar kita sentiasa fresh n keep in touch..

    Reply

  5. Posted by chegu hopper on May 2, 2008 at 1:02 pm

    Mintak maap jika saya tolong jawab kan bagi pihak Sanim ya Bro Gerek…Maap..tq

    Reply

  6. Salam, chegu hopper,

    Terima kasih, atas info itu. Jika saya ke utara nanti, saya akan singgah cari.

    Reply

  7. Salam, chegu hopper.

    Tak dirancang saya bersua muka dengan saudara Sanim hari ini bersama-sama saudara Ikhwan dan isterinya. Pergi stor VSK Salim di Kg Bkt Kuching, Jeram tengok basikal sesekali jengok koleksi vespa.
    Tapi sayangnya tak sempat ajak mereka bertiga ke rumah dan minum teh, kerana masing-masing ada hal lain. Mungkin lain kali.

    Saudara Sanim dan Ikhwan jangan serik datang lagi ke sini. Saudara Hairi pun ada hubungi saya semalam.

    Jumpa lagi.

    Reply

  8. Posted by chegu hopper on May 3, 2008 at 1:18 pm

    Salam Bro Gerek…

    Wah…akhirnya saya dapat juga bersembang dengan cikgu via telefon semalam…maap kerna saya ambil nombor nya dalam blog cikgu…
    Depa tak serik aih …..merata depa pi tu…..silap2 indon pi hari2 pon bley kalu mampu…hahaha…aku nk ikut woit….
    tq

    Reply

  9. Posted by ikhwan on May 4, 2008 at 11:03 am

    Chegu…
    Hang jangan kecik hati naa…sebab Bro Gerek dah kasi taruk h/p aku kena chargasss gie sana…takut nanti melepasss bro. Aku pun terus call Sanim tengahari semalam aku ambik dia dan terus pecut gi Bkt. Kuching. Nasib baik dah call Bro Gerek dulu untuk tunjuk jalan. Pukul 4.00 ptg baru sampai sana bro….kat 1jam setengah baru Bro Salim balik. Kat sana dia jual banyak barang vespa dan jual vespa.

    Bro. Salim tunjuk koleksi Raleigh dia…yang aku confius tu masa aku call Bro. Salim tu dia kata nak jual…bila aku dah sampai sana tiba-tiba dia kata “sayang nak jual”…confius-confius. Disebabkan aku kena rush balik rumah sebab ada kenduri…aku pun blahhh je lah…dia janji nak carikan…tengoklah nanti camner 😦

    To Bro Gerek,
    Terima kasih banyak-banyak sebab sanggup meluangkan masa melayan kami dan tunjukkan jalan…kalau cari sendiri malam pun belum tentu jumpa Bkt Kucing…kucing mungkin banyak kami jumpa..heheehee…maklumlah kami budak baru belajar tak banyak ilmu dan pengalaman pasal basikal.

    Insyaallah..kalau ada kelapangan… kalau saya memburu di daerah Kuala Selangor saya akan singgah berjumpa Bro Gerek di sana. Ohh yaaa…Bro Sanim kirim salam…dia kata Bro. gerek peramah dan tak sombong serta ucap terima kasih di atas budi baik bro sewaktu di sana.

    Love with peace!

    Reply

  10. Posted by chegu hopper on May 4, 2008 at 11:33 am

    Aku rasa “offer” tak cukup masyuk, tu hatinya masih sayang lagi nak lepas bro…cuba lg…tu baru first attempt…aku dulu lg truk…..byk kenangan pahit main gerek ni…mcm2 org jumpa…ada yg support kita…ada yang caci kita…ada org hina kita…ada yg menghargai kita….apa2 pon kita tau apa yg kita buat….gerek tUA 4 EVA…aku tak kan give up….hehehe…

    Reply

  11. Posted by ikhwan on May 5, 2008 at 5:31 am

    Mungkin lah kot…kalau aku offer 5 ribu mungkin dia let go…mungkin banyak sangat nostalgianya…btw money can’t buy anything…bro. Tapi aku tak pernah give-up….bertambah tebal lagi semangat aku nak cari basikal.

    Alhamdullilah…aku rasa akan ketemu yang lebih rare buat masa terdekat ini jika diizinkan Allah.

    Peace!

    Reply

  12. Posted by chegu hopper on May 5, 2008 at 9:06 am

    hehehe…cuba ko offer 3 trillion…kompom dia letgo nya….apa2 pon bersabar n pasti dpt brg2 yang tak dijangka2….btol tak Pak Sanim…

    Reply

  13. Posted by Zhaw on May 18, 2008 at 7:13 pm

    Assalam…n tahniah kpd sdr gerek krn membina website ini utk peminat basikal klasik di seluruh Malaysia. Saya sering ikuti perkembangan peminat basikal klasik di Eropah dan US tak sangka pula ada juga di Malaysia. Sebelum ini sempat saya layari “Hercules 28” Mr Lenga. Tahniah kpd pemiliknya !. Pada hemat saya basikal Hercules tersebut adalah keluaran Hercules di Birmingham keluaran tahun sebelum tahun 1960. Tapi saya lihat mudguard yang Mr Lenga guna ialah Hercules Nottingham keluaran Raleigh Industries tahun selepas tahun 1960. Itu sebab kelihatan mudguard yang dipasang dengan body basikal tidak match iaitu agak tejungkit. Ini krn body Hercules yang asal agak pendek berbanding Hercules keluaran Raleigh. Sekian t. kasih

    Reply

  14. Posted by chegu hopper on May 19, 2008 at 3:02 am

    Salam Saudara Zhaw..

    Buat info saudara Zhaw dan semua,kita patut berTerima kasih kepada pemilik sebenar blog ini iaitu Cikgu Sanim B. Othman yang bertungkus lumus membina sebuah blog untuk kita mengeratkan silaturrahim dan bertukar pendapat.Hail to Sanim Sunbeam!!

    Btw, gerek cikgu sangat mantap dan memang tak jemu dipandang..Semoga Persatuan Basikal Klasik Changkat Jering trus mantap dan best of luck..
    10q

    Reply

  15. Saya berharap dapat lagi mengambil foto2 gerektua Cikgu Zaidan untuk dipaparkan dan dikongsikan bersama2 rakan2 sehobi….ada lagi yang rare tu…hehehe…posman 26″ tak kuar lagi tu..terima kasih d atas kerjasama yang diberikn..tqvm..
    salam…

    Reply

  16. Posted by zaidan on May 20, 2008 at 2:28 pm

    Tq, chegu hopper. Saya sedia utk kongsi bukan saja gambar basikal malah kemahiran dan pengalaman semua peminat basikal klasik. Bagi penggemar atau pengumpul basikal klasik perkara yang paling penting perlu diberi perhatian ialah keaslian sesebuah basikal berdasarkan jenama sesebuah basikal. Basikal klasik yang dianggap paling murni ialah dari keasliannya. Malah dalam banyak hal saya sering dapati ramai yang mencampuradukkan peralatan basikal mereka daripada pelbagai jenama. Namun saya faham bukan mudah untuk mengumpulnya seratus peratus tulin. Sehubungan dengan itu saya ingin mencadangkan cikgu Sanim membuka ruang khusus untuk peminat untuk berkongsi maklumat tentang keaslian sesebuah basikal. Pada saya basikal klasik mestilah asli dalam dalam semua aspek, jika tidak ia bukan klasik !. Tq

    Reply

  17. salam,

    Pada pendapat saya, saya memang bersetuju dengan pendapat dan saranan Cikgu Zaidan bahawa sesebuah basikal klasik itu sepatutnya dilengkapi dengan barang-barang yang asli dan tulen,tetapi memang sukar untuk mendapatkan spare parts yang rare kerna sudah kepupusan dan dibeli borong oleh sesetengah pihak dan dijual dengan harga yang sangat tinggi.Sehinggakan tidak mampu dibeli oleh pengikut-pengikut baru dan lama. Jika dilihat, dahulunya rim/seat/lampu dijual murah tetapi sekarang amat mahal kerna ia dikategorikan sebagai antik, sehinggakan spoke stainless steel rm1.20 sebatang..Parah…ada 72 batang nak dibelikan…udah berapa harganya kan?

    Apapun, kita patut bersyukur kerna dibuka pintu hati kita oleh Yang Maha Esa ( ALLAH S.W.T) agar mewarisi dan menjadi penyimpan khazanah lama untuk tatapan masa depan.Semoga segala usaha menyuburkan hobi ini merapatkan lagi ukhwah dan dijauhi segala pertelingkahan,hasad dengki,cemburu,iri hati dan sombong di kalangan kita.Saya sekadar mengingatkan diri saya…terima kasih pada Cikgu Z.Salute u!

    Reply

  18. Posted by zam kayuje on May 26, 2008 at 8:37 am

    disini ada peringatan yg ingin d sampaikan sekira peminat gerek ingin membeli tetapi hrganya terlalu tinggi supaya difikirkan masih ada banyak lg gerek yg tersembunyi d kwsn kl tak percaya buka mata tepuk dada ketuk kepala jln jln cari beskal

    Reply

  19. hehehe…btul ka zam…nanti bley la aku follow ko yer…kter ronda kl ketuk paler sama2…tq

    Reply

  20. zam…the rajah raleigh ko tu tahun berapa yek? ada geran tak bro?

    Reply

  21. cantik banar ni basikanya>!!

    Reply

  22. Posted by Ivanov on October 14, 2008 at 11:34 am

    Maaf sebelumnya….
    Tapi salam dari saya, tuk semua penikmat seni roda dua ni…
    terutama tuk sepheda clasic…..
    Royal Enfield nya bagus sekali Ommm….

    Boleh saya tahu, apakah masich ada yang menjual Tail Light Raleigh, seperti itu?
    Saya di Jakarta, mencari benda ini… sudah pusing 7 keliling.
    Mohon info, dan terima kasich sebelumnya.

    Ivanov,
    0818-682380
    021-9196-1234

    Reply

  23. To Saudara Ivanov,

    Tail Light sedemikian juga agak sukar didapati di sini, tapi masih ada juga lampu yang mirip seakan nya di jual, jenama Cat-Eye ( made In Japan ).

    Kebanyakkan gerek di sini memakai tail light sturmey archer dan jenama fairytile kerana masih ada lagi kolektor2 yang menyimpannya.TQ

    Reply

  24. Saya ambil kesempatan ruang ini untuk jemput semua peminat basikal tua atau klasik (terutama Malaysia utara) untuk hadir ke jamuan Hari Raya anjuran Kelab Basikal Klasik Kg Banggol Pasir Cht Jering pada 27.10.08 (Isnin) ini jam 9.30 pagi di Perkarangan Kedai Deris Char Koetiaw. Juadah hari raya disediakan. Tujuannya ialah untuk merapatkan silaturahim sesama peminat basikal klasik. Di samping itu satu pengembaraan dokumentari tentang basikal tua akan dibuat oleh Perak News Online sempena majlis ini. Kayuhan mengelilingi bandar Taiping jam 10.30 pg.

    Pada sebelah petangnya jam 4 ptg. satu rombongan motosikal Harley Davidson sebanyak 40 buah dari KL yang diketuai oleh En Fuad Idris dan Sdr Odeng akan singgah untuk beramah mesra dengan ahli kelab basikal klasik Kg Bgl Pasir. Para tetamu akan dijamu dengan minuman petang. Sekali lagi saya menjemput para peminat basikal klasik untuk hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini. Sekian terima kasih

    Reply

  25. Posted by Man on March 19, 2009 at 1:10 pm

    Sesiapa yang kenai En. Salim Bin Hj Ali, otai basikai lama dari Taiping dan kendian pi Tanjung malim tapi kini dah bersara dari menjadi polis tlng sms saya melalui hp 012-2470077.

    Sejak dia pindah ke Johor saya dah lost contact dgn sahabat lama saya nie..

    Sesiapa blh tolong tak?

    Reply

  26. Posted by zainuddin bin zain on October 8, 2009 at 4:06 am

    saya dari utara malaysia nama saya din gelaran saya mat kedah 26.saya memang minit sangat dengan basikal 26,koleksi saya ialah humber ,bsa dan royal enfield.koleksi yang saya adatak hebat seperti apa yang member sebelah taiping ada.kesemua basikal saya di baik pulih oleh seorang mekenik terkenal di simpang empat semaggul taiping iaitu saudara ameng.sentuhan beliue walaupun mahal tetapi kepuasan nya memang ada itulah hebatnya ameng otai lamao ok takat sini saja kata orang kedah jumpa lagi harap maaf jika terkasar bahasa.

    Reply

  27. Posted by azman on July 20, 2010 at 9:05 am

    new hudson 28′ untuk dijual RM450.

    Reply

Leave a reply to bangsalgerektua Cancel reply